Prolog

50 6 0
                                    

Mahkamah Majistret, 2012

Suasana dalam mahkamah itu sangat bising, namun Huwainaa Safiya hanya duduk tenang di meja tertuduh. Reaksi mukanya tenang dan datar tanpa secalit senyuman.

Matanya melingas ke arah kawasan orang awam, mencari wajah yang dirinduinya. Hampa, apabila tidak menjumpai wajah itu.

Huwainaa sembunyi senyum pahit. Biarlah, mungkin ini yang terbaik. Untuk dirinya, serta insan itu. Dalam diam Huwainaa berdoa agar dia sentiasa bahagia dan meneruskan hidupnya, tanpa mengingati Huwainaa.

Tok, tok!

Paluan tukul kayu ketua hakim menyentakkan Huwainaa, serta seisi mahkamah yang awalnya bingit. Kini, tiada lagi bunyi bisikan-bisikan. Isi mahkamah berdiam diri, menanti keputusan mahkamah untuk tertuduh.

"Tertuduh, Huwainaa Safiya Binti Maliki."

Huwainaa angkat kepala merenung ketua hakim yang menyebut namanya. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Huwainaa bangkit dari duduk, menanti hukumannya.

"Saya."

Ketua hakim, Syed Husni merenung Huwainaa seketika sebelum matanya kembali kepada kertas di tangannya yang tercatat hukuman kepada gadis muda berumur 15 tahun ini.

"Mengikut Seksyen 300 kanun keseksaan bersama Seksyen 87 dan Seksyen 88, mahkamah menjatuhkan penjara 10 tahun kepada tertuduh."

"Tertuduh akan di hantar terus ke penjara tanpa ke pusat juvenile. Hal ini kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah dengan niat dan dalam keadaan waras."

Ketua hakim merenung Huwainaa beberapa saat sebelum menghembus nafas perlahan. Kertas yang dipegang diletakkan di atas meja dan matanya merenung seisi mahkamah.

"Jenayah yang dilakukan tertuduh adalah satu perkara yang tidak dapat disangkal kesalahannya. Walau apa pun, membunuh bukan lah satu perkara yang patut dilakukan."

"Ia seolah-olah kita sebagai manusia, merampas nyawa manusia yang lain."

Ketua hakim mengalihkan pandangannya ke arah Huwainaa. Dia senyum pahit seketika apabila melihat wajah tidak berperasaan gadis itu.

"Namun, tidak adil untuk kita yang dewasa meletakkan keseluruhan kesalahan kepada remaja ini. Di saat dia memerlukan pertolongan, di manakah orang dewasa yang sepatutnya melindungi remaja ini?"

"Kesalahannya hanya satu. Menggadaikan masa depannya untuk melindungi insan yang seharusnya dilindungi oleh orang dewasa dengan membunuh."

Suasana di mahkamah hening seketika. Setiap pelawat yang menghadiri sesi kali ini hanya mampu berdiam diri dan menunduk. Malu. Itu yang dirasakan.

"Dengan ini, mahkamah bersurai."

Tok, tok!

Huwainaa tengadah apabila ketua hakim menapak keluar dari kawasan mahkamah. Matanya yang berair ditahan sehabis mungkin. Dia tidak menyesal, namun hatinya tetap dipalu dengan beribu perasaan apabila mengingatkan dirinya tidak akan lagi bertemu dengan insan itu.

"Huwainaa."

Huwainaa tunduk merenung peguam belanya. Dia ukir senyum manis untuk insan yang banyak membantunya selama ini.

"I akan buat rayuan untuk turunkan tempoh hukuman you."

Huwainaa terdiam seketika dan dia terus menggeleng perlahan.

"It's okay, Tuan. It's enough. You've done enough."

Peguam belanya merenung wajah Huwainaa yang jelas redha dengan apa yang berlaku.

"Terima kasih, Tuan. Sebab sudi pertahankan saya."

Huwainaa kalih melihat polis wanita yang datang untuk mengiringinya ke penjara.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

Huwainaa mula menapak pergi, meninggalkan peguam belanya tanpa mendengar salamnya dibalas.

10 tahun di penjara.

In shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now