Bab 11

22 4 0
                                    

Restoran mewah yang tersergam di hadapannya ini dipandang lemah. Kakinya seakan ingin berundur dan lari tanpa berpaling. Namun, mindanya menghalang. Seseorang sedang menunggunya di dalam. Orang yang Huwainaa terhutang budi dan nyawa.

Kaki melangkah perlahan ke arah pintu masuk. Huwainaa terus didekati oleh pelayan wanita, yang memandangnya lekeh. Dia abaikan sahaja pandangan seakan menghina dari pelayan itu.

"Miss, I think you have come to a wrong place."

Huwainaa memandang kosong pelayan itu. Matanya menangkap mata pelayan wanita ini turun naik, menilai cara pemakaiannya. Kemeja lengan panjang hitam dan high-waist jeans. Dia hanya menyarung sneakers manakala topi elok terletak di atas kepalanya yang dibalut dengan selendang berwarna kelabu. Sangat tidak bersesuaian dengan tema restoren mewah itu.

"Oh, maaf. Cik, saya rasa cik dah salah masuk tempat."

"I think I came at the right place. I came for Tuan Qasim."

Terus terbeliak mata pelayan wanita itu. Tergesa-gesa dia meninggalkan Huwainaa yang tercengang di hadapan pintu masuk dan kembali dengan seorang lelaki yang lengkap berkemeja. Berkerut Huwainaa melihat kejadian yang berlaku di hadapannya ini. Restoren mewah, tapi staf seakan tidak mempunyai sikap yang sepatutnya.

"Hello, miss. I'm the manager here. Please do pardon my staff. I'll take you to the table."

Huwainaa hanya mengangguk dan terus mengikut langkah lelaki itu. Dia langsung tidak menghiraukan pelayan wanita yang menunduk itu. 

Setibanya di meja yang ditunjuk, Huwainaa terdiam seketika. Wajah lelaki berusia yang dahulunya kacak, kini makin berkarisma. Dia perlahan menapak ke arah meja yang diduduki oleh lelaki tua itu.

"Assalamualaikum, Tuan."

Tuan Qasim terus mengangkat kepalanya dan berkalih ke sisi. Dia mengukir senyum lembut apabila matanya bertembung dengan sepasang mata itu. Mata yang kelihatan kosong, namun sarat dengan penderitaan.

"Huwainaa."

Huwainaa anggukkan kepalanya dan melabuhkan duduk apabila dijemput. Dia terpandang wajah lelaki muda di samping Tuan Qasim. Tegang dan kelat. Huwainaa tarik senyum sinis.

"Mana your assistant, Tuan? Ke, ada buat plastic surgery mana-mana?"

Lelaki muda itu jelas bengang apabila mendengar kata-kata Huwainaa. Baru ingin membuka mulut, dia terdiam apabila gelak Tuan Qasim bergema. Dia berkerut apabila melihat Huwainaa turut tersenyum lebar.

"Your old-man jokes never failed me, Huwainaa."

Huwainaa hanya angkat bahu. Namun, matanya tetap melihat ke arah lelaki muda itu.

"Suhaizam retired five years ago, and since then his second son took over his work. Kenalkan, my personal assistant, Shah. Shah, my 10-years client, Huwainaa Safiya."

Huwainaa anggukkan kepalanya, menegur Shah yang masih merenungnya tajam manakala Shah juga melakukan hal yang sama. 

'He surely doesn't like me. Not that I care.'

"By the way, Tuan. How did you got my numbers?"

Tuan Qasim tersenyum. Dia hanya menelengkan kepalanya, menunjuk ke arah Shah. Huwainaa pula sudah mengerutkan dahinya.

"Tuan, saya memang pandai bahasa isyarat. Tapi, isyarat Tuan tu tak ada dalam pembelajaran saya."

Tuan Qasim hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bercakap dengan Huwainaa kadang-kadang menguji kesabarannya. Gadis ini boleh jadi terlampau bijak dan terlampau bendul dalam satu masa yang sama.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now