Bab 14

33 3 0
                                    

Taraaa~ I'm back. Hehe. Kata dua minggu, alih-alih almost 4 weeks. So enjoy! The truth shall be uncovered. The Paradox has opened.

🎭🎭🎭🎭🎭

Suhu yang sedia sejuk di dalam pejabat peribadi Tuan Nurhan itu kini seolah mencapai titik sejuk beku di kutub utara. Masing-masing mendiamkan diri tanpa ada niat ingin memulakan perbicaraan.

Huwainaa hanya beriak kosong memandang Tuan Nurhan di hadapannya ini. Sedari tadi lelaki itu merenungnya tajam tapi tiada satu patah pun perkataan keluar dari mulut jejaka itu selepas dirinya menapak masuk.

"Huwainaa Safiya."

"Yes."

Sepatah sahaja Huwainaa menjawab panggilan lelaki itu. Biarpun hatinya kuat mengatakan peluang untuk dia bekerja di syarikat ini sudah tiada, namun imej Tuan Qasim harus dijaga sebaik mungkin. Dia terhutang budi dan nyawa pada lelaki berusia itu.

"Tell me about yourself."

Huwainaa terkedu seketika, namun cepat-cepat dimaniskan mukanya. Hatinya berdetak laju merasakan sesuatu akan berlaku.

"My name is Huwainaa Safiya binti Maliki. People call me as Huwainaa or Wainaa and I'm 25 year old. As of now, I'm living in Kajang. I've graduated with Bachelor's in Business Administration from Open University Malaysia."

Belum habis Huwainaa ingin memperkenalkan dirinya, Tuan Nurhan mengangkat tangannya meminta untuk berhenti. Jelas pada pandangan mata Huwainaa, lelaki ini tersenyum sinis atau lebih tepat mengejek.

"How did you managed to do it?"

Tuan Nurhan memandang gadis di hadapannya ini dengan perasaan jijik. Dia harus mengupah mana-mana syarikat pembersihan untuk membersih segala kesan dan kekotoran yang dibawa masuk oleh gadis pembunuh di hadapannya ini.

"Pardon me?"

Hening seketika suasana di dalam pejabat itu sebelum Tuan Nurhan melepaskan gelak mengejek, khas untuk perempuan jijik di hadapannya ini.

"How did you managed to graduate with first class honor when you are a disgusting murderer?"

Huwainaa terus menjungkit sebelah keningnya sebelum dia menggeleng kepalanya perlahan. Kalau sudah lelaki ini tidak lagi ingin bersikap profesional, maka dia juga tidak perlu terlalu menghormati. Respect is something to be earned and this guy is not one off them.

"Well, I've been told that I'm a genius since I was a kid so..." diangkat kedua bahunya tanpa menyambung ayat. 

"Genius huh?"

Sinis sahaja nada suara Tuan Nurhan namun tidak memberi apa-apa kesan pada Huwainaa. Rasanya dia tidak perlu berlama di sini.

"Is that how you use your so-called genius brain to murder someone?"

Huwainaa lepas nafas perlahan. Sudahlah. Buang masa sahaja dia terus berada di sini.

"I guess I'm not welcomed here. Well, not my choice to be here in the first place."

Seraya mengatakan itu, Huwainaa terus bangkit dari duduknya. Tiba-tiba berasa menyesal sanggup mengambil cuti sehari penuh semata-mata ingin ke syarikat ini. Rugi!

Mata Tuan Nurhan mengekor melihat belakang tubuh Huwainaa yang berjalan menuju ke pintu pejabatnya. Hatinya berasa sakit apabila perempuan ini sedikit pun tidak menunjukkan reaksi bersalah. Amarahnya memuncak namun ditahan sebaik mungkin untuk tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas. 

"Hasnain Shafiy."

Langkah kaki Huwainaa terus berhenti mengejut saat nama itu disebut. Perlahan dia membalikkan tubuhnya, menghadap kedua lelaki yang kini merenungnya tajam. Tajam yang membunuh.

Paradox (SU) Where stories live. Discover now