09 Ryuu kingdom

43 12 21
                                    

Tuah Lycus menyebelahinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuah Lycus menyebelahinya. Satu kuasa magik menariknya ke luar dari dalam kolam, hingga dia mendarat di atas tanah dengan selamat.

Matanya berkedip-kedip melihat lelaki yang berdiri mencekak pinggang, dihadapannya.

"Err, hai?"

...

"Ahh! Geramnya! Kenapa kamu degil sangat, tak dengar cakap aku? Sedangkan aku paling berpengalaman kat dalam kumpulan kita ni?!"

"Minta maaf.." Lycus menundukkan pandangan matanya ke bawah, nampaknya dia benar-benar rasa bersalah.

"Haih.. apa-apa pun. Nasib baik kamu tak cedera teruk. Kalau tidak, entah macam manalah aku nak terangkan pada cikgu Alastair dan ayah kamu nanti. Nah, ambil posyen ni. Minum untuk tangan kamu yang patah tu."

"..."

"Sudahlah. Mari kita bergerak, sebelum polis bandar ni datang dan tahan kamu sebab masuk ke kolam tanpa persetujuan dari pihak mereka."

Laju tangannya menarik lengan baju Micah, sebelum dia hulurkan karung dimensi yang digunakan untuk menyimpan harta, dijumpai dari dungeon tadi.

"Uohh! Si-simpan! Mari kita cari tempat dulu sebelum buka portal.."

"Baik!"

Terkedek-kedek mereka berdua berlari, mencari tempat yang terlindung.

...

Sementara itu, di Ryuu kingdom.

Dilihat Seiko berdiri keseorangan, menghulurkan tangan ke arah sebuah pokok cherry blossom yang berhampiran dengannya, sambil tersenyum manis.

"Marilah, jangan risau. Aku tak akan mengapa-apakan kamu.."

Lama jugak dia hulurkan tangan. Barulah pokok yang tadi sepi dan kelihatan seperti tiada apa-apa itu, secara tiba-tiba bergerak, menderapkan bunyi ranting patah.

Hakikat yang sebenarnya, ia disebabkan oleh pergerakan seekor monster bermata tiga. Monster kecil dengan muka dan badan berbentuk seekor musang turun dari dahan, dan menaiki tapak tangannya.

"Good boy!"

Seiko memeluk monster tadi ke dakapan, lalu membelainya lembut. Gebu. Daun-daun dari pokok terlihat, masih melekat pada celah bulu badannya kemudian dibuang perlahan. Risau gerakkan dia menakutkan monster berbulu itu.

Ktak. Ktak. Ktak.

-"Hiissh.."

Monster kecil berupa musang tadi mendesis kearah seseorang yang tiba-tiba menghampiri Seiko, sebelum ia melompat ke semak berhampiran dan hilang dari pandangan.

"Ah, dia dah pergi.."

Seorang lelaki tua di dalam lingkungan 40-an, berpakaian lengkap berzirah besi yang berat. Menundukkan kepala, tanda memberi penghormatan kepada Seiko.

"Maafkan saya kerana menganggu cik.. Saya datang ke sini, untuk menyampaikan tentang peraturan perlawanan yang ayah cik Seiko aturkan.."

"Oh.. Baiklah, teruskan.." ujarnya memeluk tubuh, melihat lelaki tua tadi melepaskan ikatan sebuah skrol yang berada didalam genggaman tangannya.

"Perlawanan tu akan diadakan di dalam stadium sakura."

"Stadium sakura?"

"Ya. Dan cuma ada seratus orang peserta.."

...

Dua orang lelaki yang berkot serba hitam duduk di sebuah restoran, memesan beberapa makanan dari satu buku menu yang dilihatnya itu.

"Saya nak daging batang pinang satu kilo, masak half-cook ye.. Terima kasih."

"Okay." Balas seorang pelayan lelaki yang berdiri, mengambil buku menu yang dihulur oleh Lycus, sebelum berjalan ke kembali kaunter hadapan.

"Hu... Lycus, aku cuma nak fresh blood je sekarang ni.. urk.." Kata Micah yang tersandar pada sebuah kerusi panjang, menekup mulutnya.

"Haih.. Itu sebablah saya dah cakap sebelum ni.. Jangan minum minuman keras terlalu banyak.. Kan dah buruk padahnya.." Balas Lycus yang hanya mampu menggelengkan kepala.

"Tapi.. urk.. aku cuma nak enjoy sekali sekala je.. Pertama kali dapat merasa duit banyak.. urp..mmph-"

Micah yang dari tadi menahan loyanya, terus berlari laju menuju ke sebuah tandas berhampiran.

...

Seorang remaja perempuan berambut putih dan memakai pakaian tradisional kimono berjalan ke sebelah meja berdekatan dengan Lycus.

Pedang katananya yang agak mencuri perhatian itu diletakkan ke bawah sebelum dia memanggil seorang pelayan untuk memesan makanan.

"Aku nak steak daging rusa.."

"Okay.. makanan cik akan sampai sebentar lagi. Harap sabar menunggu.."

Setelah dia selesai memesan makanan. Dia terus memalingkan wajahnya dan melihat seorang lelaki yang mempunyai aura yang agak berbeza, duduk berseorangan di seberang mejanya.

Lycus tidak mengendahkan pandangan Seiko, dia hanya menumpukan fokusnya kepada makanan yang baru sampai sebentar tadi.

"Lega.."

Barulah Micah yang dari tadi menghilang ke tandas kembali ke tempat duduk. Matanya menangkap sebuah keindahan yang sukar dia peroleh sewaktu pengembaraannya bersama Lycus sebelum ini.

Ya. Seorang pahlawan handal dan paling cantik di Ryuu kingdom, duduk bersebelahan di seberang meja mereka.

Rambut putihnya kelihatan bersinar tatkala sinaran matahari memancarkan cahaya ke atas Seiko.

"Patutlah dia terkenal.." Bisik Micah sewaktu menjamah satu daging dari pinggan di hadapan Lycus.

"Huh? Siapa?"

"Seiko lah.. kat meja tu.." Balas Micah dengan memuncungkan mulut ke arah Seiko.

"Chomp.. chomp.."

"Urhh.. berhenti lah makan sekejap, Semasa aku tengah bersembang dengan kau sekarang ni.."

"Not a chance.. chomp. Chomp.."

Lycus tak peduli. Dia hanya nak mengisi perutnya yang berkeroncong dari tadi lagi.

"Urhh.. sudahlah.. penat aku layan kamu ni.."

727 words

Adventure To The Dark Continent(Slow Update)Where stories live. Discover now