Enjoy reading❤️
' I'm tired, let me go today. I don't wanna repeat this anymore, It's all my fault. Yes that's it, maybe I hate you '
•••••
"Hi! mari-mari datang ke booth fakulti sains dan teknologi"
"Siapa yang berminat dalam bidang perniagaan datanglah ke booth kami!"
"Fakulti perakaunan di sini!"
"Jom siapa-siapa yang minat bidang undang-undang dan peguam singgah ke booth kami!"
Hana memberikan senyuman yang manis kepada semua penganjur dari pelbagai bidang itu. Sesekali tangan kanan nya bergerak memberikan lambaian tidak berminat kepada mereka.
"Meriah jugak eh Career Festival dekat sini" ucap Asahi. Matanya tidak berhenti memerhati manusia di sekelilingnya.
Ikutkan hatinya dia taknak pergi disebabkan dia mudah berasa rimas di kerumunan orang ramai. Tapi disebabkan dia perlu mencari bidang yang dia inginkan dan Hana jugak turut mengajaknya jadi dia pergi jelah.
Tambahan pulak, dia dan Hana belum mempunyai keputusan untuk mengambil bidang apa selepas tamat ujian CSAT mereka nanti.
"Diorang semua pun macam kita jugak. Lepas habis sekolah menengah pun kena sambung belajar lagi hurm" balas Hana, sekian dari tadi kakinya bergerak mencari booth fakulti seni tapi tak jumpa-jumpa jugak.
"Hi cik kami dari fakulti kejuruteraan. Kalau cik berminat nak jadi engineer singgahlah ke booth kami" ujar seorang gadis yang menyapa Hana bersama satu poster yang dihulurkan kepadanya.
Hana lantas mengambil poster itu.
"Tak apa, saya sebenarnya tengah cari booth fakulti seni. Agak-agaknya dekat mana ya booth diorang?" sopan saja Hana bertanya kepada gadis itu.
"Urmm booth seni tak silap saya ada dekat hujung bangunan tu. Cik boleh tengok dekat situ, kalau tak jumpa jugak cik cubalah tanya mana-mana penganjur fakulti dekat sini" balas gadis itu, lembut.
"Baiklah terima kasih errr-"
"Bae Arin, panggil je saya Arin"
"Baiklah terima kasih Arin unnie. Saya pergi dulu"
"Sama-sama. Annyeong"
Hana berpaling semula ke hadapan, tiba-tiba dirinya terkaku melihat ketiadaan Asahi depan matanya. Jadi dari tadi masa dia bercakap dengan Arin, Asahi takde? mana perginya mamat Jepun tu?.
Kepala digaru, berpusing-pusing Hana mencari kelibat sahabatnya. Tatkala dia mahu meneruskan langkah, badannya seakan berhenti bergerak apabila seorang lelaki yang memakai jaket jeans hitam bersama topi hitam melimpasinya.
Spontan, Hana berpusing melihat jejaka tersebut. Entah kenapa gerak hatinya mengatakan yang jejaka itu adalah Jihoon kerana dari segi gaya dan badan seolah itu adalah lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya sebelum ini.
Perlahan, kaki bergerak mendekati lelaki itu saat jejaka itu berhenti di booth kejuruteraan dan berdiri dalam keadaan berpaling dari Hana. Bibir diketap rapat, hatinya seakan berdegup kencang dan berdebar-depar.
Macam mana kalau itu memang Jihoon, patut ke dia menyapanya?. Kalau dia sapa pun, apa yang dia hendak bualkan dengannya?. Tentang kenapa lelaki itu pergi tanpa memberitahunya? ataupun mengucapkan tahniah kerana berjaya menghancurkan hatinya?.
Bergetar anak mata sang gadis, lagi-lagi apabila dia mendengar jeritan suara perempuan yang menjerit nama 'Park Jihoon'.
"Argghhh PARK JIHOON!"
"Wae wae wae??? Jihoon mana ni? asalkan kau jerit nama Jihoon?" soal kawan gadis itu.
"PARK JIHOON WANNAONE WEYH! JIHOON WANNAONE DATANG SINI BULAN DEPAN UNTUK FESTIVAL KPOP!"
"WHAT THE REALLY??!!! SERIOUSLAH!"
Hana menoleh memandang jejaka tadi. Entah mengapa dia berasa kecewa apabila lelaki itu tidak menoleh langsung ke belakang. Bermakna benarlah sangkaannya silap, lelaki itu bukannya Jihoon.
Kalau betul dia Jihoon pasti dia akan menoleh ke belakang selepas mendengar perempuan tadi menjerit namanya. Tapi tidak, kepala nya kekal menghadap booth itu.
"Lupakanlah dia Hana, dia dekat Kanada, tak mungkin dia balik semula dekat Korea ni"
Hana masih ingat lagi apa yang pernah dikatakan oleh Junkyu sunbaenim nya dahulu tentang Jihoon.
"Jihoon memang tak akan balik semula dekat Korea ni. Kitorang sendiri pun tak tahu dia dekat mana, yang kitorang tahu dia cuma pindah ke Kanada dan berkemungkinan dia sambung pelajaran dia dekat situ" terang Junkyu. Ekspreasi yang terpapar pada wajah sunbae nya itu tidak seperti menipu dan jelas dia seperti tidak tahu keberadaan Jihoon yang sebenar.
Baru saja Hana hendak berundur ke belakang untuk mencari Asahi, dia tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang dia tidak kenali.
"Ah mian, maaf saya tak sengaja!" buku-buku yang bertaburan itu diambil langsai diserahkan kepada jejaka tadi.
"Tak apa, awak tak sengaja. Maaf saya nak kena cepat ni, saya pergi dulu dan terima kasih" ujar lelaki tersebut, sempat lagi dia memberikan senyuman kepada Hana sebelum meneruskan langkahnya laju ke arah booth kejuruteraan.
Gerak geri lelaki tersebut hanya diperhatikan oleh Hana dari jauh, rupa gaya dia seperti salah seorang pelajar fakulti kejuruteraan.
Usai memerhati anak teruna orang, Hana meneruskan misinya mencari Asahi. Manalah mamat Jepun tu pergi hurm.
"Han! sini!" Hana menuju ke arah Asahi yang berdiri dihadapan booth tersebut.
"Sini pun kau! dari tadi aku cari kau tau tak?, dah macam budak kecik je hilang-hilang semua...eo? apa benda ni?"
"Hi! selamat datang ke booth fakulti seni dan reka!" ujar seorang gadis itu dengan riang.
"Nae annyeonghaseyo. Boleh saya tahu bidang apa yang fakulti seni dan reka tawarkan?" soal Hana, sopan.
"Kami ada tawarkan pelbagai jenis bidang. Salah satu nya adalah graphic design, curator, inferior design, fine arts dan banyak lagi" jawab gadis itu.
Perlahan senyuman melebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya. Hati nya bersorak gembira ketika dia mendapat tahu bidang yang dia mahukan ada di universiti itu.
Dengan itu seketul gadis bernama Do Hana bertekad yang dia mahu mengambil Universiti Hankuk sebagai tempat untuk menyambung pengajiannya.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?