BAB 16

32 3 1
                                    

"Janji dengan ayah, Fiya."

Kanak-kanak yang baru berumur 9 tahun itu terkedip-kedip melihat raut ayahnya. Dia terus bangun dari duduknya, dan berrjalan menuju ke arah sofa yang diduduki oleh sang ayah.

"Janji apa, yah?"

Maliki merenung anak gadisnya sejenak sebelum tangan naik mengusap lembut kepala Huwainaa.

"Ayah nak Fiya janji dengan ayah. Jaga adik."

Huwainaa berkerut apabila mendengarkan kata-kata ayahnya. Dia menoleh memandang adik lelakinya yang berumur 4 tahun. Hasnain masih leka bermain dengan mainannya. Huwainaa kalihkan kembali matanya, memandang ayahnya.

"Fiya jaga adik?"

Maliki senyum segaris dan menganggukkan kepalanya.

"Jaga adik, walau apa pun terjadi. Jaga adik,  dari sesiapa pun yang Fiya yakin sakitkan adik."

Huwainaa diam sejenak, memikirkan orang-orang sekelilingnya. 

"Nenek dengan mama?"

"Nenek dengan mama pun, sayang."

Kanak-kanak yang baru berumur 9 tahun it terlalu faham akan kata-kata ayahnya. Dia mengangguk perlahan-lahan.

"Janji dengan ayah, Huwainaa Safiya. I want to hear words."

"Fiya janji Fiya jaga adik."

"Walau apa pun jadi dan dari sesiapa pun?"

"Ya. Fiya janji akan jaga adik, walau apa pun jadi dan dari sesiapa pun."

Maliki memandang sendu anak gadisnya. Dia tahu, terlalu berat tanggungjawab yang dipaksa olehnya untuk Huwainaa galas. Namun, itu sahaja yang mampu dia lakukan. Dia akui, dia bukan ayah yang berguna.

Maliki memeluk erat Huwainaa dan menyuruhnya kembali ke sisi Hasnain. Huwainaa, anak dan kakak yang baik. 

Huwainaa merenung gundukan tanah kubur di hadapannya. Dia baru sahaja selesai membaca Surah Yaasin dan membersihkan sekitar kuburan itu.

"Assalamualaikum, ayah."

"Fiya minta maaf. 10 tahun baru Fiya datang balik lawat kubur ayah."

Huwainaa senyum sekilas. Dia diam sejenak, mengingatkan tentang janjinya dengan ayahnya. Janji yang termeterai saat dirinya baru menginjak ke umur 9 tahun.

"Fiya dah tunaikan janji untuk jaga adik. Fiya tak langgar janji kita, ayah. Fiya.... jaga adik."

Tubir matanya memanas dan tanpa sempat dia tahan, butiran air mengalir jatuh ke pipinya. Tanpa sebarang bunyi, Huwainaa menangis teresak-esak di kubur ayahnya.

"Ayah.. Fiya dah jaga adik."

Huwainaa merenung kubur ayahnya di sebalik matanya yang berkaca.

"Tapi.. siapa yang jaga Fiya?"

"Fiya sakit, ayah. Tangan Fiya terlalu kotor dengan darah. Darah wanita yang bergelar ibu."

"Fiya penat, ayah. Fiya... penat."

"Fiya tak menyesal bunuh perempuan tu, sebab dia tak layak hidup. Hati Fiya yang penat, ayah."

🎭🎭🎭🎭🎭

Hussin merenung Huwainaa dari jauh. Seketika dia mengeluh. Tangan meraup rambutnya ke belakang.

"Kau terlalu kejam untuk anak kau, Maliki."

"Janji yang kau paksa anak kau pegang, hancurkan hidup dia."

"Dari dulu, sampai sekarang, kau pengecut."

"Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah lindungi anak-anak kau."

Derapan kaki di sebelahnya, diabaikan. 

"Kau cakap macam tu, macam lah Maliki tu dengar."

Hussin menjeling Gus yang berdiri di sebelahnya, turut memandang Huwainaa yang masih lagi menangis.

"Aku, dari dulu tak faham. Kenapa Maliki kahwin dengan perempuan tu? Red flag kot."

Hussin senyum sinis. Dia dan Gus, sama. Sama-sama tidak menyukai wanita yang dikahwini oleh Maliki.

"Cinta itu buta."

Jeda.

Gus menahan dirinya dari meledakkan tawa. Hampir sahaja dia tergelak apabila mendengarkan ayat pujangga dari Hussin.

"Buta sampai gadaikan masa depan dan hidup anak sendiri?"

Kedua-duanya hanya mampu menutup mulut, tidak ingin menjawab persoalan Gus. Masing-masing tidak menyangkal, Maliki lah punca sebenar anak-anaknya hidup sengsara, lebih-lebih lagi Huwainaa. Huwainaa, yang tidak pernah hidup bahagia.

"Kau rasa, si Hasnain tu tahu ke kakak dia yang selalu jaga dia sejak dia lahir sampai sebelum Huwainaa tu masuk penjara?"

Hussin gelengkan kepala.

"Budak tu, tak tahu apa-apa. Lebih-lebih lagi bila nenek dia jaga dia."

"That old woman only fed him lies."

Gus mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Mak dengan anak, sama je. Dua-dua layak kena humban masuk neraka."

Tanpa kata, Hussin senyum sinis.

Hussin dan Gus mula menapak keluar dari kawasan tanah perkuburan itu apabila melihat Huwainaa yang berjalan keluar. Mereka berdua hanya diam, mengekori langkah Huwainaa dari jauh.

Kali ini, mereka yang akan menjaga Huwainaa.

🎭🎭🎭🎭🎭

Pendek saja bab kali ni.

Idea tengah bercampur sebenarnya, kena susun balik ;(

In Syaa Allah, saya cuba update seminggu sekali ye.

Terima kasih yang sudi baca, vote dan komen. Saya sangat hargai anda semua.

Lope you guys ❤️

Paradox (SU) Where stories live. Discover now