"Hmm?" sapa Ilham bermalasan pada telefon bimbitnya. Dia sudah berada di dalam ruangan suite biliknya kini, apabila dapat mesej daripada Alham, adiknya sebentar tadi. Langsung dia arahkan Lucas untuk menemani Misya dibawah.
"Aku tak jumpa pun dia? Kau ni kasi alamat dia ke, alamat kubur dia?!" Alham menjerit di telefon membuatkan Ilham menjauhkan telefonnya daripada telinga.
Mana tak nya, dia dan Lev dah ikut alamat yang diberikan oleh abangnya tadi. Tetapi sekarang mereka berada di tanah perkuburan. Mana tak geramnya dia. Ada yang dia tanam abang dia hidup-hidup ni nanti.
"Kau ni takde salam takde apa dah jerkah-jerkah aku kenapa?" jawab Ilham masih bernada tenang.
"Apa kau fikir aku call kau ni nak bertanya khabar pasal kau sekarang ni ke bang?" nada giveup sudah diberikan pada abangnya. Bukannya dia tak tahu perangai abangnya yang satu ini macam mana. Orang dah gelabah teruk ni dia boleh tanya dengan tenang macam kita ni tengah lepak kedai mamak, call dia tanya nak kirim lauk apa macam tu.
"Relax. Kubur tu palsu je. Kalau kau nak gali kubur tu, silakan.." jawab Ilham sambil tersenyum senget.
"What do you mean kubur palsu?" Alham menoleh ke kiri dan ke kanan diikuti dengan Lev yang berada ditepinya juga turut membuat perkara yang sama.
"Oh. I got it."
Tet
Secara dengan itu, Alham memutuskan panggillan. Terkejut orang disebelah nya.
"Apa yang got it nya? Kau nak gali kubur ni? Nak jadi tok adi pulak?" Lev menanggalkan helmetnya lalu dipegang. Dia menoleh ke arah Alham.
Alham hanya senyap. Tidak membalas pertanyaan Lev itu. Dia merenung ke arah suatu sudut.
"Guna apa?" Tanya Lev lagi.
"Gigi" sepatah Alham menjawab sambil merenung lagi ke arah itu.
Lev merengus kasar rambutnya. Stress dengan perangai Alham.
"Kau-" baru Lev ingin membebel, laju Alham menepuk perutnya dengan perlahan.
"Shh. Over there, 2 o'clock." perlahan nada Alham berbisik.
Lev melihat kearah yang diberitahu oleh Alham itu. Langsung dia mengangguk dan mereka menekan button merah kecil yang tersorok disebalik button hon di superbike masing-masing itu.
Enjin yang tadi agak bising, kini senyap membisu. Tidak kedengaran apa-apa. Button itu hanya mereka tekan apabila sedang menjalankan misi, agar superbike mereka tidak diketahui dan didengari oleh yang lain.
Tidak jauh dari mereka, kelihatan Wolf serta konco-konco nya yang sedang mendekati kenderaan masing-masing.
Lev memakai semula helmetnya dan memulas superbike nya kearah yang lebih tersorok disebalik pokok-pokok yang berada disitu. Diikuti juga dengan Alham. Mereka hanya diam memerhati gerak-geri Wolf dan konco-konco nya beredar daripada kawasan ini.
Sebaik sahaja Wolf dan konconya hilang dari pandangan, Alham dan Lev beredar menuju ke arah yang tadinya Wolf dan konconya berada. Terdapat sebuah rumah yang terbiar. Beberapa meter daripada rumah itu, Lev yang didepan memberi isyarat tangan agar mereka berhenti.
Lev menoleh ke belakang, ke arah Alham dan memberi isyarat jari. Dia menunjuk 2 jari dan dihala ke belakang rumah. Dan 3 jari dihalakan ke pintu rumah pula. Alham mengangguk paham. Matanya melihat belakang dan depan rumah usang itu.
Seperti yang dia nampak, 2 orang konco Wolf sedang menjaga dari belakang serta 3 orang lagi di hadapan pintu.
Alham senyum sinis.
YOU ARE READING
IAN'S MYSTERY | NEW [OG]
RomanceMaaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start : 11/10/22 End :