Bab 5

25 4 0
                                    

"Kau tu pembunuh. Patut nya kau ke tali gantung."

"Kenapa entah hakim tu bagi kau 10 tahun. Patut seumur hidup, atau pun terus mati je."

"Kau keluar nanti, hati-hati. Takut nanti kau yang kena bunuh."

"Baru padan muka kau."

Huwainaa mencelikkan matanya. Dia termenung seketika mengingatkan mimpi itu. Mimpi yang nyata. Ayat-ayat yang pernah dilontarkan kepadanya satu ketika dahulu.

Huwainaa senyum senget. Badannya dibangunkan dari pembaringan. Mata terus merenung kedua belah tangannya. Tangan seorang pembunuh. Jelas pada matanya, darah yang mengalir di telapak tangannya hingga menitis ke atas selimut.

"Siapa pun, datang lah bunuh aku cepat. Aku tunggu."

Huwainaa terus bangkit dari katilnya dan menuju ke tandas. Azan subuh telah berkumandang dan dia harus cepat bersiap. Hari ini, shiftnya di kilang tempatnya bekerja adalah sebelah pagi.

🎭🎭🎭🎭🎭

"Assalamualaikum, Kak June."

Wanita yang dipanggil Kak June itu terus menoleh ke belakang. Wajahnya terus bersinar apabila melihat Huwainaa.

"Waalaikummussalam, Wainaa! Sampai jugak akhirnya."

Huwainaa ukir senyum manis. Seketika kemudian, senyuman manisnya terus bertukar menjadi senget. Idea datang nak mengusik Kak June.

"Kak June! Bos datang!!"

"Hah?!! Bos datang??! Mana?!! Mana dia??!!"

Terpusing-pusing Kak June mencari kelibat bos mereka, Mr Chang. Mr Chang itu tak boleh dibuat main. Time kerja kena serius. Time lain tak mengapa.

"Mananya??!"

Huwainaa mengekek ketawa apabila Kak June masih terpusing-pusing. Pening kepalanya.

"Dah-dah la tu terpusing-pusing, June oii. Tak nampak ke Wainaa tengah gelak kan kau tu."

Kak June terus berhenti apabila Tian menegurnya. Matanya dipincing ke arah Huwainaa yang masih galak mentertawakannya. Jari terus mencubit kuat lengan gadis itu.

"Aduh duh duhhh! Kak June! Sakit Kak June! Aduhhh!"

Huwainaa menggosok lengannya yang sakit dicubit tangan ketam Kak June. Berbisa mat! Pedih lengan aku!

"Aduiii Kak! Tangan ketam betul. Sakit weh!"

Kak June senyum sinis. Dia tahu cubitannya sangat berbisa. Sudah tak terkira berapa ramai yang telah tersungkur dengan cubitan racunnya. Dia bangga!

"Gurau lagi macam tu. Memang kena la kau!"

Huwainaa ukir senyum. Senyum sembunyi sakit di lengannya sebenarnya. Pedih yang amat. Ni confirm berlebam!

"Dah-dah. Jom masuk. Harini akak nak tengok Wainaa ambil alih mesin tu. Akak tengok dari tepi je."

Huwainaa terus tersenyum lebar. Dia angguk-angguk kepalanya teruja. Selama seminggu dia bekerja, Kak June lah yang menjadi supervisornya, mengajar semua perkara dan dia hanya memerhati sambil sekali-sekala bertanyakan soalan.

"Jom, kak! Wainaa tak sabar."

Huwainaa terus melangkah masuk ke ruang yang mempunyai pelbagai mesin yang canggih untuk menghasilkan sarung tangan perubatan. Sarung tangan ini akan dihantar ke hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta.

Mesin pemotong belon latex itu dihampiri. Huwainaa memerhati mesin itu bergerak secara automatik, memotong latex mengikut saiz yang telah ditetapkan. Dia melangkah ke arah monitor dan terus memeriksa sebarang anomali di monitor itu.

Tugasnya hari ini adalah untuk memastikan, belon latex yang dipotong tidak rosak ataupun dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan. Dia dan beberapa rakannya yang lain harus memeriksa setiap satu potongan latex itu dan membuang yang mana tidak menepati syarat.

🎭🎭🎭🎭🎭

Huwainaa duduk bersila di penjuru dinding kilang itu. Belakang tubuhnya disandarkan dengan kepala didongak melihat langit. Mulutnya sibuk mengunyah sandwich telur yang sempat dibungkusnya dari rumah. Itu rezekinya hari ini kerana dia baru sahaja bekerja.

Rakan-rakan sekerjanya yang lain semuanya keluar ke kedai makan, jadi di sinilah Huwainaa selalu melepak di waktu rehatnya. Bekal makanan, bersila di penjuru kilang dengan telinga berdentum dengan lagu Korea kegemarannya. Lagu band Korea The Rose bertajuk She's In The Rain mula berputar. Sekilas, Huwainaa tersenyum. Lagu kegemarannya!

Mulutnya yang tadi mengunyah makanan, kini berhenti serta-merta. Perlahan Huwainaa mula menyanyi, mengikut lirik musik lagu itu. Setiap bait lirik itu dinyanyikan dengan penuh perasaan, bagaikan meluah perasaan. Perlahan sahaja suaranya, cukup hanya dia sahaja yang mendengar.

"She's in the rain"

"You wanna hurt yourself"

"I'll stay with you"

"You wanna make yourself go through the pain"

"It's better to be held than holding on"

Habis sahaja lagu itu, Huwainaa senyum pahit. Kepala digeleng perlahan dan dia kembali menyambung mengunyah lebihan sandwichnya. Badan digoyang mengikut lagu seterusnya, Rose - Gone.

Tenang. Hidupnya ketika ini tenang dan baik-baik sahaja. Dia cuma menanti akan sesuatu. Satu perkara yang telah lama diimpikannya.

'Killing yourself is a sin. But not when someone kills you and you accept it.'

🎭🎭🎭🎭🎭

Follow, votes and comments. Say your opinions.

Do follow me since I'll be making announcements regarding Paradox on my profile.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now