Bab 3

1.9K 238 24
                                    

"Misya! Misya! bangkit!" Kejut mama serta menggoncang-goncangkan bahuku.

"Oh. Tak nak bangun ye budak bertuah ni? " Mama senyum sinis. Dah tahu sangat kelemahan aku. Laju sahaja tangannya menutup suis kipas dan membuka suis lampu.

Ya Allah, kalau kipas dah tutup ni memang hilang mood nak lena aku.

" Jam tu bunyi ding ding ding dong dong dong segala bunyi lagu Ayda Jebat sekali keluar, macam nak pecah dah telinga mama dekat bawah tu! Kamu yang sebelah dengan jam tu pun tak sedar lagi ye? Bangun! Nanti lambat nak pergi sekolah. Edri dah tunggu dekat bawah dah tu. Cepat sikit siapnya, kesian kawan tu dok menunggu kamu. " Bebel mama sambil memegang senduk nasi di tangan.

Ni kalau aku tak bangun-bangun lagi, memang mama hempok aku dengan senduk nasi tu gamaknya. Pergi lah aku ke sekolah dengan muka benjol kena ketuk oleh senduk lejen mama.

" Hmm. Eh? Edri datang buat apa? "

" Nak pergi sekolah sama-sama la. Ayah dia kan ada kerja. Tak ada nya si Edri tu nak datang merisik kamu pulak. " Anak aku ni kalau dah bangun tidur, mamai dia tak boleh bawa bincang! Silap-silap nama mama sendiri pun dia tak ingat. Kadang-kadang terfikir juga, dia ni baru bangun tidur atau baru bangun dari koma 10 tahun?

Aku tergelak seperti kambing cacat gigi. Tapi bukan bunyi mbek mbek la. Hikhikhik bunyi dia.

" Baik ma. Orang siap dulu, nanti orang turun. " aku bermalas-malasan sambil menuruni katil dan mencapai tuala menuju ke bilik mandi.

.....

" Kau.... punya lah lama aku tunggu kau dari pukul 5:30 tadi. Sekarang dah pukul 6:15, baru kau nak turun ye? " Marah Edri. Mana tak bengangnya membe tu. Dia punya lah datang awal-awal supaya dapat jalan kaki sama-sama dan sampai ke sekolah lebih awal. Tapi boleh pulak sahabat dia ni sedap mengangkang tak ingat dunia.

" Hehehe maaf la weih. Tak sengaja. Yang kau bangun awal-awal ni, buat solat tahajud ke? Alhamdulillah kawan ku. Ni yang kita mahukan. " Kataku sambil mengangguk bersetuju.

" Ye. Dari kau? Tahajud kemana, subuh pun kemana. " Sindir Edri. Tapi dia tahu, kawanya tu sedang cuti. Saje menyakat.

" Hek eleh! " Aku menjulingkan mata ke atas.

.....

Baru sahaja beberapa langkah dari rumah. Hujan pula turun dengan lebat. Sangat lebat sehinggakan persekitaran menjadi putih. Langsung kami lari menuju ke tempat perteduhan yang berdekatan dengan kelang-kabut. Dah rupa seperti mak monyet masing-masing lari. Macam mana ni...

Aku pandang Edri, Edri pandang aku...

Dari mata mu.. mata mu..
ku mulai jatuh cinta..

Ni bukan cinta nyah. Ni marah! Dia dah pandang aku atas bawah, atas bawah. Matanya tajam memanah mataku. Aku cuba buat muka comel, langsung kene hempok dengan tote beg beliau.

" Kau! Aku dah kata dah hari ni kita kena pergi sekolah! Kita kan kena bentang subject Geo tu! Kau nak mampos ke kalau tak datang? Cikgu Maria dah warning awal-awal siapa yang tak datang, memang tempah maut jawabnya... " Bebel Edri sambil menggoyang-goyangkan badannya seperti orang kene sampuk.

Ye. Cikgu Maria tu kalau dia nak, dia nak juga. Kalau hari esok dia nak semua orang present. Maka, hari esok lah semua kena hadir dan present. Tiada alasan tak datang atau tak sihat. Kalau tak...

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now