-seven-

47 13 0
                                    

Enjoy reading❤️

' When it is started? when I spent my time for following you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' When it is started? when I spent my time for following you. I'm already scared of a day without you even that hasn't come yet '

•••••

Kringggg!!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Pemandangan di luar tingkap kelas itu dikerling sekilas sebelum Hana mula menyebam muka pada meja kelas nya. Akhirnya peperiksaan akhir tahun telah berakhir

Dan pada esok hari aku bermula ujian CSAT bagi pelajar tahun tiga di seluruh Korea. Yang bermaksud Jihoon jugak akan menduduki ujian tersebut.

Sudah masuk sebulan dia tidak berjumpa dengan Jihoon. Khabar berita dari jejaka itu jugak dia tidak tahu. Entah masih hidup atau dah mampus.

Hana masih ingat lagi pertemuan pertamanya dengan lelaki itu pada penghujung musin panas dua bulan yang lepas. Sekarang sudah masuk musim sejuk, cepat betul masa berlalu.

Leka gadis itu termenung sehingga dia teringat akan kata-kata terakhir Jihoon padanya.

"Tolong percayakan aku..."

"Aku percayakan kau. Tapi aku takut hoon, aku takut kalau kau musnahkan kepercayaan aku. Aku takut kalau aku tak boleh nak terus percayakan kau. Tapi aku tetap akan tunggu sebab aku sedar yang aku dah terjatuh suka pada kau Park Jihoon..."

Tuk! Tuk!

Ketukan pada meja membuatkan lamunanya terhanti lantas kepala mendongak lalu menoleh memandang si gerangan yang mengetuk mejanya.

"Eo, Yujin-ah. Ada apa?"

"Lepas ni kitorang semua nak pergi karoake sama-sama sempena tamat ujian akhir tahun. Kau nak join sekali Hana?" soal An Yujin, selaku ketua kelas 1-1.

"Urmm tak kot. Aku busy sikit, lagipun aku dah janji dengan member kelas sebelah aku nak lepak sama-sama"

"Ouh, maksud kau budak baru asal Jepun tu? apa nama dia...Asahi? Hamada Asahi kan?" teka Yujin dengan teruja.

"Nae. Kenapa? kau suka dia ke?" kening menjongket.

"Eh taklah. Aku tak minat dekat dia tapi mungkin ada jugak beberapa orang pelajar perempuan dalam sekolah kita ni yang crush dekat dia. Tapi diorang semua tak pernah luahkan perasaan diorang dekat mamat Jepun tu sebab diorang ingatkan kau dengan Asahi bercinta" jelas Yujin panjang lebar.

"Bwo?! tak lah kitorang berkawan je" Hana membuat muka geli setelah mengetahui tentang tanggapan pelajar-pelajar pada hubungan nya dengan Asahi.

"Itulah yang aku tak sangka. Tapi pada mata diorang kau dengan Asahi serupa pasangan bercinta. Takpelah Hana, teruskan je berkawan dengan mamat Jepun tu. Hiraukan apa yang diorang cakap. Sekurang-kurangnya kau ada jugak sorang kawan rapat yang boleh bantu kau dalam susah dan senang. Aku pergi dulu diorang semua dah tunggu aku dekat luar, kalau ada apa-apa roger je dekat aku. Bye Hana!"

"Nae, annyeong"

"Tapi aku ada dua orang kawan rapat. Bukannya Asahi sorang" gumam Hana, perlahan.

Sekali lagi dia menyembam wajahnya dengan kasar pada meja kelas. Rasa kesal, sedih dan marah bercampu baur dalam hati gadis itu. Lagi-lagi rasa ingin berjumpa dengan Jihoon.

"No Do Hana! stop stop! kau tak boleh macam ni. Ingat kau dah janji dengan dia yang kau akan percayakan dia! kau tak boleh mungkir janji kau!" bergema suara Hana di seisi kelas tersebut.

Semua pelajar dah balik dan ada yang keluar melepak di tempat karoake. Hanya dia sorang je yang masih berada di dalam kelas sekarang.

"Tak sangka member aku dah gila" ujar satu suara dari arah belakang yang bergerak duduk di atas meja sebelah Hana.

"Asa, kau tak balik lagi?"

"Kau lupa ke bebal yang kita balik sama-sama, jadi maksudnya kalau kau balik aku pun baliklah. Kalau kau tak balik aku pun tak balik jugak" katanya selamba.

"Tak perlu tunggu aku sangat. Kalau kau nak keluar melepak dengan classmate kau pun aku okey je"

"Diorang ada je ajak aku tapi aku yang tolak ajakkan diorang"

"Asal pulak. Kau kan budak baru, pergi lah keluar dengan diorang mana tau jadi makin rapat astu dapat member baru" muka ditongkat di atas meja sambil matanya meliar melihat seisi kelas yang kosong itu.

"Tak nak"

"Wae?"

"Sebab aku cuma nak berkawan dengan kau. Aku tak perlukan ramai kawan han. Cukup kau sorang je yang ada disisi aku. Itu pun dah buat aku rasa senang hati" lembut saja suara Asahi yang menyapa telinga Hana saat ini.

Lama gadis itu termenung memikirkan sesuatu selepas Asahi mengungkapkan ayat itu. Fikiran nya sekarang seakan melayang memikirkan tentang seseorang.

"Weyh asa! aku lupa yang aku tertinggal barang aku dekat rooftop. Apa kata kau balik dulu, nanti mama kau risau!" balas Hana tergesa-gesa mengambil bag sekolahnya.

"Arraso. Yah! jangan lupa malam ni, mama aku ajak kau makan malam sama-sama dekat rumah aku!" laung Asahi.

"Ya aku tak lupa! bye Asahi!" dengan itu Hana memecut laju, berlari naik ke rooftop sekolah.

Sampai saja diatas rooftop, angin yang sejuk langsung menyapa kulit mulusnya. Spontan Hana memeluk tubuh. Pemandangan kota Seoul menjegah anak mata.

Kadang Hana tertanya hubungan nya dengan Jihoon hanya sekadar kawan ataupun lebih dari itu. Sekali lagi, satu keluhan dilepaskan.

Dia rindukan suara, wajah, senyuman dan gelakannya. Jihoon sentiasa mengatakan sesuatu yang dia nak dengar dan kerana itu jugaklah dia jatuh suka pada sunbaenim nya sendiri.

Dan seperti sekarang, dia ingin mendengar suara jejaka itu lagi...

"Kau cari aku Hana?"

"Kau cari aku Hana?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now