Bab 6

1.6K 202 31
                                    

Misya's POV

Suara bisik-bisikkan daripada luar pintu bilikku itu membuatkan aku terjaga. Perlahan-lahan aku menyelikkan mata. Badan terasa lenguh. Aku termenung memandang dinding. Agak lama. Yelah, baru bangun kut, tak kan terus menari pulak kan? Mesti lah termenung sambil menanya aku ni siapa? Aku ni kalau dah bangun memang terus lupa asal-usul sendiri. Tapi tak ada lah bangun-bangun terus perasan yang diri ini Anna Jobling. Jauh beza sangat mamai tu. Tu bukan mamai namanya, tapi berangan.

" Sampai bila mama? Sampai bila kita kena duduk diam? " Suara abang bertanya dari luar pintu. Aku terus melihat ke pintu. Abang buat apa tanya dekat pintu tu?

" Miz dah hilang sabar ma. Miz tak boleh. Miz risau ma. " Kata abang lagi pada pintu. Buang tabiat ke apa abang aku pagi-pagi ni duk bercakap dengan pintu pulak?

" Sabar Mizwar. Tidak ada yang keliru atau salah dalam takdir yang Tuhan telah tetapkan. Hanya kita sahaja yang belum memahami atau belum menemukan hikmah di sebalik setiap ujian. Pasti ada banyak kebaikan. Teruskan bersangka baik pada-Nya dan tak putus asa pada hidup, Mizwar. " Nasihat pintu kepada abang. Eh? Bukan pintu! Mama! Mama ada dekat situ sekali?

Jeda. Tiada lagi suara mereka di depan pintu bilikku.

Apa nih? Apa yang abang takut? Dia nak melamar kekasih hati ke sampai takut-takut ni? Takut kena reject? 'Saya dah lama suka awak, awak suka saya tak?' gitu ke? Uish uishh abang aku ke ni? Sejak bila dia dah ada kekasih hati? HAHAHAHA!

Pintu bilik di buka dari luar. Muncul abang yang sedang memegang air dan ubat. Dia terkejut melihat aku yang tengah menggeliat seperti Persatuan mak-mak hebat Kampung Selamat tengah buat senam robik di pagi hari.

Dia menuju ke arah ku dengan dahi yang berkerut. Risau adik dia ni tertukar badan dengan Chloe Ting yang selalu buat video workout dekat YouTube tu. Atas bawah atas bawah dia check adik dia. Rambut dora, Check. Pipi tembam, Check. Mata sepet, Check. Pegang bantal busuk, Check. Ok sah ni adik dia.

Aku tengok dia balik left right left right. Dah macam orang gila ya, mataku kekiri kekanan, kekiri kekanan. Nasib tak tercabut mata ni. Melihat mataku yang memandangnya left right left right, abang ketawa hingga timbul lesung pipit dia.

" Why you look me up down up down ha you? You think you good la you look up down up down at me? I'm your sister ok? Adik perempuan dalam bahasa Inggeris apa bang? Little sister kan? Ha! Why you look me up down like that at your adik sister?! " Aku berspeaking sambil menggoyang-goyangkan bantal busuk ke arah mukanya. Ketawa nya mati. Terus kepala dia mengelak. Tak nak mukanya tercemar kerana bantal busuk aku yang wangi ni la kot.

" No no me just terkejot you know? You wake up wake up terus bersenam you think you Chloe Ting ke? I die-die think sel otak you already putus " balas abang berspeaking juga sambil mengambil bantal busuk dari tangan ku dan letaknya semula diatas katil.

Ya, begini la cara kami berinteraksi sambil belajar bahasa Inggeris bersama. Abang kata dia nak belajar English sama-sama dengan aku. Sebab dia kata, 'kalau masuk askar, English kene power. Takdelah nanti bila orang suruh RUN, abang pergi SIT pulak.'

Tapi dulu dia hanya tau you me, you me, I, you aje. Kalau abang aku I , you , I , you. Aku pulak yes no , yes no je paling power. Nasiblah kami makin lama makin power sekarang. Gempak enn?

" Ah don't care about me la. I want to stretching-streching only. You know apa? " Jawabku sambil memuncungkan bibir.

" Dah, tak payah muncung sangat bibir tu. Tak ada siapa nak cium Misya dekat sini. Makan ubat ni, lepastu turun bawah sarapan. Abang nak keluar pergi beli barang dapur kejap lagi. " Jawab abang sambil memberi ubat tahan sakit dan segelas air.

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now