-twenty three-

23 5 0
                                    

 ' I don't care how long it takes, as long as i'm with you i've got a smile on my face"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' I don't care how long it takes, as long as i'm with you i've got a smile on my face"

•••••

Begitu khyusuk mata kecil itu menonton drama yang ditayangkan di televisyen sehingga tidak menyedari kehadiran abang tirinya di sebelah.

Soobin mengerling ke arah Hana. Niatnya mahu turun ke bawah tadi sebab bosan dan nak berbual dengan Hana. Sekali tengok hurm hampeh! adik dia lebih suka tengok muka pelakon lelaki dalam tv itu berbading muka abang nya sendiri.

"Tak cukup handsome ke aku ni sampai dari tadi mata dia dok melekat dekat tv tu je. Aku yang dah duduk sebelah ni pun dia tak perasan jugak"

"Yah, dik...cerita apa yang kau tengok tu?"

"Hah? hmm hmm"

"Hmm hmm apa kau cakap ni?" ujar Soobin, mula berasa geram dengan jawapan bersahaja Hana.

"Dear. M"

Soobin memandang tajam Hana dan tv itu saling berganti bersama tatapan yang tajam. Remote disamping Hana perlahan diambil. Hana tersengih-sengih melihat Jung Jaehyun yang muncul di kaca televisyen.

"Aaaaa handsomenya Jae- oppa!" terkaku gadis itu melihat televisyen yang terpadam tiba-tiba. Bila menyedari Soobin berada di sebelahnya baru dia faham macam mana televisyen tu boleh terpadam macam tu.

"Bagi balik" tegas sang gadis.

"Werkkk tak boleh" terkekeh-kekeh Soobin mentertawakan adiknya.

"Jaehyun baru nak muncul tau tak! BAGILAH BALIK!" remote tersebut cuba untuk dirampas kembali.

"No tak nak! dari tadi kau tengok tv tu! giliran oppa pulak yang guna!"

Soobin menjauhkan diri, menaikkan tangannya ke atas sambil tertawa dengan kuat. Hana kan pendek jadi banyak mana pun dia berjongket tetap dia tak akan dapat rampas remote tu dari Soobin.

"Ish! bagi baliklah!" akibat terlalu geram Hana menggunakan kuasa veto nya untuk menendang kaki abangnya dengan kuat.

"Auch! sakitlah! asal pergi tendang kaki aku!" terlompat-lompat Soobin memeluk kaki kananya. Kurang ajar betul adik tiri dia ni.

"Biarlah, padan muka oppa! now give me back my remote!"

"Apa yang bising-bising ni" tegur Tuan Do bersama isterinya di sebelah.

"Soobin, Hana? kenapa ni? dari atas tadi kami dah dengar jeritan kamu berdua ni kenapa?" soal Puan Miyeon yang mulai risau.

Takut ada apa-apa yang berlaku. Sudahlah mereka berdua tidak mengenali satu sama lain sangat, takut nanti Hana berasa terganggu dengan Soobin.

"Oppa ni ha! dia pergi rampas remote Hana! Jaehyun baru je nak muncul, tak sempat Hana nak tengok muka handsome dia". Mata menjeling tajam pada Soobin di hadapannya.

Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮Where stories live. Discover now