Bab 4

32 3 2
                                    

Huwainaa melabuhkan duduknya di kerusi perhentian bas. Tangan mengibas-ngibas tudung. Panas! Lega sedikit apabila dirasakan angin bertiup perlahan.

Dia memerhati keadaan sekeliling. Sudah hampir 3 jam Huwainaa berjalan untuk mencari tempat yang menawarkan pekerjaan. Ingin menaiki bas, dia masih tiada duit dan tidak pandai menggunakan sebarang kenderaan awam. Maka berjalan kakilah dia.

Huwainaa ingin survey dahulu mana-mana tempat yang menawarkan pekerjaan. Tidak kiralah pekerjaan apa sekalipun, asalkan hasilnya halal. Dia membaca kembali senarai tempat yang menawarkan pekerjaan. Restoren, 7-Eleven dan pasaraya.

Kepala diangguk-angguk perlahan. Gaji dia tidak kisah, kerana tidak perlu risaukan sewa rumah. Bil eletrik dan air pula, Dean sudah maklumkan. Lagi-lagi bil air, kadang-kadang tak perlu bayar sebab masih dalam limit RM50. Itupun kerana Dean dan Ruhi masing-masing sibuk bekerja dan rumah hanya jadi tempat tidur sahaja.

Seketika kemudian, matanya menangkap sebuah bas kilang. Huwainaa hanya memerhati pekerja-pekerja kilang itu keluar dari bas dan berjalan menuju ke kilang di seberang jalan sana. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

'Kalau kilang, rasanya diorang selalu ada kekosongan kan?'

Huwainaa angguk kepala dan terus bangkit dari duduknya. Dia sudah tahu di mana dia akan memulai 'job hunting'nya itu. Kalau rezeki dia bekerja di kilang, dia tak akan menolaknya sama sekali.

🎭🎭🎭🎭🎭

"Kilang? Kau sure ke?"

Malam itu, mereka sama-sama berkumpul di meja makan. Ruhi balik dari kerjanya sengan membawa berbekas-bekas makanan. Kata Ruhi, bosnya belanja makan kerana isterinya mengandung. Rezeki!

Huwainaa angguk kepala, menjawab persoalan Ruhi. Dia sudah membuat keputusan. Esok, dia akan terus ke kilang itu untuk meminta pekerjaan. Tadi petang, dia sudah ke kilang itu untuk bertanya sama ada mereka memerlukan pekerjaan. 

"Uhm. Aku dah tanya salah seorang pekerja kat situ. Diorang cakap, memang diorang perlukan operator pun."

Dean dan Ruhi berpandangan satu sama lain. Masing-masing dengan kerutan jelas di dahi.

"Kau, ada degree, Wainaa. Business administration."

"So?"

"Carilah kerja yang sama padan dengan kelayakan kau tu!"

Huwainaa gelak perlahan. Alahai, rakan-rakannya ini. Naif betul! Tak akan ada syarikat yang ingin pekerjanya bekas banduan.

"Takpe. Kerja kilang okay apa. Bukannya haram pun."

"Tapi, Wainaa.."

"Kau nak lekehkan kerja kilang ke?"

Mata Huwainaa mencerung tajam melihat Dean. Ruhi hanya berdiam diri. Tahu yang Huwainaa tidak akan mengubah keputusannya. Degil!

"Bukanlah, bongok! Aku pun kerja kilang. Hish!"

Mendongkol geram hati Dean mendengar kata-kata Huwainaa. Buat apa nak lekehkan sedangkan dia juga bekerja di kilang. Sumber rezeki juga! Halal!

"Haa, habis tu?"

Dean lepas keluh perlahan. Dia menjeling Ruhi yang diam sedang menikmati makanannya. Budak ni bukan nak backup aku!

"Tak rasa membazir ke dengan degree kau tu? Buat penat kau belajar, dapat 4 flat. Bukan nak guna."

Huwainaa ukir sengih. Bahu diangkat. Dia tidak pernah memikirkan perihal kelayakannya itu. Baginya, setinggi mana pun dia memegang kelayakan, dia masih memegang gelaran 'pembunuh' dan 'bekas banduan'.

"Aku ambik kos tu sebab minat je. Just nak tambah knowledge. Lagipun..."

Dean dan Ruhi merenung Huwainaa, menanti gadis itu menyambung bicaranya.

"Aku pembunuh. Bekas banduan. Gelaran tu, akan melekat pada aku seumur hidup aku. Aku tak layak untuk berada dalam kalangan orang-orang yang 'bersih'."

Dean dan Ruhi terkedu. Masing-masing berdiam diri dengan mata merenung dalam wajah putih Huwainaa. 'Bersih'. Mereka tahu, setiap seorang dari mereka, adalah bekas banduan yang melakukan kesalahan. Bekas banduan, yang telah dibebaskan dan ingin mencuba hidup seperti yang lain. Yang 'bersih'.

"Kerja kat kilang penat tau."

Dean memberi amaran setelah dirasakan tiada guna untuk memujuk Huwainaa. Gadis ini sudah pun membuat keputusan. Keputusan yang dia tak akan ubah.

"Biasalah, kerja mesti penat. Aku tak kisah. Aku tahu aku kuat. Dalam penjara, korang kan tahu macam-macam kerja aku buat. Menukang pun aku boleh."

Huwainaa ukir sengih mengusik pada Dean dan Ruhi. Dean dan Ruhi hanya mampu menggelengkan kepala mereka. Ye, mereka tahu Huwainaa kuat. Manakan tidak, segala kerja menukang kayu pun dia buat semasa di dalam penjara. Angkat barang sana-sini macam barang tu semua ringan. Padahal berat nak mati!

"Ikut kau lah, Wainaa. Asal kau jaga kesihatan sudah. Jangan nak kejar OT sangat. Takut nanti bukan kejar OT, K.O yang kejar kau."

🎭🎭🎭🎭🎭

Comments and votes for next chapter. Follow as well! 

Paradox (SU) Where stories live. Discover now