' I've never known someone like you, tangled in love, stuck by you, from the glue '
•••••
Soobin yang membetulkan lagaknya tatkala matanya tidak lepas padang ke arah sang gadis yang sibuk menyiram tanaman bunga-bunga itu.
Ayumi yang berasa dirinya diperhati oleh seseorang menoleh ke arah kirinya. Dapat dia melihat seorang jejaka yang tidak dikenalinya tersenyum manis padanya.
"Ermm do i know you?" soal Ayumi.
"I don't think so. But let me introduce myself, my name is Soobin, Choi Soobin. Abang tiri Hana" ujar Soobin. Orang tak tanya tapi dia nak jugak perkenalkan dirinya sendiri.
"Ohhh abang tiri Hana. Rasanya ada Asahi cerita semalam" katanya bersama tangan kanan yang memegang dagu sambil berfikir.
"Ohh dia cerita apa je pasal saya dekat awak?" soal Soobin lagi, cuba untuk meneruskan perbualan diantara mereka berdua.
"Dia cakap muka awak ni macam byuntae siam. Ada aura-aura macam perogol upahan" balas Ayumi selamba bersama senyuman menyampahnya.
Gatal lagi, memang padanlah kena cop sebagai 'perogol upahan' oleh gadis itu.
Soobin terbatuk-batuk mendengar balasan gadis itu. Lagaknya diatur semula. Rambut dikemaskan bersama senyuman yang kekal di bibir.
"Muka handsome macam ni pun di cop byuntae. Boleh tahan pedas mulut adik awak tu"
"Oppa, Hana dah siap. Jomlah" Hana yang baru selesai bersiap itu menegur Soobin.
"Eo, Yumi unnie. Annyeong" saat perasan akan kelibat Ayumi di pagar yang memisahkan rumah mereka dengan jiran, Hana langsung menyapanya.
"Annyeong Hana. Dah nak turun ke? kejap ya Unnie pergi panggil Asahi" balas Ayumi. Mengendahkan Soobin yang berada di situ.
Senyuman manis itu langsung melengkung ke bawah. Ingat dapat lah berkenalan dengan lebih dalam dengan kakak kepada kawan adiknya. Tapi alih-alih macam kena tolak pulak. Baru nak mengorat hurm.
"Ayumi Unnie reject oppa ke?" teka Hana melihat bibir Soobin yang sudah memuncung seperti itik.
"Kalau kau tak kacau memang takdenya aku nak kena reject" marah Soobin berpakejkan jelingan yang tajam buat Hana.
"Lah kita pulak yang salah" jelingan dibalas dengan jelingan.
"Oh aku lupa nak bagitau kau"
"Bagitau apa?"
"Petang ni kawan-kawan aku nak datang rumah. Katanya nak tengok muka 'adik tiri' baru aku, jadi kau jangan pergi mana-mana tau petang ni" arah Soobin.
"Kenapa dekat rumah? boleh saja kan berjumpa dekat universiti nanti" soal Hana. Rajin betul nak melawatnya di rumah.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?