"Apa yang kau faham? kau tak faham apa-apa pun. Aku bencikan hidup aku" - Do Hana
Sisi wajah gadis itu ditatap dengan redup. Semudah itu saja Hana berkata begitu tanpa berfikir akan hati nya sendiri yang sudah terseksa. Sedangkan kata-kata sebegitu lah yang menyeksa hatinya.
"Orang cakap selepas adanya hujan pasti ada pelangi. Macam tu jugak dengan kehidupan manusia, setiap benda yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya" - Park Jihoon
Kata-kata dari Jihoon sekarang seperti masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Tetapi dalam masa yang sama hatinya jugak terjentik untuk percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Eomma dan Appa dah buat keputusan yang kami akan bercerai" - Tuan Do
Bagaikan sudah dijangka jadi dia tidak terkejut dengan keputusan orang tuanya. Tapi ada satu yang bermain di dalam pemikirannya. Kenapa mudah sangat mereka buat keputusan untuk berpisah?.
"Semudah tu je kan, eomma dan appa buat keputusan untuk berpisah tanpa fikirkan pasal perasaan Hana" - Do Hana
Hana mula berdiri lalu melangkah ke luar rumah menuju ke taman yang berdekatan dengan perumahan nya untuk menyejukkan hatinya yang panas.
••••••••••
"Kau dah lupa ke hari ni hari pertama kelas kita bermula. Dah besar-besar panjang pun masih bengap" - Hamada Asahi
Asahi dengan selamba membaling bantal busuk itu ke arah Hana. Tidur mati sangat, kang lambat kena sound dengan lecturer. Baru hari pertama dah dapat malu.
"Weyh asa. Kita masuk kelab photography jom! kau kan suka tangkap gambar" - Do Hana
Pergelangan tangan kanan Asahi digoncang dengan kuat. Hana tau sahabat nya itu berbakat jadi dia tak naklah bakat Asahi di sia-siakan. Lagipun dia nak masuk kelab yang sama dengan member dia. Taknak sorang-sorang.
"Tak sangka kita akan berjumpa lagi Do Hana- Park Jihoon
Huluran tangan bersama senyuman itu hanya direnung. Tak sangka yang Jihoon akan muncul lagi dalam hidupnya. Tiga tahun berlalu tetapi segala memorinya bersama lelaki itu seakan baru berlaku semalam.
"Aku dengar dia dah ada girlfriend. Jadi kau tak payahlah beria-ria nak suka Jihoon Sunbaenim balik" - Hamada Asahi
Hana memasang wajah seposen. Sejak bila dia cakap dia nak suka Jihoon balik. Mereka semua sudah masuk ke alam university jadi dia sudah tetapkan hubungannya dan Jihoon hanyalah sebatas hubae dan sunbae.
••••••••••
"Saya sukakan sunbae. Saya faham kalau sunbae tolak perasaan saya sebelum ni tapi saya tetap akan teruskan pilihan saya untuk sukakan sunbae" - Do Hana
Bibir diketap dengan kuat. Dia tidak kesah kalau Jihoon menolak perasaanya lagi sekali kerana memang sejak dari dulu lagi dia menyukai jejaka itu. Kerana lelaki itu jugaklah pernah ada semasa titik terendah hidupnya.
"Tolong pudarkan perasaan kau sebelum kau menyesal. Aku tak akan pernah anggap kau lebih dari seorang kawan dan adik, Hana" - Park Jihoon
Di dalam hati dia memaki hamun dirinya sendiri kerana berkata begitu. Sekali lagi lelaki bernama Park Jihoon melukai hati Do Hana.
"Hana benci Eomma. Keluarga kita musnah semuanya sebab Eomma!" - Do Hana
Tiada sedikit pun rasa bersalah di dalam hatinya menengking Puan Do. Malah dia rasa benci kepada ibunya semakin membuak apabila wanita tua itu memunculkan diri di hadpaannya.
"Hana jaga mulut kamu! kami tak pernah ajar kamu jadi biadap macam ni!" - Tuan Do
Hana mengendahkan tengkingan appanya. Padangan dingin dan tajam itu kekal menikam tajam pada Puan Do. Perasaan kecewa dan marah bercampur baur di dalam hati.
"Tolong jangan menangis lagi. Hati aku sakit tengok kau bersedih macam ni" - Hamada Asahi
Sisa air mata yang membasahi pipi mulus itu dikesat dengan lembut menggunakan ibu jari. Anak mata itu menantap Hana dengan dalam sebelum dia kembali menarik si gadis ke dalam dakapannya.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?