Enjoy reading❤️
' Like orange again today, i'm still getting coloured by you. I feel like i'll go home while regretting, I want to be with you more '
•••••"Kau cari aku Hana?"
Masa seakan terhenti. Hana yang berpaling terkaku tatkala dia berlawan mata dengan Jihoon. Mulut bagaikan terkunci, otak masih memproses sama ada lelaki di hadapannya ini memang betul Jihoon ataupun sekadar ilusinya.
"Hana aku tanya kau ni. Kau cari aku ke?" soal Jihoon lagi.
"Ni...bukan m-mimpi kan?" soal gadis itu tergagap-gagap, tidak percaya yang Jihoon berada di hadapan nya sekarang.
"Ni aku, Do Hana. Kau tak bermimpi" tawa Jihoon.
"Aah, nae" balas Hana, singkat.
"So...kau cari aku ke? kau rindukan aku?" soal Jihoon lagi mendekati Hana. Dapat dia lihat anak mata itu mengelak dari membalas tatapannya. Mungkin malu kerana terkejut dengan kemunculannya?.
Hana berdecit.
"Tch, siapa yang cari kau?. Rindu? takde langsung dalam kamus kehidupan aku" betah Hana.
Mata dijengil, senyuman sinis melebar hingga ke pipi. Tipu...kalau betul Hana tak rindukan dia kenapa wajah gadis itu memerah dan sedih apabila melihat nya tadi.
"Kalau aku mintak satu permintaan dari kau boleh?" badan dipusing menghadap si gadis.
"Permintaan apa? kau jangan macam-macam aku mana ada banyak duit nak bagi pinjam...auch! sakitlah!" dahi digosok bersama cebikan.
"Itulah kau, aku belum cakap lagi permintaan aku kau dah buat spekulasi aku nak pinjam duit. Kau ingat aku ni takde duit ke hah? bank akaun aku ada banyak kosong tau!" bebel Jihoon, sedikit pun tiada rasa bersalah kerana telah menjentik dahi Hana.
"Mana lah aku tau aku teka je!...yelah kosong, kosong dari mula sampai habis" riak muka bertukar seposen.
"Kerek je perangai kau ni kan. Kalau sehari tak sakitkan hati aku memang tak sah. Aku nak mintak kau peluk aku jelah!" Jihoon mendengus tak puas hati.
"Asal aku yang kena peluk kau pulak?! memang dari awal lagi aku dah agak kau ni jantan miang yang gatal!" kedua-dua tangan naik memeluk bahu sendiri manakala kakinya pulak berganjak ke belakang menjauh dari Jihoon.
Dahi ditepuk kuat. Kenapalah dia ada kawan yang bengap macam Hana ni. Mengenangkan Hana lebih muda dari dia, maka dia cuba untuk bersabar dengan perangainya.
"Aku bukan jantan miang bebal. Aku cuma nak mintak kau peluk aku je sebab.....sebab aku kurang kasih sayang dari kau"
Mulut terlopong ketika Jihoon memetik ayat 'kurang kasih sayang'. Sebulan kot diorang tak jumpa, tak kan Jihoon terus jadi gila macam ni. Dia tak pergi hospital sakit jiwa ke?.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?