Rewind
"Kita kat mana ni?" Tanya Edri yang baru sahaja menuruni motorbike itu tadi. Walaupun seluruh badannya terasa sakit yang amat namun dia masih kuat kan diri untuk berdiri.
Dilihatnya lelaki yang masih menunggang moto itu sedang menaip sesuatu di telefonnya. Erk... Aku ni nak kene buat apa ni? Duduk jadi tunggul kat sini je ke?
"My place," Lelaki itu melihat jam pergelangan tangan dia. Tidak melihat kearah Edri langsung.
"Nanti kau masuk, ada staff dalam tu akan tolong kau. I gotta go. C'mon Lev."
EH?! Gitu aje depa chaw?!
Dia dan lelaki yang bernama Lev dibelakangnya itu terus memulas motorbike nya dan berlalu pergi meninggalkan dia terpacak di hadapan bangunan ini sendiri.
"Kuang hasam punya mat rempit! Engko tinggalkan aku dekat sini lepastu blah gitu ajer?!" Jerit Edri perlahan. Tanggan dikepal dan ditumbuk-tumbuk udara didepannya. Merah mukanya menahan geram.
"Habistu sekarang aku nak buat apa? Helmet dia ni kalau aku jual kat sini agaknya laku kot." Kataku sendiri sambil mebelek-belek helmet yang dipakai ku tadi. Boleh kira mahal juga helmet ni.
"Eh awak tak boleh jual helmet tu dekat sini. Nanti kalau tuan badan helmet tu tahu, kiok awak satgi."
Sapa seorang lelaki daripada belakang itu membuatkan helmet yang berada ditanganku hampir mencium dahi lelaki itu.
"Allah! Abang tesla test test! Eh, kau siapa?!" Terkejut beruk lah aku! Sampai termelatah cik dibuatnya. Tengah buat plan jahat dalam otak tiba-tiba datang pulak seseorang yang menghancurkan plan aku.
"Ouh I'm sorry! My name is Paul. And I'm here to help you. Meh saya simpankan helmet ni, ya?" Kata Paul sambil mengambil helmet dari tanganku. Aku mencerlung mata ke arahnya. Memegang helmet ini dengan sekuat-kuatnya.
"Cik adik, saya ni banyak benda lagi saya nak kena buat. Tapi saya tak kesah kalau nak main tarik-tarik helmet dengan cik adik ni." Katanya sambil menarik helmet dari genggamanku dengan kuat. Cik adik?! Aku terus melepaskan helmet itu dengan geram. Maka terjatuhlah mamat bernama Paul itu seperti nangka busuk sambil memeluk helmet itu.
"God damn..." Dia berbisik sendiri secara bangun semula dan membetulkan bajunya. Aku apa lagi? Buat muka bodo jela. Cover nak gelak dengan cover malu sebenarnya.
"Ehem. Boleh tahan stubborn juga orangnya." Dia berbisik lagi namun aku dapat mendengarnya. Belum sempat mulut ni nak berdebat depan bangunan ni, Paul sudah memotong terlebih dahulu.
"Oh ya! Awak boleh duduk dalam bilik sanaaa.. tu sekejap, sementara saya simpan helmet ni," Paul menunjuk jari ke arah satu bilik yang berada di dalam bangunan ini. Nampaknya situ ada tulisan 'Waiting Room'.
"Okey, baik." Aku mengangguk dan berlalu pergi tanpa sebarang soalan. Masuk sahaja ke dalam lobby itu, kaki ku terhenti.
Mak aih! Lawa gila!
Tak ku endah orang sekeliling yang melihat ku dengan pelik. Ah lantak kome la nak tengok aku macam penyangak baru lepas keluar lokap ke apa, yang penting tempat ni lawa gilaa!
Terus aku berlari anak memasuki bilik yang ditunjuk Paul tadi. Buka sahaja pintu, seorang perempuan yang memakai seragam seperti seorang doktor sedang duduk menunggu dengan kit pertolongan cemas yang berada di tanggannya.
Dia tersenyum melihat aku.
"Edri kan? Mari sini, duduk sini dekat akak," kata doktor itu sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/322228857-288-k448233.jpg)
YOU ARE READING
IAN'S MYSTERY | NEW [OG]
RomanceMaaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start : 11/10/22 End :