"Ha! Mengelamun la tu! Buat kerja tu, nanti cikgu masuk naya kau." Kawan aku, Edri. Nama Edri, tapi bukan lelaki. Perempuan. Cuma perangai dia jantan sikit. Nama penuh dia Putri Edri. Tapi, dia lebih selesa kalau orang panggil dia dengan nama Edri.
"Ish, ye aku buat. Mana ada aku mengelamun. Cuma aku pelik dengan si Airil tu. Tak habis-habis nak pandang aku. Rimas lah." Aku cakap sambil mata menjeling susuk tubuh Airil yang sedang melihat aku sekilas.
Aku pun pelik? Dari mula dia masuk ke sekolah ni. Dari hari tu lah dia kerap pandang aku. Mula-mula aku husnuzon aje lah, yang dia ni memang tak pernah tengok orang segemuk aku. Tapi makin lama aku naik rimas dan menyampah. Nak kata pandangan minat, pandangan suka, tak ada lah pulak. Aku tahu la aku ni macam mana. Tapi... Pandangan seperti dia dendam sesuatu dengan aku. Aku ada berhutang dengan dia ke sebelum ni?
Lantas, Edri terus bangkit dari mejanya dan menuju ke meja milik Airil. Dia menghentak meja lelaki itu sekuatnya. Tergelak aku apabila melihat muka lelaki itu tidak puas hati. Kemudian Edri menunjuk sesuatu di muka Airil. Jari tengah. Aku pun terkejut. Lalu dengan selambanya dia kembali duduk di sebelah ku.
"Dah, settle. Puas hati aku. Kalau dia tengok kau lagi, bukan jari tengah aje aku bagi. Semua jari aku ni, aku bagi lekat dekat muka dia. Bagi cop penampar aku tu nanti berbekas dekat pipi dia. Buat kenang-kenangan." Balas Edri, dengan sengaja dia menguatkan nada suaranya. Harap-harap mamat tu dengar. Aku dah naik rimas juga dengan mamat tu. Asyik pandang-pandang kawan aku. Meh sini aku kasi kau pandang tak berkelip mata dah lepas ni.
"Kau memang terboek Ed!" Aku menepuk-nepuk tangan. Boleh nampak yang muka mamat tu terkedu. Tetapi hanya sekejap. Selepas itu dia tersenyum sinis sendiri. Lantak dia lah, yang penting dia dapat jari tengah kaklong kita.
.......
"Kau, kalau aku nampak kau pandang-pandang kawan aku lagi. Aku tak teragak-agak nak tampar muka kau sampai lebam. Silap hari bulan, mata kau pun boleh tercabut aku buat." kata Edri apabila kami baru sahaja ingin pulang ke rumah. Alang-alang mamat ni depan kita orang. Edri apa lagi. Dah lama dia pendam ni.
"Heh. Kalau berani. Kau pikir orang macam kau ni mampu ke nak lawan aku? Tsh, malu sikit la. Bukan nama kau... Putri ke? Hahahaha! Tak kena langsung! " Ejek Airil sambil ketawa terbahak-bahak.
Eh panas pulak telinga aku dengar.
"Daripada kau. Muka punggung kuali. Ni kalau sental pun setahun tak hilang. Padanlah dengan nama kau, Airil. Nama Airil pun tak ada maksud. Macam hidup kau." Balasku. Pedas hati aku. Rasa nak sental aje muka mamat ni guna clorox.
Lagi aku takut apabila nampak raut muka sahabat ku muram apabila nama 'Putri' disebut. Aku tahu, ada kisah disebalik nama itu. Sebab tu dia lebih gemar dipanggil Edri.
"Tak guna!" Baru sahaja tanganya naik ingin menampar muka ku, muncul satu tangan yang sempat menahan tanganya daripada melekat ke pipi ku.
"Baik kau berambus. She's not the one yang kau boleh naik tangan sesuka hati, bro." tangan lelaki itu masih erat mencengkam pergelangan tangan Airil.
Airil megaduh sakit. Namun dia tetap tidak berpuas hati dengan dua wanita dihadapannya itu.
"Get lost. Do I have to repeat it again? Or kau ada masalah pendengaran?"
Lelaki itu masih mencengkam pergelangan Airil dengan kuat.
YOU ARE READING
IAN'S MYSTERY | NEW [OG]
RomanceMaaflah, author tak reti nak buat description.. ❗Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya ❗ My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start : 11/10/22 End :