Bab 12

25 4 1
                                    

Dua minggu kemudian

Huwaina mendongak melihat bangunan pencakar langit yang gah berdiri di hadapannya ini. Sesaat kemudian, dia mengeluh perlahan. Kepala ditundukkan kembali, merenung dan membaca ayat yang tertulis di kertas dalam pegangannya. Kertas itu terus dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.

Setelah beberapa minit dia menjadi tugu negara di hadapan bangunan ini, Huwaina mula mengorak langkah menuju pintu masuk. Kakinya terus sahaja melangkah ke meja receptionist tanpa melengahkan masa. Tangan erat menggenggam fail yang berisi resume dan sijil-sijil yang diperlukan. Walaupun dia sudah menghantar resume dan cover letter melalui email, dia dikehendaki untuk membawa resume dan sijil-sijil selengkapnya.

"Excuse me."

Suaranya menarik perhatian gadis muda yang memakai tag nama 'Lily' yang Huwainaa pasti adalah staf receptionist di sini.

"Yes, miss? May I help you?"

Senyuman manis terlakar pada bibir merah Lily saat matanya menangkap penampilan corporate gadis di hadapannya.

"I came for interview appointment. For business administrator position. Here's my letter of confirmation sent by the company."

Sesaat, namun Huwainaa berjaya menangkap kerutan pada dahi Lily sebelum gadis itu meneutralkan wajahnya kembali dengan senyuman manis masih melekat pada bibirnya. 

Surat yang dihulur Huwainaa, diambil dan dibaca dengan teliti oleh Lily. Dia mengangguk perlahan dan menyerahkan kembali surat itu pada Huwainaa.

"Please wait a moment. I'll need to confirm this with the higher-ups."

Huwainaa hanya menganggukkan kepalanya tanpa sebarang bantahan. Baginya tidak pelik untuk Lily mendapatkan pengesahan daripada orang atasan disebabkan jawatan yang dipohonnya merupakan salah satu jawatan yang agak penting.

Huwainaa memerhatikan sahaja Lily yang memegang gagang telefon sambil bercakap dengan sesiapa sahaja di balik telefon itu. Seketika kemudian, Lily meletakkan gagang telefonnya dan memandang Huwainaa dengan senyum manisnya.

"Please follow me. I'll show you the way."

Huwainaa mengukir senyum pada Lily dan menganggukkan kepalanya seraya mengikut Lily dari belakang. Dia memerhati setiap gerak-geri Lily dan seketika kemudian dahinya berkerut apabila melihat Lily menekan butang lif yang teratas. 

Perasaannya mula berasa tidak senang namun dihurungkan sahaja niatnya ingin bertanya apabila pintu lif mula terbuka pada tingkat 20, tingkat paling atas di bangunan ini.

"Come, Miss Huwainaa. I'll show you the way."

"Okay."

Huwainaa melangkah dengan perlahan, membuntuti langkah Lily sambil matanya tidak lepas memerhati sekeliling. Debaran pada dadanya kian menggila apabila mereka berhenti di hadapan pintu hitam yang dikelilingi oleh cat berwarna silver. Huwainaa membaca nama yang terpapar pada papan yang melekat pada pintu itu.

'Tuan Nurhan Qaayed bin Tuan Qasim. CEO.'

Tanpa sedar, Huwainaa lepas keluh perlahan. Hatinya tiba-tiba berasa geram pada Tuan Qasim. Padanlah Tuan Qasim menggesa dirinya untuk cuba memohon pekerjaan di sini.

'Hence the name is Q Holdings. Hence Tuan knew everything about this company.'

"Miss Huwainaa?"

Huwainaa tersentak dari lamunannya apabila namanya dipanggil. Dia terus memandang wajah Lily yang menatapnya pelik dan mengukir senyum.

"The CEO himself going to interview me?"

Lily terus senyum dan menganggukkan kepalanya. Dia juga turut berasa aneh apabila ketua bahagian sumber manusia, Encik Kifli menyuruhnya membawa Huwainaa ke pejabat Tuan Nurhan. Namun, dia hanyalah pekerja bawahan dan menurut arahan daripada orang atasan tanpa mampu bertanyakan apa-apa soalan.

"Yes. Please, go inside. Make sure to knock and identify yourself first."

Huwainaa mengangukkan kepalanya dan terus mengucapkan terima kasih kepada Lily.

"Then, I'll excuse myself. Best of luck, miss!"

Lily memberikan kata-kata semangat kepada Huwainaa dan terus melangkah pergi, meninggalkan Huwainaa berdiri sendirian di hadapan pintu pejabat Tuan Nurhan.

Huwainaa menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Tangan naik mengetuk pintu di hadapannya. Tidak terlalu luat dan tidak terlalu perlahan, cukup untuk sesiapa yang berada di sebalik pintu itu mendengar.

"Come in!!"

Huwainaa terus menolak turun gagang pintu dan membuka pintu itu perlahan. Matanya menangkap dua figura lelaki. Seorang sedang duduk di atas kerusi dan seorang lagi berdiri tegak di belakang belah kiri kerusi. Kedua-duanya memandang Huwainaa dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Yes?"

Huwainaa menggeleng dalam kepalanya, mengusir sebarang prasangka buruk yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Perasaan gusar dalam hatinya cuba dihapus.

"Good morning, sirs. My name is Huwainaa Safiya. I came for the Business Administrator position interview."

Mata hitam pekat Huwainaa cekap menangkap reaksi kedua-dua lelaki di hadapannya kini. Wajah yang tadi memaparkan reaksi muka datar berubah menjadi sinis. 

"So, you came, Huwainaa Safiya binti Maliki."

"Finally, we met."

Loceng dalam kotak fikiran Huwainaa mula berdenting laju. Serta-merta darah gemuruhnya yang tadi mengasak-asak dirinya hilang. Matanya menangkap riak wajah yang dipamerkan oleh kedua-dua lelaki di hadapannya kini. Wajah yang bereaksi jijik dan mata yang memandangnya hina. Reaksi wajah yang sering dia lihat, satu ketika dahulu.

'Hell. This's gonna be a shitty show, Tuan Qasim.'

🎭🎭🎭🎭🎭

I'm back!! ~

Comments and votes~

Paradox (SU) Where stories live. Discover now