Bab 13

21 3 1
                                    

Dua minggu sebelum

"Papa panggil Han?"

Nurhan terus melabuhkan duduknya berhadapan dengan Tuan Qasim selepas dibalas dengan anggukan oleh papanya. Matanya merenung dalam wajah tua Tuan Qasim yang menunduk membaca sesuatu dalam ipadnya. Bukan dia tidak perasan, sejak minggu lepas, papanya seakan gembira. Ingin bertanya tapi masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri.

"Anything happen, papa?"

Tuan Qasim terus mendongak melihat anak lelaki tunggalnya, Tuan Nurhan Qaayed. Seraya itu, dia ukir senyum dan terus menanggalkan kaca matanya. Sejenak, Tuan Qasim membisu, memikirkan sama ada keputusan yang dia lakukan untuk Huwainaa adalah tepat ataupun tidak. 

"How's your company?"

Nurhan mengerutkan dahinya apabila Tuan Qasim bertanyakan keadaan syarikatnya. Papanya ini tidak pernah berminat untuk mencampuri urusan syarikatnya.

"Everything's good. As per usual."

Tuan Qasim menganggukkan kepalanya. Anaknya ini tidak pernah sekalipun menghampakannya. Dia tidak pernah menuntut apa-apa daripada Nurhan ataupun memaksa Nurhan mengikut jejaknya untuk menjadi peguam. Namun, Nurhan tetap anak yang baik dan membanggakan dia dan isterinya. Untuk itu, dia bersyukur.

"Papa dengar, your company needs employees. Betul?"

Sekali lagi dahi Nurhan berkerut. Macam mana papanya tahu?

"Yes. One of our business administrators quitted recently due to health condition. But it's alright. His assistant will resume his work as soon as he's ready."

Tuan Qasim terus mengukir senyum. Sudah dia dapat mengagak bahawa jawatan itu akan dipegang oleh pekerja Q Holdings itu sendiri.

"But we do need marketing and office managers. For now, there are no suitable candidates for those positions."

"Dah buat interview?"

"Yes, we've interviewed few people, including the staffs as well. But, none suitable."

Tuan Qasim terus mengerutkan dahinya. Staf syarikat anaknya bukan berpuluh, namun mencecah ratus. Takkanlah seorang pun tak layak.

"Tak ada seorang pun yang sesuai? Including your staffs under the departments?"

Nurhan ukir senyum kelat. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia juga kecewa apabila tiada seorang pun pekerja syarikatnya sesuai dengan misi dan visi syarikat untuk memegang jawatan-jawatan terbabit.

"Maybe because the previous managers did the jobs so well, there're no competitions. Silap Han kat situ."

Tuan Qasim terdiam. Sejujurnya, dia lebih kepada terkedu akan kejujuran anak lelakinya mengakui kesilapan. Seketika kemudian, dia tersenyum. Mungkin keputusannya untuk menghantar Huwainaa ke syarikat Nurhan adalah keputusan yang betul. Anaknya adalah seorang yang bijak dan mampu mengakui kesilapan sendiri.

"May I suggest someone?"

Nurhan mengerutkan dahinya buat seketika sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.

"Siapa?"

"She'll send her resume later. I'm just giving you a heads up."

"Sure. Tapi, walaupun papa yang rekomen, dia masih kena interview. Same treatment."

Tuan Qasim terus ketawa perlahan sambil menganggukkan kepalanya.

"Of course. Papa cuma bagitahu dia yang syarikat Q Holdings ada kekosongan dan suruh dia cuba. She's brilliant but I will tell nothing to you. You shall judge her on your own without my opinions clouding your mind."

Paradox (SU) Where stories live. Discover now