Bab 7

1.4K 164 5
                                    

" Tuan muda dalam perjalanan," Kata Lev sambil termenung seketika melihat skrin handphone nya. Muka tidak percaya ditunjukkan.

Alham mengangkat muka. Mengangguk.

" Oh, tuan muda suruh kau makan. Dia kata dia tak nak dia sampai nanti, muka kau macam muka mati bini. Tuan muda yang kata, bukan aku. "

" Aku tak ada selera." kata Alham lemah. Lev hanya mengangguk. Ye lah tu tak ada selera. Tadi time kau marah-marah kau cari nasi juga.

" Tapi aku hairan lah? Mula-mula tuan muda kata dia akan sampai secepat mungkin. Tapi lepas berapa minit, tiba-tiba je dia mesej aku, cakap yang dia mungkin lambat sebab jalan sesak. " Kening Lev diangkat. Nak kata jalan jem, tak ada lah pulak. Jalan semua biru. Bermaksud tiada jem yang berlaku.

" Dah kenapa? Tak pernah-pernah abang aku datang lambat? Ada apa-apa? " kening Alham diangkat sebelah.

" Aku pun tak tahu. Dah contact IANS. Katanya, clear. Kalau ada apa-apa pun, mesti tuan muda dah bagitahu kita dulu. " bahu Lev diangkat. Jari-jemarinya laju mencari dan menerima maklumat.

" Kau dah cuba track abang aku? dia naik kereta apa? dengan siapa? pergi mana? " Alham yang tadi hanya diam membisu sepanjang masa, kini bangkit dari duduknya setelah mendengar kata-kata Lev itu. Bertalu-talu soalan diberikan kepada Lev yang kini sedang sibuk mencari maklumat di tablet nya.

" BMW M6 G-Power Hurricane RR, warna putih. With Lucas. Dia orang- "

" Call Lucas. Immediately." Alham memotong percakapan Lev. Dia menuju ke biliknya.

Anak mata Lev mengikuti setiap langkah majikannya. Tak faham dengan mood swing si Alham itu. Tadi bukan main baling pasu, baling cawan, paling telefon sini-sana. Tapi sekarang, caring la pula tiba-tiba? Mesti lepas ni dia marah balik. Hadam sangat perangai majikannya itu. Dalam marahnya dia, dia masih ambil kesah pasal abang dia.

Jarinya mencari nombor Lucas.

" Damn bro! Wassup? Nape call? Aku tengah drive ni. Ada tetamu istimewaa! " kata Lucas dengan gembira. Dia menguatkan volume di earbuds nya. Sedar yang suaranya terkuat sikittt tadi, dia menoleh melihat tuan mudanya. Risau tuan muda terbangun.

" What do you mean Cas? tetamu istimewa? Dato'? " Tanya Lev.

" Lagi special dari Dato'. "Jawab Lucas separa membisik.

" Kau asal lembab sangat Lucas? Jalan sah-sah tak jem. Did anything happened there? Kenapa kau cakap bisik-bisik ni? " Lev menyoal Lucas.

Eh banyak pulak soalan mamat ni! Nak sindir ke, nak risau ke, nak tanya ni?

" I'm asking you, Lucas. " Lev mula cuak. Dia dah risau kalau apa-apa telah berlaku.

" Shh! Tuan muda dengan tetamu tengah tidur la! Kau ni bising betul! Aku bawa lembab, sebab tuan muda yang suruh aku guna jalan kiri! Kalau tak, dah lama aku pecut. " Jawabnya masih berbisik. Dah macam buat ASMR dah dia berbisik ni. Nasib tak mati akibat semput. Bisik sambil membebel.

" Pfftt! Rasa kau! Haa kaki tu asyik nak pecut aje kan? Hamik kau merasa bawa lori pula! "
Kata Lev sambil tergelak. Gelak perlahan jelah. Risau kalau Alham dengar, naya dia. Kang di fitnah call dengan girlfriend pulak.

"Oh, by the way. Siapa tetamu special tu? Jangan cakap yang tetamu special tu kereta baru kau orang. " Tanya Lev sambil menjeling ke atas. Biasanya kalau si Lucas ni gembira-gembira macam ni, mesti sebab dapat kereta baru je.

" Come on lah, Lev Lyon! Bukan tu yee. Tengoklah nanti. Lagipun tetamu kita ni... " Lucas menoleh ke belakang lagi, melihat Ilham yang masih di alam mimpi.

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now