Bab 10

15 1 0
                                    

"Kenapa sampai membunuh?"

Huwainaa hanya merenung pegawai polis di hadapannya dengan pandangan kosong. Mulutnya terkatup rapat.

"Kenapa tak panggil orang dewasa?"

Diam.

"Awak tak rasa bersalah?"

Diam.

"Apa besar sangat kesalahan yang dia buat, sampai awak pukul dia? Pukul sampai mati."

Diam.

"Psychopath agaknya budak ni. Langsung tak ada perasaan bersalah. Tengok muka pun dah tahu. Ciri-ciri pembunuh bersiri."

Kata-kata seorang lagi pegawai polis yang berdiri di belakang pegawai di hadapannya ini diabaikan Huwainaa. Hatinya kosong, sekosong fikirannya.

"Kau tengok muka dia. Kecik-kecik dah jadi pembunuh. Besar nanti, sah jadi psycho."

"Mad! Sudah!"

Pegawai yang bernama 'Mad' itu mendengus geram. Jelas riak mukanya yang jijik melihat wajah remaja perempuan yang sudah membunuh orang itu. Tidak tahan untuk terus berada dalam bilik soal siasat itu, dia terus melangkah keluar. Sempat diludah ke arah remaja itu sebelum menyengih sinis. Menjijikkan!

Pegawai di hadapannya ini hanya menggelengkan kepala. Matanya masih tekun merenung mata gadis remaja di hadapannya ini. Kosong. Datar. Dia lepas keluh perlahan.

"Nama saya, Inspektor Khairi. Awak boleh bagitahu saya apa yang dah berlaku."

Huwainaa renung wajah Inspektor Khairi. Cuba membaca riak wajah pegawai itu.

"Mana telefon saya?"

Inspektor Khairi mengerutkan dahinya. Setelah hampir satu jam mereka di dalam bilik soal siasat, gadis ini mula membuka mulut namun hanya ingin bertanyakan telefonnya sahaja.

"Nak buat apa dengan telefon?"

"Inspektor tanya, kenapa saya bunuh dia. Dalam telefon saya ada gambar. Dan video."

Mendengarkan itu, terus Inspektor Khairi bangun, ingin mengambil telefon remaja itu. Belum sempat dia keluar, pintu bilik soal siasat itu dibuka dari luar. Salah seorang pegawai bawahannya menghulurkan telefon milik Huwainaa.

"Nah."

Huwainaa menyambut huluran telefon itu. Papan kekunci ditekan, memasukkan kata kunci telefonnya. Dia tahu pihak polis tidak dapat membuka telefonnya kerana tidak mendapat kebenaran daripadanya.

Aplikasi galeri dicari dan dibuka. Terus dia hulurkan semula telefon kepada Inspektor Khairi dan disambut oleh pegawai itu.

"Tengoklah."

Inspektor Khairi mula membelek dan membuka setiap satu gambar di dalam galeri itu. Matanya membeliak luas dan tangannya terus menggeletar. Perasaan marah dan sedih mula bercampur-aduk. Kepalanya diangkat. Matanya terus bertentang dengan mata kosong Huwainaa.

"Saya akan terima sebarang hukuman. Saya mengaku bersalah, kerana membunuh."

Dengan pengakuan itu, daripada suspek utama pembunuhan, Huwainaa terus menjadi yang tertuduh. 

🎭🎭🎭🎭🎭

"Assalamualaikum, Inspektor."

Lelaki yang memakai pakaian kasual sambil menilik telefonnya mengangkat muka apabila namanya dipanggil. Senyuman manis terus terukir di bibirnya.

"Waalaikummussalam. Huwainaa, duduklah."

Huwainaa ukir senyum manis dan terus melabuhkan duduknya di hadapan lelaki itu. Dia tergelak perlahan apabila matanya menangkap Inspektor Khairi tidak sudah merenungnya.

"Sihat, Inspektor?"

Inspektor Khairi masih lagi dengan senyumannya.

"Alhamdulillah, sihat. Huwainaa macam mana?"

"Alhamdulillah. Better."

Inspektor Khairi menganggukkan kepalanya. Dia bersyukur gadis di hadapannya ini sedikit sebanyak sudah berubah berbanding 10 tahun yang lepas. Huwainaa Safiya pada 10 tahun lepas hanya mempamerkan wajah yang datar tidak berperasaan dan mata yang kosong.

"Macam mana Inspektor tahu nombor telefon saya?"

"Oh. Saya tanya Yan. Last week, saya ingat nak pergi melawat Huwainaa, tapi diorang kata you were discharged already. So I asked Yan if she got your numbers."

Huwainaa berdehem sambil menganggukkan kepalanya. Dasar Yan! Suka hati mak nenek dia je bagi nombor fon aku.

"How's life, Huwainaa?"

Huwainaa terus menatap wajah Inspekor Khairi seketika sebelum melarikan matanya melihat sekeliling restoren. 

"Nice, I guess. I'm earning money and living."

Inspektor Khairi terus tersenyum mendengarkan perihal tersebut. Syukurlah kalau begitu.

"Alhamdulillah."

Jeda.

Huwainaa dan Inspektor Khairi masing-masing berdiam diri apabila masing-masing ketandusan idea untuk terus berbicara. 

"Kenapa Inspektor nak jumpa saya?"

Inspektor Khairi mengangkat wajahnya, merenung Huwainaa seketika. Jari tangannya bermain dengan pemegang gelas kaca di meja yang mereka diduduki.

"Saya cuma nak tengok keadaan Huwainaa saja."

Huwainaa angguk kepala. Dia tahu sejak dari dia masuk penjara 10 tahun lepas lagi, lelaki ini selalu datang melawatnya. Walaupun kedatangannya hanya ingin bertanya khabar.

"Terima kasih, Inspektor."

Inspektor Khairi terus mengerutkan dahinya. Tidak pernah Huwainaa berterima kasih padanya. Malah, jarang sekali gadis ini ingin membuka mulut.

"Kenapa?"

"Sebab pertahankan saya 10 tahun lepas."

Inspektor Khairi terkedu. Masing-masing terdiam seketika.

"Saya tak pernah lupa saat tu. Terima kasih."

Mata Inspektor Khairi terus berkaca. Dia tidak pernah menyangka, Huwainaa masih ingat akan perkara itu. Sangkanya, Huwainaa tidak ingin ambil tahu.

"Tugas saya, Huwainaa. Tugas saya untuk melindungi awak."

Huwainaa senyum sekilas dan menundukkan kepalanya. Jari-jarinya bermain antara satu sama lain.

"Itu pun tugas dia. Tapi dia hampir bunuh saya."

Inspektor Khairi terdiam. Tahu siapa 'dia' yang dimaksudkan Huwainaa. 'Dia', yang ditugaskan untuk melindungi Huwainaa daripada wartawan-wartawan dan orang awam, namun menjadi antara yang ingin 'menghukum' Huwainaa, dengan menjatuhkan hukuman mati.

🎭🎭🎭🎭🎭

"Huwainaa!!"

Huwainaa angkat kepala apabila Inspektor Khairi menjerit namanya. Matanya bertembung dengan pucuk pistol yang dihala tepat ke kepalanya.

Bang!!!

Huwainaa merasakan tubuhnya melayang sebelum rasa sakit perlahan-lahan menjalar ke seluruh tubuhnya.

'Sakit. Sakit, Ya Allah.'

"Huwainaa!!"

Namanya yang terakhir dia dengar sebelum semuanya gelap.

🎭🎭🎭🎭🎭

Cam biase, comments and votes~

Paradox (SU) Where stories live. Discover now