Enjoy reading❤️
And that is when she thought is this really the end? but little did she knows, it's only the beginning of the story~
' Can you see my heart, you are the only one for me. I'll be right there behind you...just one step behind '
•••••
"The sunset is beautiful isn't?"
Makanan di atas pinggan dipandang kosong. Kata-kata terakhir Jihoon masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Dia sepatutnya rasa gembira kerana telah mendapat ciuman pertamanya dari lelaki yang dia suka. Tapi kenapa sekarang ni dia rasa sedih, kenapa hati nya berasa tidak tenang.
Ayat tu, bukan ke ia digunakan sebagai tanda perpisahan. Jihoon sengaja menanya nya soalan begitu ataupun dia memang mahu berpisah dengan Hana?.
"Hana, kenapa tenung je makanan atas pinggan tu. Makanan tu tak sedap ke?, nak ahjumma masakkan makanan lain untuk kamu?" soal Puan Hamada yang kelihatan risau melihat anak jirannya.
Sedari tadi Hana termenung. Sentuh pun tidak makanan tu. Kalau dia memang masak tak sedap dia masih boleh terima kritikan dari Hana. Asalkan perut gadis itu tidak kosong.
Lagi pulak kedua ibu bapa Hana tiada di rumah. Jadi dia risau kalau gadis itu tidak makan langsung, nanti perut masuk angin susah pulak.
Hana yang tersentak langsai geleng kepala dengan laju. Bukan dia tidak mahu menjamah masakan Puan Hamada, cuma dia tiada selera nak makan.
"Sedap je ahjumma. Cuma...perut Hana tak rasa lapar sangat" ujarnya bersama sengihan palsu.
"Lah kalau macam tu, ahjumma masakan bubur jelah untuk kamu. Senang nak telan, takdelah kamu berlapar nanti kan?"
"Mama jangan layankan sangatlah budak ni. Dia ni cerewet je lebih, macam-macam alasan lah nak bagi" sampuk Asahi, sinis.
Hana tersentak. Chopstik diletakkan semula di atas meja.
"Hikun apa cakap macam tu dekat Hana"
"Hikun cuma cakap benda yang betul ma. Tak perlu layankan sangat dengan alasan minah ni. Mama makan je"
"Ahjumma, Hana balik dulu. Hana lupa yang Hana ada banyak kerja yang kena disiapkan. Terima kasih untuk makan malam ni, semuanya sedap. Maaf kalau Hana tak habis makan, Hana betul-betul takde selera nak kunyah apa-apa" katanya lalu melangkah keluar dari rumah keluarga Hamada.
"Mama tak pernah ajar kamu bercakap kasar dengan kawan sendiri" mata mencerlung tajam menikam anak mata anak lelakinya.
"Kawan?. Hikun tak pernah anggap Hana tu kawan Hikun pun"
"Hamada Asahi. Mama tau mesti ada sebab kamu layan Hana macam tu. Kalau ada benda yang dia buat sakitkan hati kamu, kamu bagitau dekat dia. Bukannya pendam masalah tu sendiri"
"Mama..."
"Mama tak kira. Kamu mintak maaf dekat Hana esok, ataupun mama bagitau dekat papa kamu masa dia balik nanti"
Asahi terdiam, tiada kata lagi yang dapat dia ucapkan untuk mempertahankan diri. Sekali mama dia mengadu dengan papa dia memang tak aman lah hidup dia nanti.
Pasti akan ada bebelan oleh Tuan Hamada pada telinganya. Lagi-lagi kalau kakak dia sendiri dapat tau pasal benda ni. Mujur adiknya Asami sudah tidur lebih awal jadi tidaklah suara Puan Hamada kuat semasa memarahinya.
"Faham tak?" soal Puan Hamada, tegas.
"Ya faham"
•••••
Hana berlari dengan laju. Dada yang sudah berasa sesak dibiarkan, apa yang dia tau sekarang hati nya berasa lebih sakit. Lagi-lagi perasaanya yang bercelaru.
Mata dipejam rapat, larian diteruskan dengan sekuat hati. Apa yang dikatakan oleh Junkyu betul-betul buatkan dia rasa kecewa...kecewa dengan Jihoon.
"Jihoon? dia takde hari ni. Penerbangan dia kan pagi tadi"
"Maksud sunbae penerbangan apa? Jihoon sunbae pergi bercuti ke?"
"Dia tak bagitau kau?"
"Bagitau apa?"
Apa yang Jihoon tak bagitau aku?
"Lepas je habis ujian CSAT, keluarga dia terus pindah ke Canada. Jadi dia memang tak sambut hari graduasi dengan kitorang"
"ARGGHH! TAK GUNA!...aku percayakan kau! aku percaya semua yang kau cakap!...tapi kau tipu aku...kau tipu aku Park Jihoon...hiks hiks" perlahan langkah kaki mula berhenti.
Dada yang berasa sakit dipukul dengan kuat berkali-kali. Air mata tidak berhenti mengalir sehingga dia terduduk di atas jalan raya yang kosong itu.
Selepas dia mengetahui khabar berita Jihoon dari Junkyu, dia terus berlari keluar dari kawasan sekolah.
Hana mendongak memandang salji yang turun dengan perlahan.
Dia benci...
Dia benci akan sikapnya yang mula berharap kepada seseorang. Dia benci bila Jihoon berjaya menghilangkan tangisan nya. Tapi sekarang kenapa Jihoon tergamak menipu dirinya?.
Jari mulus bergerak menyentuh bibir sendiri. Ciuman pertamanya dari Jihoon, ternyata hanya untuk menutupi kata-kata manis jejaka.
Tangan dikepal menjadi penumbuk langsai dia mula bangun semula, manakala bag berisi selendang milik Jihoon kekal di tangan kanan itu dibaling kasar pada tong sampah yang berdekatan.
Air mata yang tersisa dikesat dengan kasar. Hana sedar tiada guna lagi untuk dia bazirkan air mata dia untuk Jihoon. Kalau itu memang keputusan dia apalah yang Hana boleh lakukan?...tiada apa.
"Park Jihoon...tahniah sebab dah berjaya hancurkan hati aku"
Kaki berganjak pergi untuk balik ke rumah. Lantak lah kalau dia nak ponteng sekalipun. Exam dah habis dan diorang bukannya ada belajar lagi.
Tanpa Hana sedar, di setiap langkahnya diperhatikan oleh seseorang dengan pandangan sayu.
"Maafkan aku Hana..."
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?