Bab 4

1.7K 207 21
                                    

Masuk sahaja di kelas, aku meletakkan beg lalu mengeluarkan buku mengikut subjek yang akan bermula sebentar lagi. Aku menoleh ke arah Airil. Kut-kutlah mamat tu tak serik lagi nak tengok jari tengah kaklong sebelah aku ni. Eh?

Terkejut aku melihat muka si Airil yang seperti baru sahaja lepas ditumbuk. Lebam di mata. Macam baru lepas bergaduh. Dengan rambut yang serabai dan baju yang terdapat kesan darah yang di lap.

Rasa diri diperhatikan, Airil angkat kepala. Mata mereka bertembung. Airil tersenyum sinis sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Eh! Mamat ni kenyit-kenyit pulak! Tak nampak muka dah macam zombie mabuk ketum! Dia fikir comel ke kenyit mata yang sebelah tertutup macam dajal dah aku tengok! ni bukan KL Zombie ke apa nak darah-darah dekat muka tu! Lantak kau lah muka berdarah ke bernanah ke ada aku kesah?!

Lagi puas hati aku kalau dua-dua mata kau lebam. Tak pun buta je terus! Sepatutnya orang yang tumbuk dia tu, tumbuk je dua-dua belah mata dia! Buat kerja tak clean la.

Aku tidak menghiraukan dia dan memandang ke arah depan.

....

Lima minit sebelum kelas berakhir untuk waktu rehat, Airil dengan gelabah meninggalkan kelas dengan membawa begnya. Cikgu sudah menjerit nama dia tapi dia hanya buat pekak dan lari entah kemana.

Satu kelas terkejut dengan perbuatan Airil. Tah kenapa dengan mamat tu. Cikgu panggil jawab soalan tadi pun dia membisu. Muka pucat semacam. Tangan mengigil. Apa masalah mamat tu? Emosi tak stabil agaknya.

....

Selepas selesai sahaja waktu rehat, sebelum kami menuju ke kelas.

Kedengaran bunyi kecoh dan bisik-bisikkan serta beberapa murid perempuan yang menjerit-jerit akibat terkejut.

" Kau dengar tak apa yang aku dengar Ed? " aku menyoal kepada Edri apabila bunyi bising itu semakin lama, semakin kuat.

" Ha'ah aku dengar. Aku belum pekak lagi Mi" balas Edri sambil membuat muka selamba.

" Kenapa ramai-ramai tu weih? " Jenguk aku apabila ternampak ramai murid yang sedang berkumpul di suatu tempat.

" Siapa lagi kalau bukan senior-senior yang acah famous tu! Heh. Bosan aku " jawab Edri. Apa lagi yang nak dijeritkan lagi dekat sekolah ni kalau bukan senior-senior tu.

" Tapi.. aku rasa kali ni bukan senior-senior tu lah wei... " Aku ada bau sesuatu yang busuk.. seperti bau darah.. hah.. bau darah?

Perasaan ingin tahu membuak-buak menyebabkan aku dan Edri juga turut pergi untuk melihat apa yang sedang mereka kecohkan itu.

" Woi! Siapa yang busuk tak mandi ni! Tak cukup berok tadi mengacau aku, sekarang bau busuk ni pula nak mengacau! " Kata Edri dengan nada suara yang kuat mengakibatkan semua mata yang berada disitu beralih memandang ke arah kami. Edri senyum kelat. Ops!

" Bau ni... " jawab seorang lelaki di hadapan kami sambil menunjukkan jari ke arah lantai yang dah berlumuran dengan darah. Sangat banyak sehinggakan aku rasa ada darah yang sudah kering dan melekat di atas lantai itu. Sebelah darah itu terdapat satu tulisan besar yang ditulis dengan warna merah. Mungkin darah.

' Last warning. Sekali lagi kau kacau urusan aku dengan konco-konco kesayangan aku, bukan kau yang aku bunuh. Tapi, dia. '

Aku baca setiap perkataan yang ditulis itu di dalam hati. Ini memang betul-betul macam cerita mafia! Tapi aku pelik? Punya lah kecoh dekat sini, kenapa tiada satu cikgu pun yang muncul? Biasanya sebelum ni, kalau murid terseliuh pun sudah berpuluh cikgu turun padang. Tapi kenapa hari ni takde seorang cikgu pun? Nonsense!

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now