-three-

45 13 4
                                    

Enjoy reading❤️

' It's true since seventeen yeah I watched you and couldn't say anything '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' It's true since seventeen yeah I watched you and couldn't say anything '

•••••

"Huwaarrghhh" Hana menguap, bosan.

Harini merupakan hari sabtu jadi dia hanya duduk dekat rumah dan tak buat apa-apa. Kalau hari ni sekolah dapat jugak dia melepak dengan Jihoon di atas rooftop.

Tapi dah cuti nak buat macam mana. Bukannya dia perdana menteri nak isytiharkan sekolah dari hari isnin sampai ahad. Kalau dia buat macam tu pasti semua pelajar sekolah di korea ini mogok. Lepastu next election dah tak jadi perdana menteri balik.

Kening dijongket tatkala tersedar yang dia berseorangan di rumah. Hana mula bangun dari pembaringan nya di sofa ruang tamu. Sekelilingnya berasa senyap dan suram saja.

Hanya bunyi dari television yang menemani. Selepas beberapa saat termenung baru dia teringat yang hari ni eomma nya balik ke kampung, manakala appa nya pulak kena bekerja pada hari cuti atas permintaan majikannya.

"Baguslah, tinggalkan anak seorang diri dekat rumah. Yang sorang sibuk nak balik kampung, yang sorang pulak sibuk dengan kerja. Lepastu bila berjumpa asyik gaduh dan gaduh. Eomma pun satu bila appa ada dekat rumah je mulalah nak cari salah appa" bebel Hana seorang diri.

Ding dong!

Hana bangun dari pendudukan nya. Siapa pulak yang rajin datang masa-masa tengah hari macam ni?. Diorang tak tau ke masa cuti ni lah masa orang nak bermalasan.

Tombol pintu dipulas lalu ditarik ke dalam. Figura seorang lelaki sebaya nya menjengah mata. Kening kanan ternaik menandakan kenapa lelaki itu datang ke rumahnya.

"Annyeong, aku jiran baru kau yang pindah semalam. Mama aku suruh aku bagi makanan ni tanda kita berjira-" baru saja Asahi menghulur bag berisi makanan itu Hana terlebih dahulu pantas mengambilnya lalu terus menutup pintu dan masuk ke dalam rumah.

Bam!

Terkebil-kebil lelaki jepun itu dengan tindakan Hana. Sekali lagi dia menekan loceng rumah bersama beberapa ketukan.

Ding dong!

Tok tok tok!

Pintu rumah dibuka, Asahi cuba untuk tersenyum dengan manis walaupun dia sudah berasa sakit hati dengan sikap perempuan di hadapannya ini.

"Annyeong, aku lupa nak perkenalkan diri aku. Aku asahi, Hamada Asahi. Keluarga aku berasal dari Jepun dan kitorang baru je berpindah semalam" terang Asahi panjang lebar.

"Hana, Do Hana"

Bam!

Sekali lagi pintu ditutup dengan kasar selesai memperkenalkan diri masing-masing. Asahi menghela nafas dengan kasar.

"Biadap betul minah ni" gumam Asahi seorang diri. Dia merenung tajam pintu rumah keluarga Do sebelum berlalu balik ke rumah nya semula.

Sementara di dalam rumah keluarga Do, Hana dengan selamba membuka bekas makanan yang diberi oleh Asahi.

"Tteokbokki"

Satu senyuman menghiasi wajah cantik itu apabila bau Tteokbokki yang masih panas masuk ke dalam rongga hidungnya.

Pinggan kecil diambil dari kabinet dengan laju bersama chopstik besi di tangan. Tteokbokki dinikmati dengan penuh selera tanpa memikirkan tentang layanan nya sebentar tadi terhadap jiran baru nya.

Kalau Puan Do tau apa yang dia buat memang kena sebat tiga hari tiga malam oleh wanita tua itu.

•••••

Pantulan diri di cermin diperiksa terlebih dahulu sebelum mengambil kasut sekolahnya. Tuan Do yang baru siap berkemas menegur anak perempuan nya yang sudah bersiap untuk turun ke sekolah.

"Eo Hana, kamu dah sarapan dulu?"

"Belum" singkat saja jawapan yang diberikan.

"Kenapa tak sarapan. Kamu nak appa masakkan nasi goreng kimci kegemaran kamu. Nanti kamu lapar, susah nak fokus masa belajar" soal Tuan Do. Disebabkan masih ada 30 minit lagi sebelum dia turun pergi kerja, dia ingin membuat sarapan untuk anak perempuannya.

"Tak apa, Hana dah lambat. Hana pergi dulu, annyeong" laju kaki itu melangkah keluar dari rumah.

Tiada niat di dalam hati untuk melayan appa nya sebegitu. Tapi apa yang dia boleh buat, dia masih marah dan sakit hati dengan sikap orang tua nya yang lebih pentingkan pergaduhan dan pekerjaan dari anak sendiri.

Tuan Do yang masih terkesima dengan layanan anak perempuan nya hanya mampu senyum segaris. Dia faham dia kurang beri perhatian kepada Hana, tapi dia cuba untuk berikan kehidupan yang terbaik buat anak perempuannya.

Baru saja Hana hendak keluar dari pagar rumah, Asahi sudah menegurnya.

"Annyeong, selamat pagi Hana" ucap jejaka itu dengan riang.

"Nae, pagi"

Badan bergerak berjalan beriringan bersama si gadis. Hana yang berasa rimas menjeling lelaki itu dengan tajam. Tiba-tiba saja Asahi berjalan bersamanya.

"Kau dah kenapa ikut aku?" soal gadis itu dengan kasar.

"Kita kan pergi sekolah yang sama, kau lupa ke aku baru pindah semalam? baju sekolah aku ni pun sama warna dengan kau punya"

Baju sekolah yang tersarung pada badan lelaki itu dikerling sekilas sebelum dia mula mengangguk faham. Kewujudan Asahi di sebelahnya di endahkan, kaki tetap bergerak menuju ke sekolah Hanlim Highschool.

Manakala Asahi sudah berputus asa apabila dia membuat beberapa cubaan untuk mengajak Hana berbual. Tetapi tetap gadis itu hanya membalas sepatah dari setiap persoalan nya yang panjang.

Disebabkan dia penat, dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah Asahi hanya menikmati pemandangan kota Seoul yang sibuk seperti semut.

 Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah Asahi hanya menikmati pemandangan kota Seoul yang sibuk seperti semut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now