Di sebuah pondok usang yang jauh dari kota sesak. Seorang lelaki separuh umur sedang berlatih menghayun sebilah pedang ke arah sebatang pokok yang berada sejauh 2 meter daripadanya. Tiap kali pedangnya dihayun.
Satu kuasa berupa elektrik keluar menerusi hayunannya. Dan menyambar pokok tadi hingga terbelah menjadi dua.
Namun, mukanya semakin pucat setelah dia mempamerkan kuasanya.
"Urgh! Tubuh aku masih tak mampu nak guna kuasa penuh.." ujarnya sendiri dengan memegang dada kirinya. Serentak dengan tindakannya itu, pedang tadi dicucuk ke dalam tanah untuk menahan badan dari terus tumbang.
Tanpa dia sedar, cecair merah pekat mula keluar dari hidung dan mulutnya.
Tak lama itu.
Kedengaran derapan tapak kaki berjalan atas dedaunan kering mendekatinya ketika itu.
"Darah? Kamu berlatih lagi ke?" Tegur Alastair dari belakangnya.
"Urgh.. sikit je.." balasnya sebelum mengelap mulut pada lengan bajunya.
"Haihh.. kamu berlatih untuk..?"
"Ya. Aku tak perlu la asyik nak terbaring lemah atas katil.. sedangkan sebelum ni aku pahlawan.. Aku mesti ikut dia di sana.."
"Jadi, sebab tu kamu berlatih? Kamu tak percaya pada kekuatan dia?"
"...Bukan aku tak percaya.. Tapi aku risaukan pada kestabilan magik seal pada badan dia.."
"Tapi, Micah bukan pelajar aku je, dia pun pelajar Cornelia.. Magik seal tu mesti tak akan terlerai.. "
"Bukan tak percaya.. cuma.."
"Sebab Dark Continent tu?"
Leonidas terdiam.
Tekaan Alastair tepat.
"Tak perlu kau nak sorok.. Aku dah lama kenal kau..."
...
Sementara itu di rumah tumpangan Kiria.
Disebuah bilik paling atas. Dengan ditemani cahaya bulan dan lilin. Malam yang sunyi tanpa satu pun bunyi dari cengkerik.
Seorang remaja lelaki berambut hitam sedang asyik mengasah mata pedang di dalam sebuah bilik.
Ketelitian asahannya benar-benar membuktikan yang dia sememangnya seorang pakar.Ktang.
Pedangnya diletakkan ke bawah sebelum dibilas air dari baldi di hadapannya.
Tak lama itu.
Krek..
Pintu biliknya yang tertutup tadi dibuka oleh seorang lelaki. Kemudian lelaki tadi terus berjalan kedalam ruang bilik sebelum merebahkan badannya ke atas katil.
"Selamat malam, Lycus.." ujarnya sepintas sebelum melelapkan mata.
"Selamat malam juga.."
Lycus terus menyimpankan pedang ke dalam sarung. Kemudian terus membaringkan badan ke atas katil bersebelahan katil Micah.
Fikirannya bercelaru. Masih memikirkan perkara yang berlaku keatasnya sebelum ini. Sudah berkali-kali dia menanyakan soalan tentang seal magik pada badannya itu kepada Alastair dan ayahnya. Namun, mereka berdua mengelak, seolah-olah tidak mahu menjawab pertanyaan dia.
'Erh.. kenapa ayah rahsiakan?' Dia bermain monolognya sendiri.
Akibat matanya susah untuk dilelap.
Kebosanan mula melandanya pada saat itu. Membuatkan dia merancang untuk bersiar-siar, menghirup udara segar.
Saat otak memikirkan destinasi yang ingin dituju. Tiba-tiba, dia teringat akan perbualan penghuni rumah tumpangan sewaktu makan malamnya tadi.
"Engkau pernah dengar tak cerita tentang kolam air mata dewa?"
"Pernah.. tapi kenapa kau tiba-tiba je nak buka cerita tu kat sini?"
"Sebab.. kolam tu ada kat sini.. maksud aku kat rumah tumpangan ni.."
"Betul ke? Kolam lagenda tu?"
"Ya. Artifak tak ternilai ada pada dasar kolam air mata dewa tu. Tapi dah beratus orang cari sampai ke dasar. Tapi artifak tu masih tak berjaya dijumpai."
"Wah.. Aku patut cuba.."
"Hahahaha.. hentikan niat kamu tu.."
"Kenapa pula? Aku ni bukan manusia biasa-biasa. Aku pun pahlawan.."
"Bukan semua pahlawan mampu untuk ke dasar.."
"Apa maksud kamu?"
"Kamu tak pelik ke? Kenapa kolam tu dinamakan kolam air mata dewa?"
"Ergh.. ya. Aku terlupa. Aku tak patut terlalu angkuh pada kebolehan sendiri.."
"Baiklah. Jom makan. Daging rusa pun dah pelayan hidang ni."
Taman yang mereka bualkan itu, menarik perhatiannya.
...
Di belakang rumah tumpangan Kiria. Terdapat sebuah taman yang mempunyai jambatan atas sebuah kolam.
Dia mengambil keputusan untuk terus berjalan diatas jambatan.
Amat memeranjatkan. Air kolam itu tidak seperti air kolam biasa. Warnanya seakan-akan warna emas.
Dan ia bagai memanggilnya untuk didekati.
Tetapi.
Intuisi tentang betapa bahayanya kolam itu terus mengila. Mengila saat dia melihat pantulan wajahnya diatas air.
Namun, manusia dan sifat ingin tahunya memang tidak dapat dipisahkan lagi. Jadi dia tolak semua intuisinya ke tepi.
Tujuan Lycus hanyalah untuk menghirup udara segar, tanpa semena-mena telah membawanya ke situ disebabkan perbualan yang dia dengar tanpa sengaja tadi.
'Apa yang tersorok di dasar?'
Wajah pantulan pada permukaan air kolam tadi tiba-tiba bertukar ekspresi sedih. Dan dengan tiba-tiba menariknya ke dalam air.
Bluk! Splash!
"Kuk! Urp!"
...
'Aku kat mana? Dalam air? Tapi boleh bernafas?'
Matanya melilau mencari sesuatu. Dia kemudian berenang ke dasar air yang gelap.
Mencari suara si pemilik yang dari tadi asyik memanggilnya.
717 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasiAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...