Bab 1

41 4 1
                                    

Penjara Wanita, Penjara Kajang, 2022

"Kakak"

"Kakak"

"Kakak!"

"Allah!"

Tercungap-cungap Huwainaa mencari nafas. Habis berpeluh tubuh badannya walaupun di luar sana jelas kedengaran bunyi hujan yang menggila dan suhu dalam sel penjara ini sejuk.

Huwainaa mengusap wajahnya, cuba menenangkan dirinya. Mulut terkumat-kamit membaca zikir penenang hati. Dadanya berombak laju apabila bayang-bayang mimpi itu mula menghantui fikirannya.

Tubuhnya tersentak saat bahunya di sentuh lembut. Lambat-lambat Huwainaa angkat kepala memberanikan diri melihat gerangan atau sesuatu yang menyentuhnya. Mata dipicing sedikit, cuba mengecam wajah yang terpampang di sisinya. Seketika kemudian, helaan nafas lega terhembus perlahan dari bibir Huwainaa.

"Kak Gee. Terkejut aku."

Kak Gee senyum lebar sambil jarinya menggaru puncak hidung yang tak gatal. Tahulah dia, Huwainaa terkejut dengan tindakannya mengusap bahu gadis ini.

"Sorry, dik. Aku tengok kau macam dah tak betul, tu yang aku gosok sikit. Kot ada benda kacau kau. Kan tengah hujan lebat ni."

Huwainaa hanya angguk kepala perlahan. Pandangannya kemudian dikalihkan kepada tingkap kecil di hujung sel. Gelap. Hujan yang menggila. Persis seperti hari pertamanya di penjara ini.

"Dik. Harini kau dah bebas."

Kata-kata Kak Gee itu menggamit perhatiannya. Dia menoleh melihat wajah Kak Gee yang kini tersenyum sumbing. Terlepas gelak perlahan dari bibirnya.

"Ya. Harini, hari terakhir aku."

Kak Gee merenung dalam wajah bersih Huwainaa. Sekilas, dia ukir senyum tawar. Hatinya berbolak-balik. Dia gembira akhirnya Huwainaa akan bebas, namun sedih tetap bertandang saat mengingati dirinya tak akan lagi menatap wajah comel gadis ini.

"Kau dah keluar, jangan lupa kami kat sini. Kalau tak, aku keluar je dari sini, memang aku cari kau, pastu aku terajang kau masuk kubur."

"Pffft! Gila kau kak. Sampai macam tu sekali?"

"Ahhh takde. Kau jangan memain dengan aku."

Huwainaa geleng kepala sambil gelak perlahan. Kena kontrol sikit, sebab rakan-rakan satu sel mereka masih lena diulit mimpi.

"Mana mungkin aku lupakan semua orang kat sini."

Huwainaa renung dalam mata Kak Gee dan mengukir senyum lembut. Senyum khas buat mereka yang menjaganya sepanjang 10 tahun dia dalam penjara.

"Korang semua je keluarga aku. Kau lupa? Aku dah tak ada sapa-sapa lagi. Hanya korang, dunia dan akhirat."

Kak Gee angguk kepala mendengarkan itu. Sudah tentu dia tahu. 10 tahun bukan tempoh yang singkat dan mudah untuk gadis muda seperti Huwainaa. Dia kehilangan segalanya saat umurnya 15 tahun. Saat kakinya melangkah ke dalam penjara ini.

"Pukul berapa nanti kau keluar?"

Huwainaa kerut dahi apabila mendengar soalan itu. Bukan soalan yang pelik, tapi suara yang bertanya itu. Bukan suara Kak Gee.

"Bodoh kau ni, Yan! Terkejut aku!"

Yan terkekeh ketawa. Gelabah betul minah sorang ni. Ni baru suara aku yang merdu ni, bukan lagi suara Kak Kunti atau pun Kak Ponti. Mahu terkencing, terberak kalau dengar.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now