-six-

50 13 7
                                    

Enjoy reading❤️

' Am I the only one confused, I feel like i've been lost within my mind, and soon we'll figured it out, time will tell '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' Am I the only one confused, I feel like i've been lost within my mind, and soon we'll figured it out, time will tell '

•••••

"Hana! meh sini aku tolong kau" ujar Asahi yang cuba untuk mengejar langkah Hana.

Hana berpaling seketika dia mendengar Asahi memanggilnya. Beberapa buah buku dia bawak diambil oleh Asahi dengan cepat.

"Eh tak perlu! aku nak bawak buku-buku ni dekat bilik guru je pun" kata Hana, menolak pertolongan jejaka itu.

"Gwaenchana, lagi pun buku-buku latihan ni berat. Aku nak memudahkan kerja kau jugak" balas Asahi bersama senyuman manisnya.

"Gumawo, kajja"

Hana dan Asahi berjalan beriringan sepanjang perjalanan mereka menuju ke bilik guru di blok senior. Dalam hati Hana sudah berasa gementar.

Bagaiman kalau dia terserempak dengan Jihoon? patut ke dia menegur lelaki itu nanti, ataupun dia harus berlakon tidak mengenalinya.

Tapi bila difikirkan balik dia dengan Asahi sekarang jadi tak rasa pelik ke kalau mereka berdua berjumpa nanti?.

Hana mengeleng kepala berkali-kali. Sejak dia mengenali Jihoon ni otak dia kerap overthinking pasal lelaki tu. Lagi-lagi degupan jantung nya. Tanpa Hana perasan dia mengeluh kecil.

Asahi yang sedar akan keluhan gadis itu melirik ke arahnya. Entah apa yang bermain di dalam fikiran Hana, nampak gelisah je gadis itu.

"Kau okay? kenapa kau nampak cemas semacam. Demam ke?" soal Asahi yang risau.

"Eh ani! aku sihat je. Takde apa-apa pun, cuma aku rasa penat sikit sebab yalah kan, ujian akhir tahun dah nak dekat dan ada banyak subjek yang aku kena cover" terang Nara bersama sengihan palsu.

"Jangan lah push diri sendiri sangat, kau kena dapatkan rehat yang cukup jugak kalau tak nanti makin stress" nasihat Asahi.

"Nae. Aku akan cuba.." kata-kata Hana terhenti, kotak pendengaran nya seakan terdengar suara seseorang yang dia kenal.

"Yah! Jihoon ppali! nanti makanan dekat kantin tu habis!" laung Junkyu, memanggil Jihoon yang sedang berbual dengan rakan sekelasnya.

"Nae sekejap!"

Saat Jihoon berpaling ke hadapan, matanya menangkap kelibat Hana yang menatapnya. Air liur diteguk kelat lalu dia terus berjalan melimpasi Hana tanpa sebarang sapaan.

Jejaka itu sedar, mata yang terpancar oleh Hana seakan berharap yang Jihoon akan menyapa nya dan harapan dalam tatapan itu jugak bertukar kepada tatapan kecewa.

Bagaikan tiupan angin sejuk, Hana terkelu. Mulutnya seperti terkunci dan tidak tahu mahu berkata apa. Selepas beberapa minit mendiamkan diri, Asahi menepuk bahu Hana dengan lembut.

Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now