Enjoy reading❤️
' I remember your smile; as I recall it, it brings a smile to my face as well '
•••
"Yah, Hana. Kalau aku nak tanya satu soalan boleh tak?"
Hana mengangguk perlahan. Sudah masuk seminggu dia terserempak dengan Jihoon di atas rooftop sekolah blok Junior. Semuanya kerana lelaki itu masih lagi mahu mengambil gambar matahari terbenam di atas rooftop sekolah ni.
Kata Jihoon, sebelum dia tamat sekolah dia nak tangkap gambar matahari terbenam banyak-banyak sebagai koleksinya. Bila dia sedih dia nak tengok balik gambar matahari terbenam dekat sekolah ni.
Dan nak tahu kenapa dia pilih rooftop blok Junior?. Semuanya sebab kawasan blok Junior ini memang berhadapan dengan matahari. Jadi kalau ada yang nak menikmati sunset yang cantik memang dekat atas rooftop ni lah tempat yang sesuai.
"Kenapa kau suka melepak atas rooftop ni? yalah aku tengok macam setiap hari kau stay dekat sekolah?. Mak ayah kau tak risau ke kalau kau selalu balik lewat"
"Kau pulak? kenapa kau suka duduk atas rooftop ni setiap petang?" soalan dibalas dengan soalan.
"Kau dah tau sebab dia kenapa. Aku dah pernah cerita kan, sekarang giliran kau pulak yang cerita"
"Tak ada apa-apa. Aku cuma suka tengok sunset, benda tu buatkan hati aku rasa lebih tenang"
"Asal? kau stress pasal belajar?. Kau chill je lah, kau masih tahun satu jadi kau enjoy je dulu. Lainlah macam aku tahun terakhir ni, dua bulan lagi ujian CSAT dah bermula tapi aku masih stuck tak buat apa-apa" ujar Jihoon sayu.
Dia belum bersedia mahu meninggalkan sekolah dan masuk ke alam dewasa. Kalau boleh Jihoon mahu menjadi remaja untuk selama-lamanya. Pendapat Jihoon, alam dewasa itu agak menakutkan.
Semua orang dewasa mengejar kehidupan yang mereka mahukan. Sedangkan dirinya belum ada impian yang mahu dicapai.
"Then go study. Bukannya duduk dekat atas rooftop ni dengan kamera setiap masa" kata Hana dengan sinis.
Bibir dicebik seperti itik. Senanglah gadis itu cakap, dia masih ada dua tahun lagi. Lainlah macam Jihoon, mana dapat undurkan masa dah.
Apabila sedar tiada balasan dari lelaki itu, Hana menyambung perbualan di antara mereka semula.
"Aku suka melepak dekat atas rooftop ni setiap petang sebab aku rasa lebih selesa duduk dekat sini dari balik ke rumah" ujar Hana.
"Kenapa pulak?"
"Sebab eomma dan appa aku selalu bergaduh. Kalau boleh benda yang kecik pun jadi isu besar bagi diorang. Daripada aku hadap jeritan diorang lebih baik aku stay dekat sekolah"
"Jadi kau nak larikan diri dari semua masalah dekat rumah kau?" teka Jihoon.
"Nae. Dan sebab tu jugaklah aku bencikan hidup aku" kepala menunduk memandang bawah sambil berfikir.
"Tak baiklah kau cakap macam tu"
"Kau tak faham. Kau tak faham apa-apa pun. Aku benci kehidupan aku"
Sisi wajah gadis itu ditatap dengan redup. Semudah itu saja Hana berkata begitu tanpa berfikir akan hati nya sendiri yang sudah terseksa. Sedangkan kata-kata sebegitu lah yang menyeksa hatinya.
"Orang cakap selepas adanya hujan pasti ada pelangi. Macam tu jugak dengan kehidupan manusia, setiap benda yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya" kata Jihoon sambil tersenyum.
Ayat dari lelaki itu seperti masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Tetapi dalam masa yang sama hatinya jugak terjentik untuk percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
Mereka berdua meneruskan perbualan sehinggalah matahari sudah terbenam sepenuhnya. Bersisakan bulan dan bintang yang muncul di atas langit.
Dengan itu, Hana dan Jihoon bersiap sedia untuk balik ke rumah masing-masing. Sampai saja di hadapan laluan keluar dari sekolah rintisan hujan mulai turun. Semakin lama rintisan bertukar menjadi lebat.
Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing tidak membawa payung, jadi macam mana mereka nak balik ke rumah?.
"Kita redah je lah nak tak?" tanya Jihoon. Memberi cadangan kepada Hana.
"Kau gila, kalau demam nanti macam mana?"
"Kan aku cakap selepas hujan pasti adanya pelangi. Jadi kalau kita demam sekalipun pelangi tu tetap ada. Jomlah!" tangan Hana dicapai lalu ditarik mengikut langkahnya berlari di dalam hujan.
Disebabkan dia tidak sempat menolak terpaksa mengikut langkah jejaka itu. Setiap titisan hujan yang jatuh saat itu bagaikan mutiara-mutiara kecil yang cantik. Seperti titisan air mata manusia.
Buat pertama kalinya, dia berasa seperti dalam dunia nya yang dipenuhi dengan titisan mutiara yang menemani. Titisan mutiara yang bukan dari air matanya tetapi dari langit.
Dan di situ, Jihoon muncul di dalam hidupnya. Tanpa dia sedar senyuman yang dihadiahkan oleh Jihoon bait-bait di dalam kaburan hujan itu membuatkannya tersenyum lebar.
Sangkaan yang tiada apa yang mampu membuatnya gembira lagi adalah silap.
"Park Jihoon. Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku" ucap Hana di dalam hati.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?