Bab 3

35 7 0
                                    

Bak! Bak! Bak! Bak!

Berkali-kali Huwainaa memukul. Tanpa henti. Tanpa ada niat ingin berhenti. Diabaikan sahaja darah yang memercik ke seluruh wajahnya. Dihiraukan sahaja jeritan kesakitan yang kian lama kian mengendur.

"Mati! Mati! Mati!! Mati!!!"

Bagai membaca mantera, perkataan 'mati' berulang kali disebut sambil tangannya masih tidak berhenti memukul.

"Kau pembunuh!!!!"

"Aghhhhhhhh!"

Huwainaa terus terbangun dari mimpi yang entah keberapa kali berulang. Mata terbeliak luas. Dadanya berombak laju. Dia cuba bangkit dari pembaringan, namun bagaikan ada sesuatu yang menahannya, Huwainaa hanya mampu terbaring kaku.

"Huwainaa!"

Sayup-sayup Huwainaa mendengar namanya dipanggil. Serentak dengan itu, badannya digoncang kuat sebelum tubuhnya dirasakan melayang sebelum dipeluk erat.

"Shuhhhh. It's okay. Aku ada. Mimpi je tu. Aku ada kat sini."

Huwainaa dapat rasakan belakang tubuhnya digosok perlahan, cuba menenangkan dirinya. Zikir yang dibaca ke telinganya sedikit sebanyak menyedarkan dirinya yang hanya kaku tanpa mampu bergerak.

Seketika kemudian, matanya berkaca sebelum perlahan-lahan air matanya menitis. Tanpa sebarang kata, tangisan Huwainaa kian menggila. Dadanya terasa sesak.

Huwainaa hanya mampu menangis dengan tubuh yang lemah. Seluruh tubuh badannya berasa amat berat dan sakit.

"Aku ada, Wainaa. Aku ada. Aku kat sini. Jangan takut. Aku kat sini."

Berkali-kali ayat itu dibisikkan ke telinga Huwainaa sebelum tubuh Huwainaa memberat dan tangisannya mula mengendur dan kemudian senyap.

Dean melepaskan pelukannya dan perlahan-lahan membaringkan tubuh Huwainaa. Ditatap wajah lena itu yang basah dengan air mata. Ibu jari naik mengusap sisa air mata Huwainaa, kemudian diusap rambut Huwainaa dengan penuh kasih.

"Dean."

Dean berpaling apabila namanya dipanggil. Senyum pahit terukir di bibirnya apabila matanya bertembung dengan sepasang mata Ruhi.

"Nightmare again?"

Ruhi melangkah masuk ke bilik Huwainaa sebelum duduk perlahan di birai katil Huwainaa. Matanya tidak lepas memandang wajah itu.

"Hmm."

Kedua-duanya hanya senyap tanpa bicara setelah itu. Dean masih dengan mengusap kepala Huwainaa sambil berzikir perlahan manakala Ruhi memegang erat tangan Huwainaa.

"Aku tidur sini la kejap."

Ruhi angkat kepala mendengar kata-kata Dean.

"Takpe ke?"

Dean angguk kepala. Matanya masih tidak lepas merenung Huwainaa.

"Kejap lagi dah nak subuh. Lagi tinggal dua jam. It's okay. Kau pergilah tidur balik. Kau shift pagi kan esok?"

Ruhi hanya anggukkan kepalanya sebelum perlahan-lahan dia bangkit dari katil Huwainaa. Sebelum dia melangkah keluar, tangannya sempat mengusap ubun-ubun Huwainaa.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now