"Erm.. minta maaf ganggu. Latihan magik tu dah habis kan? Boleh tak kalau cikgu lepaskan ikatan ni?" Micah mencelah perbualan mereka berdua.
"Oh lupa.."
"Cancel: Bind!"
Gedebuk!
Tali yang mengikatnya terlerai di siling klinik dan menjatuhkan Micah ke lantai.
"Aduh.. Tak boleh ke cikgu berlembut sikit?" Ucapnya dengan mengosok punggung kerana sakit.
"Jadi, selamat tinggal.."
"Tak. Kamu tak boleh balik lagi.."
"Ha?"
...
Sebulan kemudian..
Bandar udara.
Bandar di atas udara atau lebih dikenali dengan bandar udara merupakan bandar bebas cukai yang berada sebelah luar dari Von Stein kingdom. Bandar udara juga menghimpunkan setiap keperluan barangan buat semua pengembara dunia Gaia.
...
Portal yang entah dari mana itu menjelma secara tiba-tiba.
Setelah selang satu minit barulah, ruang portal terbuka. Dua orang remaja dilihat keluar dari situ.
"Ah.. dah sampai."
"Ini kat mana?"
"Bandar udara. Kita ke sini kejap sebab nak beli sedikit bekalan makanan." Jawab Micah bersahaja.
Lycus mengangguk faham.
Mereka terus bergerak menuju ke sebuah kedai berhampiran dengan satu kolam hajat.
"Boleh saya tanya soalan?"
"Soalan apa?"
"Magik portal memang tak boleh bawa kita terus ke Dark Continent ke?"
Micah yang mendengar soalan Lycus terus gelak terbahak. Keluar sedikit air di tubir matanya.
"Hahahaha! Boleh.. boleh sangat kalau kau nak aku mati!"
Lycus hanya membalas dengan senyuman janggal. Kepalanya digaru-garu walaupun tak gatal.
"Tak pe kalau kamu tak tahu. Aku sebagai abang seguru kamu yang serba tahu akan ajar kamu sedikit demi sedikit. Jangan risau!" Jelas Micah sambil menepuk-nepuk bahu Lycus.
"Ceh!"
"Magik portal memerlukan tenaga magik(Mana) yang sangat banyak untuk digunakan. Cuba fikir. Kalau Aku guna magik portal yang banyak guna tenaga magik untuk terus bergerak ke Dark Continent yang paling jauh dari sini.. apa yang berlaku?
"Kehabisan tenaga magik (Mana)?"
"Ding~dong~deng~ Ya! lebih tepat. Badan aku hancur lebur jadi abu. Dan mati. Manusia dan semua makhluk yang menggunakan tenaga magik(Mana) tak boleh hidup tanpanya. Jadi kena selalu berhati-hati, jangan guna sampai habis." Tambah Micah lagi. Tegak mendada ke langit.
Usai sahaja mereka membeli barang-barang keperluan. Mereka melanjutkan perjalanan untuk mencari rumah tumpangan sementara.
Setelah beberapa kali berjalan mengelilingi kawasan bandar yang sesak dengan berbagai suku dan bangsa. Satu poster rumah tumpangan yang di tampal pada papan notis bahagian paling murah telah menarik perhatian mereka.
"Micah, saya rasa ni je rumah tumpangan yang ada.."
"Mari kita cari dulu.."
Poster yang tertampal itu kemudian ditariknya dari papan notis sebelum dilipat simpan ke poket jaket miliknya.
Lalu, mereka sambung lagi mencari arah ke destinasi mereka.
Lorong ke laluan pintu rumah tumpangan yang berpusing-pusing itu diselusuri hingga hampir tercabut nyawa. Peluh-peluh jatuh hampir bertimba. Mereka nyaris dehidrasi dek matahari yang menembus lapisan atmosfera buatan magik.
"Uff.. uff.. ja-jauh lagi ke? Hah.. hah.." Panjang pendek nafasnya saat bercakap.
"Lagi satu lorong kita sampailah.. Kamu ni lemah jugak ye?" Sindirnya pada Lycus.
"Ceh! Micah, kamu senanglah nak bercakap.. kamu baru je habiskan sebotol posyen ta--"
Kaboom!!
Sebuah letupan mengalihkan pandangan mereka berdua ke arah lorong sempit yang ingin dituju.
...
"Seiko! Berhenti! Aku sebagai ketua skuad ni nak engkau berhenti sekarang!" Arah lelaki separuh baya itu.
Seorang gadis remaja berpakaian kimono bercorak bunga langsung tidak berkedip melihat lelaki yang berada di hadapannya ketika itu.
Pedang katananya lurus menghala ke depan. Sudah bersedia untuk menyerang.
"Ice slash!"
Satu libasan pedang yang mengeluarkan kuasa ais tepat bergerak, menuju ke lelaki tadi.
"Urgh!"
Darah keluar terpercik dari mulutnya saat menahan serangan tersebut. Setelah beberapa saat menahan, akhirnya dia berjaya menangkis kuasa serangan tersebut ke tepi.
Tapi, tak lama selepas itu.
Tiba-tiba, lelaki yang gagah berdiri tadi jatuh melutut di hadapannya. Mukanya berpeluh-peluh seperti menahan rasa yang teramat sakit.
"Hah.. hah.. hah.. cukup, aku menyerah kalah.."
"Jangan buat lawak!"
"Tolonglah Seiko! Aku betul-betul minta maaf!"
"Tak! Bukan ucapan permohonan maaf tu yang aku mahukan!"
"Tak! Tunggu! Ya! Aku tahu! Aku akan minta maaf pada kanak-kanak tadi.. Aku janji!"
"Huh! Kamu janji?"
"Ya, aku janji..."
"Baiklah.. Aku berikan peluang untuk kamu hidup kali ni.."
Pedang katananya itu disarungkan kembali kedalam sarung pedangnya. Lalu dia berjalan melepasi mereka berdua yang dari tadi hanya memerhati di sudut dinding sebuah lorong.
Namun, gadis remaja tersebut langsung tidak mengendahkan dua jejaka yang berdiri kaku disitu. Lalu terus bergerak ke menuju banggunan dengan papan tanda tertera rumah tumpangan Kiria.
Tanpa Lycus sedar. Mulutnya menyebut sesuatu yang tidak dapat dijangka.
"Cantik!"
Terbeliak kedua mata Micah tika saat itu.
"Apa kamu dah kurang waras?"
"Kenapa?"
"Seiko tu pahlawan handal dari Ryuu Kingdom. Orang macam kamu ni tak setanding dengan dia..."
"Ha? Saya maksudkan teknik pedang dia.."
731 words
YOU ARE READING
Adventure To The Dark Continent(Slow Update)
FantasyAdventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk merawat penyakit misteri ayahnya. Namun, pengembaraannya ke sana bukanlah semudah yang dia sangka. Se...