Bab 9

1.6K 171 10
                                    

" Assalamualaikum " sapa seseorang dari pintu. Terus aku menoleh memandang pintu. Seorang perempuan bertudung hitam dan berbaju seragam datang masuk. Dia tersenyum gembira.

" Waalaikumsalam.." jawabku kekok. Aku membalas senyuman.

" I'm Anirah. Boleh panggil Ani je. Assistant Affendi.  " Katanya sambil menunduk kepala sedikit.

Aku menunduk kepala juga dan mengangguk. Dah kenapa semua nak tunduk-tunduk kepala ni..

" Misya kan? Affendi suruh saya tengokkan awak. Memang pendiam orangnya ke? " Tanya Ani. Keningnya diangkat. Mukanya kelihatan tertanya-tanya.

" Err ha'ah. Tapi tak ada lah pendiam sangat saya ni.. kejap. Affendi tu... Siapa eh? " Kali ni, aku pula tertanya-tanya. Siapa pula si Affendi ni?

" Oh! Ilham Affendi. Tapi I lebih suka panggil dia Affendi. Walaupun dia tak suka. Mungkin I dah terbiasa kut hahaha " dia tertawa sambil menutup mulut. Wah.. gelak pun cantik lagi. Berbanding aku, gelak dah hilang ayu-ayu yang disimpan. Kalau orang dengar pun mesti orang fikir yang aku ni adik-beradik lucinta luna. Gelak macam bapak-bapak orang.

Ilham Affendi? Oh! So nama penuh dia Ilham Affendi la ye? Aku mengangguk-angguk.

Keadaan menjadi kekok sebentar. Sunyi. Dia pandang aku, aku pandang tempat lain. Ish mulut ni! Cakap lah sesuatu! Kenapa dengan Ilham bukan main lagi kau nak potpetpotpet. Sepatutnya sekarang la kau patut potpetpotpet!

" Misya belum makan kan? Jum ikut I. Kita masak! "

" Saya- "

Aku baru ingin membalas, namun Ani sudah menarik lenganku untuk mengikuti dia menuju ke ruangan dapur terlebih dahulu. Aku hanya diam dan ikut.

Ikut aje lah.. lagi pun memang aku lapar pun! Daripada makan luar, aku lebih suka masak sendiri.

Aku terpegun. Besar betul! Ni dapur ke bengkel?! Nak masak ke, nak repair sepuluh bijik kereta dia punya besar tu!

Tapi.. dapur dia nampak kosong. Macam dah lama tak digunakan. Atas kabinet juga kosong. Tetapi kemas.

Kami berhenti di depan laci kabinet. Ani merenungku sekejap. Aku hanya membisu. Tak tahu apa yang aku nak buat sekarang. Lagi sekali aku pelik dengan diri aku ni. Dengan Ilham bukan main mulut ni nak membebel. Tapi dengan assistant dia terus aku menjadi introvert Misya yang sebenar. Mungkin sebab aku tengah lapar?

Ani senyum sendiri lalu dia mengambil beberapa ulas bawang holland untuk dipotong. Aku hanya melihat. Dia nak buat spaghetti ke?

" Emm nak buat spaghetti ke? " Aku main teka aje. Nampak gaya macam dia nak buat spaghetti. Aku tahu pun sebab tu makanan kegemaran ku!

" Tepat sekali! His favo- " dia menutup mulut sendiri. Mukanya nampak gelisah. Aku pandang dia pelik. Favo apa favo?

" Misya boleh masak kan? Tolong I potong ni kejap eh! I nak pergi sana sekejap! " Dia memberi aku bawang yang telah dipotong separuh itu kepadaku. Dengan tegesa-gesa dia berlari keluar dari ruangan dapur ini. Aku terkulat-kulat memandang dia yang sudah pergi. Asudah. Sekarang ni aku pula kena masak? Nasib baiklah aku ni pandai masak! Spaghetti ni campak-campak aje dah siap!

Aku memotong bawang holland itu membentuk dadu. Lalu, aku letakkan bawang itu ke dalam mangkuk yang berada di situ. Aku tergelak sendiri. Aduhai... Ani. Ni mesti dia nak lari dari masak ni.. belum apa-apa lagi dia dah siang bawang dahulu.. spaghetti nya belum rebus lagi!

Terus aku melilau satu dapur ni, membuka semua kabinet dan laci-laci yang berada untuk mencari kuali ataupun pengukus. Punya lah banyak laci-laci , rak-rak dekat sini.. tapi satu kuali pun aku tak nampak! Dapur punya lah besar tapi kuali tak ada?! Semua laci dan rak kosong aje!

IAN'S MYSTERY | NEW [OG]Where stories live. Discover now