-thirteen-

31 10 0
                                    

' I was troubled by love because of you i'm sure it's and incurable disease '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' I was troubled by love because of you i'm sure it's and incurable disease '

•••••

Asahi side POV

Do Hana,

Nama si gadis yang tidak pernah berhenti membuatkan aku tersenyum. Pada mulanya aku fikir aku cuma menganggap nya sebagai kawan.

Tapi aku silap...

Kawan tak akan pernah rasa cemburu bila melihat kawan nya bersama lelaki lain. Apatah lagi rapat seolah pasangan bercinta.

Aku tak pernah meluahkan perasaan aku padanya, kerana aku sedar aku tak akan mampu melawan si dia. Jadi suatu hari bila aku dapat tahu lelaki tu dah pergi aku ingatkan aku ada peluang tapi ternyata tidak.

Hana masih sayangkan lelaki tu walau dia dah pergi dari hidupnya dan perasaan aku ditolak mentah-mentah.

Aku tahu bukan mudah bagi Hana untuk lupa kan lelaki bernama Jihoon tu. Dan permintaan Hana untuk aku terus jadi sahabatnya sudah cukup buat aku rasa gembira.

Tapi bagi anda seketul Hamada Asahi akan mengalah begitu saja ke? pastinya tidak. Selagi kawan aku belum dimiliki selagi tu aku akan cuba dapatkan hati dia.

Maafkan aku Hana, aku nak jadi lebih dari seorang kawan.

•••••

"Nah!" coklat dan surat menyurat itu dilempar pada meja Asahi dengan selamba.

"Apa benda semua ni?" tanya Asahi yang sudah berkerut dahi. Bapak banyak betul coklat-coklat dengan surat semua, minah ni memang nak buat dia menternak lemak ke macam mana?.

"Hadiah dari fans-fans kau lah. Tak kan tu pun tak faham bebal" ujar Hana dengan jengkel.

Dia tak faham asal semua pelajar perempuan dalam sekolah ni suka jadikan dia sebagai orang tengah. Asahi tu masih hidup kot belom mampus lagi, bagi jelah terus coklat dan surat-surat tu dengan dia terus kan senang.

Ini kalau ginilah sampai ke tua pun crush tak kan notice dekat kau sebab suka bagi senyap-senyap, ending nya dia kahwin dengan member kau sendiri.

Masa tu barulah kau nak rasa menyesal, astu meroyan dekat tepi bucu katil.

"Memang nya macam mana aku nak faham kalau aku tak suka semua benda ni?" kadang dia berasa rimas dengan semua hadiah-hadiah pemberian dari peminat nya.

Tapi apa yang dia boleh buat?. Sudah banyak kali dia cakap jangan bagi hadiah-hadiah dekat dia. Bukannya dia terima dan makan pun hadiah-hadiah pemberian diorang.

Malah pengakhiran hidup hadiah-hadiah tu akan masuk ke dalam perut manusia lain tak pun ke dalam tong sampah.

"Yekeee tak suka. Alaaa kau asa takyah nak menipu aku sangatlah. Mulut kata tak suka tapi dalam hati dah melompat serupa beruk ye tak, ye tak?" jari telunjuk dicucuk manja berkali-kali pada lengan Asahi.

Asahi menjeling Hana dengan tajam. Apa masalah minah ni? orang cakap tak suka dia boleh mempertikaikan pulak benda tu.

"Ko tak payah nak kenakan aku sangatlah. Ni siapa nak makan semua coklat ni?...aku dah penat tau nak bawak balik semua dekat rumah. Mama aku siap marah aku lagi sebab selalu bagi adik aku makan coklat..."

Hana tertawa kecil mendengar bebelan panjang sahabatnya. Kesian pulak tengok member sendiri, maklumlah Asahi bukannya pengemar makanan manis. Nak pulak fans-fans dia suka bagi makanan yang manis-manis.

Nikmat betul jadi handsome ni kan. Tiap-tiap hari dapat hadiah, astu ada je yang on crush dekat dia. Ha kau yang baca ff author ni? korang handsome tak macam Asahi?.

"Kalau taknak kau bagi dekat aku jelah. Nanti pandai-pandai lah aku makan semua tu" cadang Hana. Daripada buang semua coklat-coklat tu lebih baik dia yang makan. Perut kenyang hati pon senang.

"Aku memang nak bagi dekat kau. Tapi kau kan cantik, kalau kau makan semua ni tak ke berat badan kau naik. Nanti kau bukannya jadi Do Hana tau tapi jadi.....Do Gajah" ujarnya bersama wajah sedih yang dibuat-buat.

"Dasar robot. KO INGAT KAU TU KURUS SANGAT KE HAH?! MAKAN PUN TAK CUKUP. SINI KAU AKU KERJAKAN KAU!" kaki bergerak mengejar Asahi yang sudah memecut keluar dari kelas.

 SINI KAU AKU KERJAKAN KAU!" kaki bergerak mengejar Asahi yang sudah memecut keluar dari kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now