Bab 5

1.7K 199 31
                                    

Edri's POV

" Eh, mana Misya? " Soalku sendiri. Tadi ada je dekat sebelah aku. Tapi sekarang mana pula dia pergi?

" MISYA! " Jeritku tapi langsung kelibat dia aku tak nampak disebalik orang yang ramai ini.

Orang semakin bertolak-tolak sesama sendiri. Aku menolak balik orang-orang itu sampai ada yang terjatuh, tetapi aku tidak hiraukan mereka. Mana pulak si Misya ni?

Ha! Tu dia!

" MISYA! " aku menjerit namanya apabila melihat dia seakan ingin rebah ke lantai.

Baru sahaja aku ingin berlari menuju ke dia. Terdapat seorang lelaki berbaju hitam memakai balaclava dan topi bewarna hitam yang terlebih dahulu menahan Misya daripada tersungkur ke lantai.

Mendengar nama Misya yang disebut, pantas lelaki itu melihat aku. Anak matanya membesar melihat aku.

" RUN! " Jerit lelaki itu dengan Misya yang masih berada di dekapannya.

Baru sahaja aku ingin melangkah menuju ke mereka,

" Mierda! " (Shit!) carut lelaki yang sedang menahan Misya itu. Dia melihat sekeliling, mencari seseorang.

Mulut dan hidungku ditekup oleh seseorang daripada belakang. Sebelah tangannya memegang bahuku supaya tidak terlepas. Dia menarik aku ke kawasan yang tidak ramai orang.

" FETHAN! FHAU FHIAFE?! " (Setan! Kau siapa?!) jeritku dalam keadaan mulut masih ditekup.

" TANGAN FAU FAU LONGKANG LA! " (Tangan kau bau longkang la!) Aku rasa nak muntah. Bau dia syahdu mat. Mamat ni baru lepas cuci longkang ke? Kalau ye pun nak culik aku. Tangan tu kasi bersih dulu la!

" Diam lah betina! Jangan menyusahkan kerja aku! " jerit lelaki bertopeng itu. Bahuku dicengkam dengan kuat. Bapak tajam kuku mamat ni! Sakit tau!? Rumah dia memang tak ada kepit kuku ke?!

Baru sahaja aku ingin menyiku perutnya, mukaku dilempang dengan sangat kuat sehinggakan aku terjatuh pengsan.

" Kenapa lah aku tak lempang je kau ni awal-awal tadi " jawab lelaki itu sendirian sambil membawa Edri di luar sekolah melalui laluan yang tiada siapa tahu dan menuju ke suatu tempat.


Aku mencelikkan mata. Pipiku masih terasa sakit akibat dilempang tadi. Kepala melihat sekeliling. Kaki dan tangan diikat rapi pada kerusi. Mulutku ditutup dengan selotip. Aku meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Tetapi gagal.

Gelap gila tempat ni! Hanya ada satu lampu sahaja di atas kepala ku. Aku pandang lampu tu, lampu tu pandang aku. Apalah nasib kita ya wahai lampu?

Tiba-tiba seorang lelaki muncul dengan bertopeng hitam di muka. Hanya mata sahaja yang nampak. Ada la dua lubang lagi. Dekat hidung. Ni kalau aku tutup dua-dua lubang dekat hidung tu agaknya mati tak dia sebab tak boleh bernafas? Aku tergelak sendiri. Masa ni pun kau boleh berpikiran begitu ya Edri? Langsung tak membantu!

" Dah ready nak mati? Bukan main happy lagi kau gelak. " Tanya dia sambil mencabut selotip dimulutku dengan kuat. Aku mengaduh sakit.

" Tak lah. Tengok kau yang pakai topeng ni dah macam pakai topeng ultraman HAHAAHAH! Dulu kecik-kecik teringin nak jadi ultraman ke? Ni bukan ultraman bro, tapi ultrataik! " jawabku sambil menggeleng-geleng kepala dan ketawa.

" Kurang hasam punya betina! " Tangganya diangkat tinggi untuk melempang aku sekali lagi. Tetapi aku lagi laju untuk mengelak. Aku condongkan kerusi ku ke belakang sedikit. Tanggannya melepasi aku. Dia melempang angin sahaja.

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now