Enjoy reading❤️
' I get shocked to see how much I get hurt because of you. My days are a struggle, even my dreams are painful '
•••••
"Eomma dan Appa dah buat keputusan yang kami akan bercerai" ujar Tuan Do.
Rasa kasihan menyelebungi diri, tiada niat dia mahu mengungkapkan ayat yang dibenci oleh manusia yang bergelar anak. Tapi apakah daya dia sedar hubungan nya dengan isterinya tidak dapat dipulihkan semula.
Bagaikan sudah dijangka jadi dia tidak terkejut dengan keputusan orang tuanya. Tapi ada satu yang bermain di dalam pemikirannya. Kenapa mudah sangat mereka buat keputusan untuk berpisah?.
"Semudah tu je kan, eomma dan appa buat keputusan untuk berpisah tanpa fikirkan pasal perasaan Hana" esakan dan getaran suara tidak mampu ditahan. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menangis dihadapan orang tuanya.
"Hana...kami mintak ma-"
Tidak mahu dia mendengar penjelasan mereka, Hana pantas melangkah ke luar rumah menuju ke taman yang berdekatan dengan perumahan nya untuk menyejukkan hatinya yang mulai panas dengan perasaan marah dan sakit hati.
Sampai saja di buayan taman, Hana melepaskan segala tangisan di dalam hati. Dia sendiri tidak tahu entah masuk kali keberapa dia menangis pada hari ni. Berapa kali hati dia hancur dan rentak disebabkan oleh orang-orang yang dia sayang.
Angin sejuk yang menampar tidak dapat menghilangkan air mata itu. Apatah lagi salji yang semakin lebat seperti debu-debu yang berterabangan.
"Hana?" ujar satu suara dari arah belakang.
"Asa..."
Mutiara yang berkaca pada mata sang gadis membuatkannya semakin risau. Lantas Asahi bergerak ke hadapan si gadis lalu mencangkung untuk memastikan si gadis baik-baik saja.
"Kenapa kau menangis?" soal Asahi, lembut. Pipi Hana disentuh lalu ibu jari jejaka itu menyeka perlahan sisa air mata sang gadis.
"Eomma...dan appa hiks. Di-diorang nak berpisah"
Asahi yang tidak tahu mahu berkata apa hanya merenung wajah Hana. Sedih itu yang dia rasakan saat melihat air mata sang gadis kekal mengalir.
"It hurts. It hurts so much. Kenapa semua orang yang aku sayang kena tinggalkan aku asa?...mula-mula Jihoon sekarang eomma aku...lepasni apa, appa pun nak tinggalkan aku jugak ke?. Diorang tak sayangkan aku ke asahi?"
Tanpa membuang masa Asahi pantas mendakap tubuh gadis itu. Tidak mahu lagi dia mendengar sebarang kata-kata negatif yang diucap.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?