Bab 7

24 4 0
                                    

"Tuan. Cik Huwainaa dah tamatkan tempoh penjara dari sebulan lepas."

Lelaki tua itu terus mendongak kepala. Dahinya berkerut seribu. Tangan terus mengambil kalendar di atas mejanya dan dibelek ke sebulan yang lalu. Satu tarikh yang dibulatkan dengan pen merah direnung seketika dan dia lepaskan keluh perlahan.

"Macam mana boleh terlepas ni?"

Lelaki muda itu senyum sekilas. Dia menggenggam erat ipad di tangannya sambil cuba mengawal reaksi wajahnya.

"That day was the day we had to fly to Amsterdam."

Lelaki tua itu bagaikan teringat sesuatu dan terus dianggukkan kepalanya. 

"No wonder."

Suasana hening seketika. Lelaki muda itu hanya menanti majikannya membuka mulut. Jelas pada penglihatannya, majikannya itu sedang memikirkan sesuatu.

"Where is she right now?"

"She's staying in Kajang, apparently with her ex-cellmates."

"Kerja?"

"Cik Huwainaa sekarang kerja dekat kilang di Kajang. Kilang pembuatan sarung tangan perubatan."

Dahi Tuan terus berkerut seribu. Matanya jelas menunjukkan dia tidak mempercayai berita yang baru disampaikan oleh pembantu peribadinya.

"Kerja kilang?"

"Ye, Tuan. Kerja di kilang."

Tangan terus diraup ke muka tuanya yang jelas sudah berkedut seribu.

"She got a bachelor's in business administration and she chose to work at a factory?"

Lelaki muda itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu majikannya bukan berniat ingin perlekehkan kerja di kilang, namun mungkin tidak menyangka gadis jagaan majikannya bekerja di sana walaupun ada kelayakan degree.

"Get her number. I wanna meet her."

Lelaki muda itu tersentak namun cepat-cepat mengawal riak wajahnya. Arahan majikannya adalah muktamad, maka dia harus turuti walau apa sekalipun.

"Baik, Tuan."

Tuan terus bangkit dari kerusinya dan melangkah ke arah cermin tingkap tinggi di hujung biliknya. Kelihatan isterinya sedang berseronok ketawa dengan pembantu rumahnya sambil bercucuk tanam. Senyum bahagia serta-merta terukir di bibirnya.

"She'll be happy hearing this."

"She will."

"Getting her number. Make it fast."

"Baik, Tuan. Saya keluar dulu."

Lelaki muda itu terus menapak keluar selepas menerima anggukan daripada majikannya. Keluar sahaja dari pejabat peribadi majikannya, dia lepaskan keluh perlahan.

Dia masih tidak mengetahui sebab utama majikannya serta isteri begitu menjaga gadis pembunuh itu. Baginya, gadis itu tidak layak untuk diberi peluang kedua. Pembunuh yang sepatutnya dihukum mati, namun diberi hukuman penjara hanya 10 tahun.

"A disgusting bitch."

Lelaki muda itu terus melangkah pergi. Dia bencikan gadis pembunuh itu, namun arahan majikannya harus diselesaikan.

🎭🎭🎭🎭🎭

"Huwainaa Safiya dah lama keluar penjara. Kau nak buat apa, Hussin?"

Hussin membisu. Dia masih tekun memerhati setiap perlakuan gadis yang kini sedang bekerja di kilang pembuatan sarung tangan perubatan itu.

"Buat kerja aku."

Matanya masih melekat pada Huwainaa yang jelas sedang bekerja keras. Senyuman senget terukir di bibirnya. Gadis itu msih sama seperti dulu. Masih berhati mulia dan suka bekerja keras.

"Pergilah approach dia. Kau duk tengok dia dari jauh. Sampai sudah dia takkan kenal kau."

Hussin terus mengalihkan pandangannya menatap wajah rakannya, Gus. Dia tersenyum sinis dan kemudian tangannya kembali bekerja. Dia abaikan sahaja kata-kata Gus.

Gus mengeluh melihat Hussin yang tidak mengendahkannya. Pandangan terus berlaih pada Huwainaa si hujung sana. Jelas kelihatan wajah gadis muda itu kepenatan, namun gadis itu tidak pernah mengeluh mahupun berhenti bekerja.

"Aku kesian kat Huwainaa. She deserve more than this, Hussin. More than this."

Tangannya didepangkan sambil menekan ayat-ayatnya tadi. Dia mengharapkan agar Hussin memahami kata-katanya.

Hussin berhenti seketika daripada kerjanya dan mendongak melihat Gus. Dia berpaling ke arah tempat Huwainaa bekerja dan pandangan dialihkan kembali ke arah rakannya.

"Let her be. She chose this. Hidup dia dah banyak sengsara. She deserve to make decision on her own life now."

Hussin diam seketika. Dia merenung dalam ke arah mata Gus, mengharapkan lelaki itu memahami maksudnya.

"Aku akan buat kerja aku. Kerja aku adalah untuk Huwainaa kekal selamat dan gembira. Itu sahaja."

Gus hela nafas perlahan. Dia sudah kehilangan kata-kata. Dia tahu, apabila Hussin membuat keputusan, lelaki ini tak akan pernah mengubahnya. Bukan setahun, dua dia kenal Hussin. Sudah hampir 15 tahun. 

Walaupun masing-masing tidak pernah mengetahui nama sebenar.

"Aku pernah gagal lindungi dia, Gus. Akibatnya? Dia sengsara. Kali ni, aku akan pastikan dia selamat. Dan gembira."

🎭🎭🎭🎭🎭

Bosan kan bab ni? Heh. Saya pun bosan dengan bab ni. Saja je nak masuk element misteri sikit.

Anyone boleh teka, siapa Tuan, Hussin dan Gus? 

Apa-apa pun, votes and comment~

Paradox (SU) Where stories live. Discover now