Sudah 2 jam usai pendaratan pasukan sukarelawan Korea Selatan di bumi Afrika. Mendarat, dan mendekati para pelarian Afrika yang sentiasa hidup dalam ketakutan kerana negara bergolak ini.
Para doktor yang mesra, dikerumuni oleh para anak kecil.
Manakala para tentera pula disapa oleh ibu-ibu yang senang hati apabila penyelamat mereka telah tiba.
Tidak dilupakan juga keadaan yang sama bagi Captain Jihoon dan Doctor Heeso.
Bergurau senda dengan para penduduk Afrika Selatan.
Syukurlah mereka tahu berbahasa Inggeris. Dapatlah juga komunikasi tercipta.
" Doctor... " Lantas satu anak kecil menghampiri Heeso yang sedang asyik mengikat rambut diatas batu besar. Heeso tersenyum dan memandang mata si kecil.
" Ya sayang? "
" Abang tu suruh bagi. " Sekuntum bunga mawar disua lantas jarinya ditunjukkan pada satu arah. Heeso berkerut kehairanan.
" Huh? Abang? "
Lantas matanya mengikut arah tunjukan si kecil, sebelum matanya berlabuh pada satu sosok tinggi yang sedang mengendong dua kanak-kanak diatas bahunya.
Saling bergurau dan mengangkat mereka tinggi.
Diiringi senyuman yang manis dibibir.
Park Jihoon.
Bunga mawar yang disua, dipegang lembut oleh Heeso. Dibelek, lantas dicium.
Wangi.
Sebelum matanya bertentang dengan Jihoon disana.
Turut memandangnya.
Lantas tersenyum.
" Beautiful flower always searching for beautiful creature. " Ucap Jihoon. Heeso mengangkat keningnya.
" Means? "
" And that's why the flower there. On your hand, beautiful creature. "
Merah.
Pipi si gadis, menahan malu mendengar omongan Jihoon yang kini tertawa.
" Aish Ji, suka sangat usik saya. " Balas Heeso. Jihoon hanya memandang redup wajah Heeso.
Terasa senang.
Perasaan senang dalam hatinya, kerana menatap wajah si gadis ini.
" Sebab muka awak bila malu, buat hati saya senang, Heeso. "
" Sedap betul bercinta! Jangan buat bodoh, Captain Jihoon. Kau sedang berurusan dengan tunang orang. "
Satu suara yang mencelah, menyebabkan keduanya terdiam.
Memandang sosok tubuh yang kini menghampiri mereka.
Na Jaemin.
" Tunang? " Kerut Jihoon.
Menyebabkan Heeso menggigit bibir bawahnya kini.
Ya, Heeso tidak memberitahu Jihoon tentang pertunangan itu. Kerana sungguh, demi Tuhan, Heeso akan buat apa sahaja asalkan selepas sahaja misi ini tamat, dia dan Jaemin akan putus.
Kerana itulah Heeso tidak ambil pusing dengan gelarannya sebagai tunang orang.
Dia tidak rela, jauh lagi gembira.
Mengapa perlu dikecohkan?
" Aku dan Doctor Heeso dah tunang minggu lepas. Bakal kahwin lagi 2 bulan, jadi aku minta Captain Park Jihoon, Ketua Air Force unit kita ni berhenti ganggu bakal isteri orang. Cukuplah aku biarkan korang naik satu pesawat yang sama, aku takkan biarkan korang nak menggedik depan aku pula. "
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...