Enjoy reading❤️
' Will I ever receive love from someone who is like me? '
25 January, 2020
I try to let you go but it wasn't easy and yet i'm still trying even until now...
•••••
Kring!!!
Bag hadiah yang terletak di bawah meja dicapai usai dia siap menyimpan segala alatan menulis di dalam bag sekolah. Hana mulai berdiri, belum sempat dia melangkah pergi Asahi terlebih dahulu menegurnya.
"Eo kau nak pergi mana?" Asahi mendekati Hana. Untuk makluman pada tahun 2020 Hamada Asahi dan Do Hana secara rasminya menjadi rakan sekelas dan kelas mereka merupakan kelas pertama grade 2. Jadi tak peliklah kalau mamat jepun tu tiba-tiba je muncul ya.
"Aku nak pergi hantar barang dekat kawan aku sekejap. Kalau kau nak balik lah dulu, aku takut aku lama sangat nanti" ucap Hana dan terus mendapat gelengan dari Asahi.
"Tak apa, kau pergi lah hantar cepat. Aku tunggu dekat bawah, kita jalan balik sama-sama. Hati-hati"
Hana mengangguk bersahaja. Langkah diteruskan semula menuju ke destinasi yang dituju. Sedang dia berjalan, otaknya ligat memikirkan luahan perasaan Asahi padanya tahun lepas.
Dia masih lagi belum memberi jawapan pada jejaka itu. Asahi jugak tidak memaksanya, siap memberikannya masa lagi untuk berfikir.
Pada Hana, Asahi memang baik. Tetapi dia tidak menganggap jejaka itu lebih dari seorang kawan, malah hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Dan nama sang jejaka yang pernah bertakhta masih tersemat dalam hatinya.
Tombol pintu dipulas langsung dikuak ke hadapan sesampai saja dia di atas rooftop bangunan junior.
Ya...
Hana kembali lagi tapi bukan seperti selalu, kerana ini merupakan kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya di rooftop bangunan junior.
Bag hadiah yang dibawa disorokkan di bawah meja dan kerusi-kerusi yang terbiar di atas rooftop.
Sebelum dia balik ke rumah pada hari dimana Jihoon menghancurkan hatinya, dia kembali semula ke tempat pembuangan sampah tepi jalan untuk mengambil selendang kepunyaan Jihoon.
Hana tidak sampai hati mahu membiarkan selendang itu, dan hatinya jugak tidak mahu menyimpan selendang kepunyaan Jihoon. Cukuplah dia menyimpan rantai pemberian jejaka itu yang kekal tergangtung pada lehernya.
Jika ada banyak lagi barang-barang milik jejaka itu yang disimpan pasti susah baginya untuk melupakannya. Bag hadiah dikerling buat kali yang terakhir sebelum dia mula beredar pergi dari rooftop junior.
Kaki berhenti melangkah, bibir melengkung ke bawah saat hujan rintis yang mulai turun menjadi semakin lebat. Kepala ditunduk memandang kaki.
"Padan muka kau Hana, kenapalah bijak sangat tak bawak payung pagi tadi. Dah tahu pembaca berita semalam dah cakap yang petang ni akan hujan haih....baiklah by hook or by crook aku kena balik rumah jugak" bag sandang dilepaskan dari bahu lalu diangkat bagi menutup atas kepalanya.
Tatkala dia sudah bersedia mahu berlari tangan seseorang menarik baju blazernya dari belakang sehingga membuatkan dia terpusing menghadap gerangan tersebut.
Spontan pandangan tajam dari Asahi mendapat hadiah sengihan dari Hana. Tanpa mendengar alasan dari sang gadis, Asahi lantas membuka payung miliknya.
Bahu Hana dipeluk dengan erat sebelum mereka mula berjalan beriringan bersama-sama keluar dari kawasan sekolah. Semakin lama mereka melangkah semakin merintis hujan yang turun.
Pelukan pada bahu Hana dilepaskan. Masing-masing kekal mendiamkan diri sehingga Hana memecahkan suasana yang senyap itu.
"Rasanya aku belum pernah lagi tanya soalan ni dekat kau. Macam mana kau boleh pandai cakap bahasa korea eh? kau kan orang jepun, kalau otousan kau yang pandai masuk akal jugak sebab ayah aku dengan ayah kau berkawan masa zaman universiti, boleh jadi ayah aku yang ajar ayah kau cakap bahasa korea hurmmm" panjang lebar Hana bertanya.
"Pada awalnya otousan aku memang rancang nak ajar aku, kakak, dan adik aku bahasa korea. Kebetulan ada satu masa tu dia dipindahkan kerja dekat syarikat di Seoul ni masa tujuh tahun yang lepas. Jadi selama tiga tahun aku bersekolah dekat sini untuk sekolah rendah. Dan sampailah sekarang kitorang tak sangka ayah aku akan dipindahkan sekali lagi dekat sini" terang Asahi.
Hana mengangguk faham. Masuk akal jugak sebab lidah Asahi tak pelat langsung, boleh dikatakan sebutan dan intonasi suara nya memang serupa macam orang korea sendiri.
Tak macam orang asing langsung. Hana berasa kagum dengan kebijaksanaan sahabat nya itu.
"Asa"
"Hurm?"
"Pasal...luahan perasaan kau tahun lepas...aku nak mintak maaf, aku tak boleh nak balas perasaan kau" ujar Hana tanpa fikir panjang.
"Tak apa aku faham"
"Tapi aku harap kau akan tetap jadi kawan aku. Gumawo Asahi"
"Nae" Asahi senyum segaris.
Kening terjongket tatkala dia tersedar bahu Hana membasah akibat air hujan. Payung di gerakkan sedikit pada sang gadis manakala bahu nya pulak dibiarkan kena rintisan hujan.
' Even when two people share an umbrella, each angle clearly shows the size of each person's love. That's how love falls down with rain 🍒'
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?