Bab 2

1.9K 213 11
                                    

Dalam perjalanan, semua senyap. Hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran. Hujan juga turun dengan lebat. Jalan pula jem. Maklumlah, kawasan ni memang tiap-tiap masa penuh dengan kereta. Sebab itu aku lebih memilih untuk jalan kaki.

Aku mengerling sekilas perempuan yang berada di tepi ku. Berharap yang dia selesa dengan kehadiran ku disebelahnya.

Manalah tahu kot-kot aku buat dia tak selesa. Iye lah, punggung aku ni pun dah penuh 1 seat. Dengan beg bekal, beg buku, tote begnya lagi.

Terus dia perasan yang aku perati dia. Alamak! Hehe aku senyum lagi. Harap dia tak fikir yang aku ni gila..

" Awak... Misya? " Dia menyoal sambil melihat tag nama di tudung ku dan tersenyum.

" Yaa! Saya Misya. Awak? " tanyaku. Nak tahu juga nama adik Alham ni.

"Najwa. " Jawabnya sambil tersenyum. Manisnya senyuman dia! Kalau aku lah yang senyum, dah serupa kera. Kera yang comel gitcheww

"Cantik nya nama! Macam tuan badan dia jugaa!" puji ku. Tapi dia memang cantik. Cuma yang aku pelik nya, muka dia agak berbeza berbanding dengan abang-abangnya.

"Thank you. Awak juga cantik orangnya. No me extraña que te elija a ti " (No wonder he chooses you)
Sambil senyum.

Aku angguk-angguk tanda setuju. Entah setuju kerana apa? Setuju kerana tak faham apa yang dia cakap, atau setuju yang aku ni cantik. Ehh tibahh.

"Najwa." Suara garau milik abang sulung memenuhi ruang kereta. Uish panggil nama pun dah macam guru besau dia punya garang.

"Esta bien, ella no entiende " (It's fine, she doesn't understand.) Jawab Najwa.

Merah muka abangnya menahan marah. Dah kenapa marah-marah? Tak akan sebab aku puji adik dia cantik, dia marah? Aku betulkan posisi dudukku.

Mataku sempat berlaga dengan mata si sulung di balik cermin pandang belakang. Laju mataku beralih memandang tempat lain. Awkward. Lama lagi ke nak sampai? Si Alham ni pulak memang dah arwah ke kat depan aku ni? Jangan sampai aku tendang kerusi ni lumpuh hang satgi.

.....

" Kita dah sampai. " Akhirnya! Mataku terbuka. Tak tidur pun. Cuma pejam mata sahaja.

Tapi..

" Maca- " baru aku ingin menyoal, laju Alham memotong persoalan ku.

"Turun Misya. Dah hampir pukul 3 petang sekarang. Nanti apa pulak mak awak cakap kalau balik lewat." Malas aku ingin bertanya, aku terus membuka pintu dan menutup nya semula dengan perlahan. Cermin tingkap Alham diturunkan.

"Terima kasih Alham , Najwa dan err..? abang kepada Alham. " Aku memberi senyuman penuh kera. Harap semua dalam kereta ni tak pengsan sebab senyuman kera ku.

"linda. " (cute.) kedengaran yang sulung menjawab. Tetapi entah Linda mana pulak? Girlfriend dia la kot. Aku bukan Linda, aku Misya

"Umm saya Misya. Bukan Linda... baiklah Assalamualaikum." Aku terus berjalan membuka pagar rumah.

"Waalaikummussalam" ...


"Naj suka dia. Baik, lawak, comel, peramah! Naj approve! Boleh jadi geng Naj hahaha!" Gembira Najwa apabila melihat abangnya yang dari tadi asyik tersenyum sambil memandu. Mungkin ini lah perempuan yang mereka berdua asyik cakap kan.

"Najwa, whatever you're thinking of, the answer is no. It will never be. Not her." Senyuman kini ditukar menjadi muka bekunya.

