Bab 9

21 3 0
                                    

"Pembunuh!!"

"Kau pembunuh!!"

"Aku tak ada keluarga pembunuh macam kau!!!"

"Mulai harini, kau bukan lagi keluarga!!"

"Jangan kau tunjukkan muka jijik kau depan aku lagi!"

"Aku haramkan kau tunjukkan muka kau!"

"Kau tak layak!!!"

Celik sahaja mata dari lena, Huwainaa mengeluh berat. Sebelum dia beristighfar perlahan, mengusir anasir negatif. 

Huwainaa bangkit dari pembaringan dan matanya melihat ke arah luar jendela. Masih kelam gelap. Telefon diambil dan Huwainaa melihat jam yang terpapar. 3 pagi. 

Tanpa melengahkan masa, Huwainaa terus bangkit dari katilnya dan menuju ke tandas. Hatinya tidak tenang dan ingin dihamburkan segala rasa dalam dadanya kepada Yang Esa.

Huwainaa menggelengkan kepalanya saat dia mengingat bahawa sejak dia mula bekerja, dia tidak lagi melakukan solat sunat dek kerana sibuk. Balik dari kerja, badannya terlalu letih dan dia hanya menunaikan ibadah wajib. Padanlah sekarang mimpi-mimpinya seakan mula menghantuinya kembali. 

Selesai sahaja menunaikan solat, Huwainaa berteleku seketika. Mindanya terbang mengingati wajah lelaki di kedai makan E' Pang. Tanpa dia sedari, titisan air mata mula membanjiri wajahnya.

Huwainaa menangis tanpa suara. Dadanya sesak dengan pelbagai rasa yang tidak mampu diungkapkan. Sakit, pilu, pedih. Semuanya menikam Huwainaa tanpa belas kasihan.

Di sebalik matanya yang berkaca, dia mula melihat telekungnya berubah warna, dari putih bersih ke merah darah. Tangannya memberat dengan bebanan yang kian lama kian pekat, mengalir ke seluruh genap biliknya.

"Ya Allah. Aku mohon. Aku mohon, ambillah nyawaku. Sungguh, hukuman yang aku terima tidak mencukupi. Hukumlah aku dengan kuasaMu. Aku mohon. Tolong aku. Tolong hambaMu yang kotor ini, yang tidak layak untuk berjalan di bumiMu. Tolong, Ya Allah."

Kesakitan yang Huwainaa alami dan rasakan tidak pernah pudar walau sebesar zarah. Malah rasa sakit itu makin membesar dan dirasakan memakan dirinya. Dia terlalu takut, andai dia hilang kawalan, sekali lagi dia akan membunuh. 

Dan, mangsanya kali ini adalah dirinya sendiri.

🎭🎭🎭🎭🎭

"Tak kerja harini, Wainaa?"

Huwainaa angkat kepala apabila Ruhi menegurnya. Dia hanya menggeleng kerana mulutnya penuh dengan roti.

"Awal bangun tak kerja?"

"Aku ada tempat nak pergi."

"Pergi mana?"

Huwainaa diam sejenak. Dia tidak rasa ingin memberitahu tempat tujuannya yang satu itu. Tempat itu, tidak sepatutnya diketahui orang lain.

"Aku nak ziarah Kak Gee."

Ruhi anggukkan kepalanya sahaja. Roti Gardenia diambil dan dia menyapu kaya, lalu terus disumbat masuk ke dalam mulutnya.

"Setan tengah makan dengan kau, Ruhi. Kenyang dia. Dia ucap 'thanks' sebab bagi dia makan."

Tersedak Ruhi apabila Huwainaa memerlinya. Matanya menjeling gadis yang hanya memaparkan wajah selambanya.

"You're welcome, setan. Tapi, takpelah, tu je rezeki kau. Bismillah.

Ruhi terus menghabiskan sisa rotinya seusai mengatakan itu. Tak salah berkongsi rezeki dengan bekas rakannya sekali-sekala.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now