Misya's POV
Aku merenung meja dihadapanku. Lebih tepat, merenung nasib. Aku ni dah macam bibik dah dengan baju rempit nya, duduk tegak dekat sini. Ni kalau dekat tangan ada penyapu dengan penyodok ke, aku rasa dah boleh minta kerja part time dekat sini. Dah la sejuk! Kalau boleh, penthouse dia ni nak mengalahkan Vostok, Antartika dia punya sejuk tu! Ni kalau lama lagi... aku rasa aku dah boleh bertuka menjadi beruang kutub yang terpaling comel. Ataupun Elsa ke kan? Nak juga merasa nyanyi let it go~ let it go~
Tapi let it go kentut aje. Let it go ais keluar dari tangan belum berkesempatan. inshAllah one day, doa-doa kan. Misya menjadi Elsa Malaya.
Dah... Merapu dah aku ni.. Kalau aku jadi Elsa, memang dah lama kena halau dari negara ni.
Tadi baru sahaja Alham tergesa-gesa keluar dari bilik pejabat milik Ilham. Aku pun tak tahu kenapa? Mungkin dah tak tahan nak membuang? Tapi, sambil lari sambil senyum tu.. pelik tu. Ada ke orang tak tahan nak membuang dia boleh senyum? Parah ni...
Badanku mengigil kesejukan. Dia ni nak menyeksa aku dekat sini ke apa? Dah lupa ada aku dekat luar ni? Nanti aku merayau pergi tempat lain nanti... ada yang marah-marah lagi! Jadi, lebih baik aku duduk je sini.
Aku mengosok-gosok tapak tangan dengan laju. Kemudian letaknya di pipi. Kaki digoyangkan. Sejuk betul!!
Eh geram aku! Kalau dia tak nak keluar, biar aku yang keluar sendiri! Biar lah tak ada handphone pun, aku boleh mengemis tepi jalan tu minta handphone orang!
Aku betulkan tudung sarungku yang dah macam mak-mak orang nak pergi mengumpat dengan jiran sebelah ni. Selit-selitkan beberapa anak rambut yang terkeluar supaya masuk balik ke dalam serkup tudung. Badan dan kepala serentak dipusingkan 360 darjah kekiri-kekanan. Risau kalau ada orang yang melihat puteri lombong ni tengah membetulkan selendangnya. Elok-elok tengah pusing, muncul susuk tubuh lelaki sedang berdiri bercekak pinggang melihat aku. Bibirnya terukir senyuman manis. Ilham.
" Lama tunggu? " Tanya Ilham. Dia mendekati. Tangan masih berada di pinggang. Jalan pun tetap slay
" Eh tak lah! Sekejap aje, baru sejam. Kenapa tak empat jam terus? Dua puluh empat jam ke? " Tanyaku. Kasi sindir sikit! Haa dia bawa aku ke sini, lepastu biar aku mereput dekat luar ni ya...
Dia ketawa menampakkan gusinya. Hilang terus mata dia apabila ketawa. Aku terpersona. Ya Allah, jika dia jodoh orang... Aku juga orang..
Eh! Jodoh-jodoh pulak Misya! Wake up la! Eii menggeletis ya engkau!
Aku tumbuk-tumbuk pipi sendiri secara automatik. Ilham ingin mendekati. Aku angkat tangan supaya dia berhenti.
" Jangan! Jangan dekat. Saya nak ajar sikit si Misya ni. Anggaplah apa yang saya tengah buat ni sekadar tindakan refleks, tidakan luar kawalan daripada otak saya." Kataku sambil tepuk-tepuk peha sendiri. Ha! Hamik kau! Hamik kau! Gatal lagi!
Tiba-tiba aku tertepuk bantal. Lah lembut pulak peha aku ni? Tadi macam batu dia punya keras. Ilham sudah meletakkan bantal di atas peha ku. Perbuatan ku terhenti.
" Kalau ya pun kau tergoda tengok senyuman aku yang manis ni.. janganlah sampai peha kau jadi mangsa. Karang ada yang sakit peha tak boleh bangun pulak. Nanti kalau peha sakit, kau nak aku dukung kau pula ke? " Lembut Ilham bertanya. Senyuman gatal diberikan.
Tadi aku tampar peha aku kan? Sekarang ni, aku nak tampar peha mamat ni pulak! Bukan peha, tapi muka!
Aku menjelingnya dengan jelingan yang paling tajam sekali dari pisau. Kasi kecut sikit lelaki dihadapanku ini. Silap orang lah kalau kau nak main ayat-ayat manis! Hari kau yang manis ni boleh bertukar jadi pahit tawar masin aku buat nanti!
![](https://img.wattpad.com/cover/322228857-288-k448233.jpg)
YOU ARE READING
IAN'S MYSTERY | NEW [OG]
RomanceMaaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start : 11/10/22 End :