.....

" Kakak dah kenapa sampai lewat betul? Mama pergi cari kamu tadi ulang-alik tak jumpa-jumpa. Risau mama dibuatnya lah budak ni. " Bising mama. Mana tak risau nya. Misya aje lah seorang anak dara yang dia ada. Hujan pula lebat sungguh tadi. Risau kalau anak dia pengsan mana-mana.

" Ish, tak ada lah mama! Tadi kakak tumpang naik kereta senior kakak ni. Lepastu jalan pulak sangkut. Melekat kereta tak gerak-gerak. Kakak dari tak tahan nak membuang terus hilang rasa nak membuang tu ma sebab lama sangat. " Jelasku.

" Tadi mama siap call abang kamu lagi suruh cari kamu. Nasib baiklah dah balik. Kalau tak mama dah buat report polis. "

" Ya Allah mama! Hahahaha " terus aku peluk erat ibuku. Bertapa risaunya dia terhadap seketul Misya ni.

" Ha nasib baik dah balik. Kalau tak, niaya abang. Tayar motor abang tu rasanya dah nak botak ulang alik cari kelibat puteri dugong dalam hujan tapi tak jumpa-jumpa, rupanya puteri dugong tu dah jadi Dato Siti Nurhaliza ye sekarang. Kemain siap ada driver yang hantar bawa balik! " Usik abang yang baru sahaja selesai mandi. Basah kuyup dia redah hujan semata nak cari adik dia.

" Alah abang ni! Kata askar. Askar bukan setakat kena rempuh hujan je tau, kena rempuh banyak lagi! Jadi jangan bising. "

Abang aku seorang anggota tentera. TLDM. Nak ikut jejak langkah mak ayah katanya. Mak ayah askar. Tapi mak sudah pencen. Sekarang tinggal lah ayah dan abang. Ada la juga keturunan askar dalam keluarga ni.

Aku? Tak akan lah aku nak masuk askar juga kan. Kalau dengan badan macam ni, aku rasa memang kena reject awal-awal. Tapi memang aku tak nak masuk askar pun. Latihan dia pun dah mengerikan. Aku ni badan je bersemangat tapi woo no no no.

Aku masuk ke dalam bilik dan berjaya mendarat di atas katil tercinta. Ya Allah penatnya! Tetapi otak masih lagi teringat situasi di dalam kereta tadi. Apalah agaknya nama abang dia ye? Kalau dah adik dia Najwa , dia Alham , abang dia? Ahmad? Sahmad? Samdol? Najham? Ehh dah kenapa aku fikir fasal nama abang dia pulak!

Aku mencapai telefon lalu membuka wifi.

Ding!
Ding!
Ding!

Berpuluh mesej masuk dari Edri rimau

Edri rimau

Woi

Assalamualaikum!

Misya! Mana kau

Apasal lambat pulak jawab ni?

Weh, kau ok tak?

Kenapa 1 tick je?

Misya!

3 missed call from edri rimau

2 missed video call from edri rimau

Weh Misya dah pukul 2 ni kau tak balas-balas lagi. Kau okay tak?

Weh

Aku tepuk dahi. Ya Allah Edri! Risau juga dia kat aku ye. Sho comel my friend.

Aku ada ni ha baru balik.

KAU? KENAPA LAMBAT BALIK?

Aku tumpang senior kita tadi,
lepastu jalan pulak jem. Sampai
lah sekarang... Huhu sedihkan kisah aku?

Dah la kau Misya. Aku risau tau

ALAH SO SWEET DIA RISAU

seen

Halah- halah merajuk pulak minah ni. Dia tak tahu ke kawan dia ni tak pandai pujuk orang? Tapi satu cara je kalau nak pujuk minah ni. Kau kasi je jawapan homework yang dia tak siap lagi. Confirm terpujuk terus hati dia. Easy.

***

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now