-fifteen-

43 9 0
                                    

Enjoy reading❤️

' It's okay to cry if that's what you want Shed the sorrow that's stored deep within you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' It's okay to cry if that's what you want Shed the sorrow that's stored deep within you. Get rid of all the sorrow and fill your heart again, i'll stay next to you Please stay with me '

•••••
20 July, 2021

Totebag yang sudah tersedia dengan barang-barang yang ingin dibawa langsung dicapai. Pantulannya di cermin diperhati terlebih dahulu, baju yang tersarung dikemas. Segala debu-debu yang melekat jugak dibuang dengan laju.

Cap yang terletak di atas rak buku jugak turut diambil sebelum dia mula melangkah keluar dari bilik tidurnya. Kaki berarak turun dari tangga rumah dengan perlahan.

Kelibat sang ayah yang menyediakan sarapan menjengah mata sang anak. Satu senyuman manis melebar di wajah masing-masing.

"Morning appa!" ucap nya dengan riang.

"Good morning jugak anak appa. Meh duduk sini, sarapan dulu sebelum kamu turun" ajak Tuan Do pada anaknya.

"Nae. Wow! banyaknya appa masak. Kita berdua je yang ada dalam rumah ni, kenapa masak banyak sangat?" aju Hana bersama kening yang sudah dijongket.

"Saja jelah. Lagipun appa kan tengah cuti sekarang so appa nak masak semua makanan yang Hana suka"

"Kalau macam ni hari-hari appa cuti pun Hana tak kesah" satu sudu nasi gorang kimchi disuap ke dalam mulut.

"Amboi nak appa terus cuti...kalau appa cuti je siapa yang nak bagi Hana makan? kang kita duduk menganggur tepi jalan susah pulak"

"Hehehe...kalau macam tu Hana lah yang kena berusaha keras untuk cari makan"

"Tak perlu nak cari makan. Selagi appa ada selagi tu makan minum Hana akan cukup" satu potongan hotdog yang besar diletakkan atas pinggan anak gadisnya.

Hana menikmati masakkan appa nya dengan berselera. Dah lama dia tak makan sarapan macam ni, kali terakhir dia makan sarapan mungkin dalam dua tahun yang lepas. Semasa ibu bapanya masih lagi bersama.

Jujur Hana rindukan saat-saat gembira mereka yang bergelar keluarga tapi apakah daya, dia juga perlu menerima hakikat yang pahit ini. Sudah lama jugak dia tidak bertemu dengan eommanya, entah wanita tua itu masih ingat atau tidak yang dia mempunyai anak perempuan.

"Hana"

"Nae appa?" suapan terhenti.

"Appa nak mintak maaf sebab appa selalu sibuk dan appa jarang luangkan masa dengan kamu. Dan...appa nak mintak maaf kalau retaknya hubungan appa dengan eomma kamu beri kesan yang besar pada diri kamu. Appa sepatutnya cuba untuk faham keluarga appa sendiri, tapi appa gagal. Jadi appa mintak maaf....Hana. Appa sayangkan kamu dengan eomma kamu, tapi appa lepaskan semuanya dari genggaman appa sendiri" air yang menitis jatuh dari tubir mata lelaki tua itu membuatkan hati Hana berasa semakin gundah.

Dia sedar orang tuanya sendiri adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan. Lagi pula kalau dia pertama kali menjadi seorang anak maka orang tuanya jugak begitu.

Mereka juga pertama kali menjadi ibu bapa, jadi tentu tidak mudah bagi mereka jugak dalam menjaganya hingga ke besar.

"Appa, Hana maafkan appa. Hana tak pernah salahkan eomma dan appa. Hana sepatutnya cuba faham situasi orang tua Hana sendiri. Cuma Hana mengaku, Hana masih marahkan eomma sebab dia selalu pentingkan diri dia sendiri lebih dari keluarga dia. Jadi Hana taknak appa salahkan diri appa. Hana lagi gembira, kalau appa dapat cari kebahagiaan baru apa. Kebahagiaan yang bukannya Hana sorang"

"Terima kasih Hana. Tapi...appa memang dah jumpa pun kebahagiaan baru tu" ujar Tuan Do tersengih-sengih.

"Wait dah jumpa? siapa dia?!! siapa bakal eomma baru Hana?" pelbagai soalan diujar oleh gadis itu, nampak sangat dia tidak dapat menutup keterujaannya.

"Adalah...nanti appa kenalkan dekat kamu. Dia rakan kerja baru appa, appa harap kamu boleh terima dia dengan hati yang terbuka. Dan appa harap dia akan sukakan dekat jugak"

"Hana yakin yang Hana akan sukakan dia, dan dia pun perlu sukakan Hana jugak kalau tak Hana taknak bagi greenlight dekat dia!"

"Dahlah, kamu makan cepat. Lepasni nak turun dengan Asahi kan?. Universiti mana yang kamu berdua nak tengok tu?" soal Tuan Do, sisa air mata pada pipi tua itu diseka dengan lembut.

"Hankuk Universiti, harini diorang ada buat Career Festival. Hana taktau lagi course apa yang Hana nak ambik, tapi yang pastinya Hana nak tengok course yang diorang tawarkan untuk seni"

"Baguslah kalau macam tu. Appa pun tak halang kalau kamu nak ambik apa yang kamu minat. Asalkan kamu gembira dan suka dengan bidang yang kamu pilih"

"Hana pun harap macam tu jugak"

Suapan diteruskan usai dua beranak itu selesai dengan perbualan mereka. Siap saja dengan sarapan, Hana lantas keluar dan berjumpa dengan Asahi di luar rumah. Kedua sahabat itu meneruskan perjalanan mereka dengan menggunakan bas awam.

 Kedua sahabat itu meneruskan perjalanan mereka dengan menggunakan bas awam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now