Enjoy reading❤️
' Weary sky light Sun goes to sleep. Wind blows it's all passing by, like waking up from a dream New again '
•••••
"Danyeowasseumnida" laung Hana yang sudah masuk ke dalam rumah.
"Eo! dah balik. Macam mana first day dekat college tadi? seronok?" soal Puan Choi pada Hana sejurus saja Hana menapak ke dalam rumah.
"Ermmm seronok lah jugak. Tapi still susah nak catch up dengan apa yang lecturer ajar sebab yalah kan alam uni ni berbeza sikit dari sekolah menengah" ujar Hana bersahaja. Walaupun dia masih dalam fasa terkejut dengan situasi yang berlaku pagi tadi.
Takpe, lama-lama nanti terbiasa lah tu. Pergilah naik atas dulu, mandi. Lepasni kita makan malam sama-sama" lembut saja Puan Choi berbicara pada Hana.
"Nae" langkah diteruskan menaiki anak tangga.
Sesampai saja melimpasi pintu tandas, anak matanya menangkap satu susuk tubuh seorang lelaki yang tidak dikenali. Perompak ke? tapi macam mana perompak boleh masuk dalam rumah ni sedangkan imo dan appanya berada di bawah.
Eh? tapi ada ke perompak pakai bathrobe masa merompak rumah orang?.
Dengan rasa ragu-ragu, Hana mendekati jejaka itu. Sempat lagi tangannya mengapai raket badminton yang tergantung kemas pada dinding rumahnya.
Selangkah demi selangkah dia mendekati. Tatkala dia baru hendak menghayun raket, lelaki itu terlebih dahulu berpaling menahan lengannya.
"Lepaskan aku! apa yang kau buat merompak dekat rumah orang ni hah! APPA IMOOO! ada pencuri dalam rumah kita!" jerit Hana kuat.
"Pencuri? heol! aku bukan pencuri lah aku abang tiri kau!"
Pergelengan tangan Hana cuba untuk di tahan.
"Abang tiri?! jangan nak menipu aku lah! sejak bila Imo ada anak lelaki hah?!"
Pergelutan di antara dua beradik tiri itu terhenti saat Tuan Do dan Puan Choi bergegas naik ke atas. Hana melepaskan raket badminton itu dengan kasar, lalu berdegus dengan kuat.
"Appa, Imo! pencuri ni cuba nak merompak rumah kita!" telunjuk jari diarah pada jejaka itu.
"Soobin! kan mama dah cakap jangan terkejutkan dia!" marah Puan Choi.
"What? soobin pulak yang salah? dia yang serang soobin dulu tadi!" riak wajah menunjukkan dia tidak puas hati pada Hana.
"Ma-mama?" ucap Hana terkebil-kebil.
"Yalah mama, mama aku? baru sedar ke aku ni abang tiri kau?"
"Abang tiri?" soal Hana hairan.
"Hana, Miyeon sebenarnya ada anak lelaki yang tua dua tahun dari kamu" terang Appa Hana.
"Betul tu, kamu tak pernah jumpa dia sebab dia jadi exchange student tahun lepas dekat America. Silap Imo jugak sebab tak pernah bagitau kamu. Imo mintak maaf"
Hana terkedu, dia tidak tahu mahu membalas apa langsai dia hanya menganggukan kepalanya saja lalu menunduk meminta maaf kepada abang tirinya, Choi Soobin.
"Joseonghabmida...o-oppa?"
"Hm, aku maafkan. Tapi kalau kau tak selesa nak panggil oppa kau boleh je panggil aku Soobin"
"Eo boleh k-" baru saja hendak membalas, Tuan Do sudah memotong ayatnya.
"No, tak boleh Soobin. Samchon tak benarkan. Hana, appa tak pernah ajar Hana jadi biadap dengan orang tua. Kita dah jadi satu keluarga, tak boleh nak rasa janggal lagi, lama-lama nanti semua ni akan jadi suatu kebiasaan. Betul tak Miyeon?"
"Hm, betul tu. Kamu berdua dah jadi adik beradik sekarang. Jadi cubalah untuk berkenalan satu sama lain. Dahh kemas semua ni, letak raket ni balik. Kamu Soobin pergi pakai baju kamu dan Hana..."
"Nae?"
"Pergi mandi, lepasni kita makan sama-sama"
"Nae, Imo"
Usai saja pasangan itu berlalu turun semula ke bawah. Soobin menghulur raket badminton yang jatuh di atas lantai tadi pada Hana.
"Nah, raket kau"
"Nae, gumawo" huluran raket bertukar tangan.
"Kau tak payahlah rasa bersalah sangat. Aku faham semua ni masih baru untuk kau, sama jugak macam aku. Anyway nama aku Soobin, Choi Soobin dan aku satu-satunya anak sulung kepada Choi Miyeon iaitu mama aku" tangan dihulur pada Hana untuk bersalaman.
"Hana, Do Hana. Satu-satunya anak sulung kepada Do Eunhyuk"
"Kita pernah berjumpa dekat mana-mana ke sebelum ni? sebab rupa kau macam familiar...macam aku pernah nampak"
"Err pernah ke? dekat mana?"
"HAH!?"
"Hah?"
"Kau! kau lah yang terlanggar aku sampai buku aku terjatuh tu kan! masa career festival dekat Hankuk University dulu! kaulah perempuan tu! aku tak sangka kau rupanya yang jadi adik tiri aku. Kecil betul dunia ni kan?"
"Ouhhh yang tu, tapi bukan Imo cakap oppa jadi student exchange dekat America ke?"
"Memang pun aku belajar dekat America, tapi masa tu cuti so aku baliklah. Tapi tak lah lama sangat dalam seminggu macam tu, kebetulan pulak masa tu university aku memang buat festival jadi aku pergi jelah melawat kawan-kawan aku. Lagipun aku jadi exhange student ni cuma untuk setahun je, so sekarang aku jadi student biasa balik dekat Hankuk. Btw esok kelas kau mula pukul berapa? mama cakap dekat aku yang kau ambil Jurusan seni dan reka. Esok pagi aku hantar kau pergi university sekali dengan budak apa nama dia yang jiran sebelah rumah kita ni? tak silap aku dia berasal dari Jepun, apa nama dia Asahi? kan?" soal Soobin selepas panjang dia bercerita.
"Ya, Asahi"
"Cool, lepasni kau chat lah dia bagitau dia yang abang tiri kau yang handsome ni akan hantar korang pergi university sama-sama. Okeylah aku nak masuk baju dulu, jumpa nanti. Annyeong"
"Nae annyeong"
"Banyak mulut betul abang tiri aku tu" Hana di dalam hatinya sebelum mula berlalu pergi ke bilik sendiri.
YOU ARE READING
Unrequited Love; 𝐈 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮
FanfictionUNREQUITED LOVE; I LIKE YOU ~ Liking you is more harder than answering math exam, do you know that?