Aku mengikuti gerak langkah lelaki dihadapanku ini. Kami memasuki ke arah kawasan yang agak terlindung daripada meja-meja yang lain. Mungkin tempat ini adalah kawasan khas buatnya?
Kami duduk bertentangan tanpa membuka mulut. Masing-masing hanya diam membisu, buat hal masing-masing. Aku pandang jari-jemari yang berada di atas riba, dan dia hanya memandang ke arah entahla. Aku pun tak tahu dia pandang apa sebab aku tak pandang dia pun.
"Misya" Ilham memecah kesunyian.
Aku mengangkat kepala. Mata kami bertemu buat seketika.
"Apa?" Sebelah kening diangkat.
Dia hanya memandangku dengan renungan yang tidak dapat ditafsir. Aku mencerlung tajam ke arahnya. Ha! Nak main lawan mata ke? Ok! I onz!
Dapat ku lihat dia tersenyum dan telinganya berubah menjadi merah sedikit.
"Ok enough. Enough." Katanya sambil tertawa kecil seraya mengangkat kedua belah tangan dia tanda mengalah.
"Bienvenido maestro" sapa seseorang pelayan dari restaurant ini, membuatkan aku termelatah 'eh mak mak kau mamak ali bistro!' tadi.
Ye, agak kuat jugak lah aku mak mak kan anak orang tadi, sampai semua orang yang berada disini melihat ke arah kami. Lebih tepat ke arah aku.
Aduh! Jatuh saham aku! Cepat-cepat aku mengambil menu yang telah diberi oleh waitress itu dan menutup mukaku yang sudah berbahang ini.
Setelah beberapa saat, aku mengalihkan menu dari muka dan dengan muka selamba aku membelek-belek menu itu seperti tiada apa yang berlaku. Muka tetap kena cool Misya!
Ilham hanya menggelengkan kepala serta memesan sesuatu dalam bahasa yang entah apa aku pun tak tahu. Macam biasa.
"Sí maestro." Kata pelayan itu sambil menunduk dan berlalu pergi.
Terkulat-kulat aku melihat dia yang dah hilang dari pandangan. Eh! Aku belum order lagi la sí sí astro apanya! Punya besaw lah aku dekat sini dia boleh tak nampak kelibat mak dugong ni?!
" Eh bang astro! Saya belum order lagi la " kataku sambil mendengus kasar. Ah lantak lah astro ke mastro ke bistro kesah apa aku.
" Wait- wait- what? Astro? Who's astro? " Kata Ilham sambil melihat-lihat ke arah kiri dan kanan. Siapa pula astro ni?
" Awaklah astro! Saya ni tengah lapar tau. Ehhh, dia boleh pesan untuk dia je.. baik tak payah bawak saya turun makan. " Tekanku dengan suara yang dicontrolkan sedikit. Tak nak lah jatuh saham sekali lagi.
" Siapa kata yang aku order untuk aku sendiri je? " keningnya diangkat sebelah.
" Misya, aku dah bagitahu kan sebelum kita turun sini. Aku dah book and order makanan untuk kau. Jadinya, kau duduk aje dan makan. We good?" Katanya sambil tersenyum senget. Lucu dia melihat tingkah laku gadis dihadapannya ini yang tengah menahan marah. Hilang terus perkara yang merisaukan
" Apa senyum-senyum? " Kataku sambil menahan malu. Malu la sebab memang sah-sah dia ada kata semasa di atas tadi. Huahuaa..
" Here maestro, maestra. " Pelayan yang tadinya kembali sambil menghidang dua pinggan spaghetti bolognese di hadapan aku dan Ilham. Air jus oren dan jus epal hijau juga dihidang. Ilham mengangguk dan pelayan itu meminta diri.
Terbuntang mataku. Wah! Makanan kegemaran nih! Macam tau-tau je dia ni, aku suka spaghetti.
" Silakan " kata Ilham sambil memegang garpu memberi tanda supaya aku menjamah.
YOU ARE READING
IAN'S MYSTERY | NEW [OG]
RomanceMaaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start : 11/10/22 End :