-Prologue-

96 18 10
                                    

Enjoy reading❤️

The day that we met was on summer season and the sky was full of orange

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

The day that we met was on summer season and the sky was full of orange...

September 19, 2019

' I wonder what I myself will see here, the falling sunset in the town dyed orange, i'll softly try to entrust my tears to it '

•••••

Hana mengeluh perlahan sambil matanya menikmati pandangan matahari terbenam di atas rooftop sekolah. Kenapa dia berada di sekolah dan bukannya di rumah sedangkan waktu persekolahan telah lama berlalu.

Semuanya disebabkan orang tuanya tidak berhenti bertengkar seperti anjing dan kucing. Asal berjumpa saja pasti ada benda yang mahu ditengkarkan. Naik bingit telinganya mendengar jeritan manusia setiap hari di rumah.

Bagi Hana sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk dia larikan diri dari semua masalah di rumah. Cuma berada di sekolah dia dapat menenangkan dirinya seorang diri pada waktu-waktu petang begini.

Kadang dia terfikir, susah sangat ke orang tuanya mahu berbaik. Kenapa ada saja benda yang mereka tidak puas hati pada satu sama lain. Semasa dia masih keluarga nya nampak bahagia sangat.

Walaupun dia tidak mempunyai adik, kakak atau abang itu tidak mengubah tangapan orang sekeliling terhadap keluarga mereka. Apatah lagi Tuan dan Puan Do nampak seperti pasangan yang baru bercinta.

Entah mana silapnya apabila eommanya kerap mengungkit dan menyalahkan appanya dalam semua benda. Itu tak kena ini tak kena pasti appa yang menjadi mangsa dalam kata-kata hinaan nya.

Tanpa Hana sedar air matanya mula jatuh dan mengalir dengan laju. Mutiara jernih itu seakan sudah lama memendam segala kesakitan di dalam hati.

Kadang kala dia berfikir jika diberi peluang dia mahu melarikan diri jauh dari sini. Dia mahu pergi ke mana tiada siapa pun mengenali nya. Dirinya terfikir yang tiada apa lagi yang dapat membuatkan nya tersenyum.

Senyuman itu seakan hilang dan seperti mahu mati tanpa diketahui oleh manusia-manusia di sekelilingnya.

Air mata yang tersisa di pipi dikesat dengan kasar sebelum kakinya bergerak naik ke atas penghadang tinggi di atas bangunan itu. Rupanya sekarang sudah seperti mahu membunuh diri tetapi tidak.

Dia mula melabuhkan punggungnya di atas penghadang itu sambil kakinya dilepaskan ke bawah, menikmati angin sepoi-sepoi yang menampar kulit mulusnya.

Dalam anak matanya menikmati pemandangan itu, dapat dia rasa pergelangan tangannya yang ditahan oleh seseorang. Lantas kepala berpaling melihat gerangan tersebut.

"G-geumanhae. Jangan bunuh diri dulu, aku pasti ada benda yang baik akan muncul dalam hidup kau percayalah kata aku!" ujar lelaki tersebut.

Hana menatap lelaki itu dengan aneh. Sejak bila dia nak bunuh diri? dia cuma nak tengok mata hari terbenam. Lain semacam pemikiran mamat ni.

"Kalau kau ada apa-apa masalah ceritakan lah dekat aku. A-aku boleh jadi pendengar yang terbaik tau! jangan buat keputusan macam ni, aku yakin kau sebenarnya masih nak teruskan hidup kau kan?!"

Jihoon mula buntu tatkala gadis di hadapannya ini hanya memasang wajah yang datar. Riak biasanya seakan tidak peduli dengan apa dikatakan oleh Jihoon.

Mereka bertatapan buat seketika sebelum Jihoon mengambil keputusan untuk menarik gadis itu turun dari penghadang konkrit rooftop itu.

Hana yang terkejut langsung berteriak kuat.

"Yah! apa yang kau b-uat urgh!"

Perlahan Hana mencelik matanya. Badannya berasa agak sakit apabila jatuh secara mengejut. Sebelum dia sempat bangun, badan sudah kaku.

Keadaannya sekarang adalah dia jatuh di atas badan Jihoon, dalam keadaan wajah mereka yang sangat dekat. Kalau dia terjatuh sekali lagi, pasti bibir mereka akan bersentuhan.

Tatkala tersedar dengan situasi itu Hana mula bangun dari badan Jihoon lalu menepuk-nepuk debu yang kotor pada tangan dan baju sekolahnya.

Jihoon yang sudah berdiri melarikan anak matanya dari membalas renungan Hana. Manakala gadis itu menatapnya dengan tajam, riak wajah menunjukkan bertapa dia jengkel dengan lelaki itu.

"Apa masalah kau sebenarnya, sampai nak kena tarik aku jatuh atas badan kau? kau sebenarnya byuntae kan, kau sukalah bila perempuan aku jatuh atas badan kau?" marah Hana bersama senyuman sinis.

Jihoon yang tergamam menidakkan fitnahan dari Hana. Niatnya tak nak biarkan gadis itu bunuh diri, bukannya nak jadi byuntae.

"Eh! elok sikit mulut kau tu. Aku bukan byuntaelah! kau tu yang gila duduk atas penghadang tu. Apa penat sangat ke hidup kau tu sampai tak fikir panjang nak bunuh diri!. Orang lain pun penat tau bukannya kau sorang je!"

Hana mendengus dengan geram. Mamat ni memang betul-betul membuatkan Hana seperti mahu memberi satu lempangan kepadanya. Mulut biadap betul, entah bila kali terakhir dia bayar insurans untuk mulut puaka dia tu.

"Aku bukannya nak bunuh dirilah bebal!. Mulut kau tu memang tak makan saman kan?. Aku duduk atas penghadang tu bukannya bermaksud aku nak bunuh diri!"

"Lah yeke. T-tapi tetap jugak bahaya! kalau kau tersilap langkah lepastu jatuh dari atas bangunan ni kan dah jadi satu kes bunuh diri dekat seoul ni!"

"Tch, suka hati akulah yang kau nak sibuk sangat kenapa. Kalau mati sekalipun yang mati tu aku bukannya kau" balas Hana selamba.

Membulat mata Jihoon mendengar balasan dari gadis itu. Perempuan ni memang betul-betul tak sayang nyawa.

"Apa-apa pun, kau patut bersyukur aku dah bantu kau. Dan lagi satu aku ni sunbaenim kau tau! jadi kau sebagai hubaenim kena ada rasa hormat dengan aku!" kata Jihoon dengan berani.

Dia tahu Hana tak kesah tapi memang penggilan Hana kepadanya kedengaran biadap. Lagipun tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum dia tamat belajar jadi dia mahu jugak rasa dihormati oleh hubaenim sekolahnya.

"Whatever kacang sunbear" Hana berpaling lalu berjalan pergi meninggalkan Jihoon.

"What?! kacang sunbear?! Yah aku ni sunbaenim kau tau!" teriak Jihoon dengan kuat.

Jihoon mendengus geram. Rasa menyampah dengan sikap Hana. Habis hilang mood nya untuk mengambil gambar di atas rooftop ini. Di dalam hati dia berharap yang dia tak akan bertembung dengan gadis itu lagi.

Tapi siapa yang sangka pertemuan pertama ini jugaklah yang menimbulkan detik suka dan duka di dalam hidup mereka.

Tapi siapa yang sangka pertemuan pertama ini jugaklah yang menimbulkan detik suka dan duka di dalam hidup mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now