EPILOG

1.5K 163 105
                                    

Kepada cucu nenek yang tersayang, Heeso. Cicit nenek yang comel-comel, Ji dan Hea. Dan kepada menantu nenek, Booji.

Terima kasih sudi membaca. Terima kasih sudi membazirkan masa menghayati setiap bait perkataan yang nenek tuturkan disini.

Heeso, cucu kesayangan nenek.

Nenek minta maaf, sayang. Kongkong Heeso, dan kongkong Heena dulu. Nenek tahu nenek jahat, nenek halang kamu berdua mencari kebahagiaan sendiri. Sebab nenek dah dikaburi oleh dendam, dan ketidakpercayaan pada lelaki. Nenek marah Heena pilih lelaki miskin, sebab nenek takut kalau Booji dah kaya, dia akan tinggalkan Heena, macam mana atuk tinggalkan nenek dahulu. Maafkan nenek.

Nenek halang kamu dengan Captain Park Jihoon, sebab nenek takut, dia akan sama macam mendiang papa kamu. Nenek takut dia akan tinggalkan kamu juga kalau dia dah berjaya. Tapi sebaliknya. Nenek percaya Jihoon akan jaga cucu nenek dengan baik. Sebab dia lah insan yang diturunkan untuk menjaga permata hati nenek yang cantik ni.

Nenek sayang Heeso dan Heena sangat-sangat. Jaga diri ya? Nenek akan tetap memerhati kalian, walaupun daripada atas.

Cicit nenek, Ji dan Hea.

Hai si comel! Nenek suka melihat telatah korang, petah bercakap dan bijak, macam mendiang ibu kamu semua. Hea mengingatkan nenek pada kepetahan Heena, dan Ji mengingatkan nenek pada kepatuhan Heena.

Keduanya nenek sayang. Ikut cakap ayah ya? Dan jangan lupa doakan ibu diatas sana. Jangan lupa jasa ibu yang dah melahirkan kalian.

Maafkan nenek.

Nenek punca kalian kehilangan insan bergelar ibu. Maafkan nenek yang hina ni. Akan nenek bawa rasa serba salah ni sehingga ke atas sana.

Booji,

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Terima kasih sebab jaga cucu nenek. Terima kasih sebab bahagiakan cucu nenek, beri dia kasih sayang yang nenek gagal beri. Dan terima kasih sebab mendidik Heena jadi seseorang yang sungguh mulia.

Maaf dulu nenek mendadak buta menilai kamu. Hanya kerana kemiskinan kamu, nenek tak nampak kebaikan kamu.

Nenek serahkan syarikat nenek kepada kamu. Jagalah, dirikanlah, sehebat diri kamu. Besarkanlah Ji dan Hea, dengan kasih sayang. Seimbangkan kasih sayang seorang ayah dan ibu yang Heena tidak sempat beri.

Maaf kerana nenek ambil bidadari kamu.

Maaf.

Nenek izin undur diri. Nenek harap keluarga nenek akan bahagia walaupun tanpa nenek.

Salam sayang,
Nenek.





-------------------------

Gadis cantik ini perlahan menapak bersama dress putih panjang yang membaluti tubuh. Menapak perlahan, bersama senyuman yang tergantung dibibir.

Cantik.

Ya itulah yang terlintas sebaik sahaja wajah gadis ini menyapa pandangan sesiapa sahaja yang menatap.

Sungguh memikat hati.

Dan gadis ini, milik Captain Park Jihoon.

Dan setia menanti, seorang lelaki tampan. Bersama tuxedo hitam membaluti tubuh atletnya, menampilkan sisi hebat seorang Captain Air Force Korea Selatan.

Park Jihoon.

Dan gadis cantik itu,

Kim Heeso.

Kedua mempelai ini saling menatap satu sama lain, tanpa sebarang bicara. Hanya mata menjadi saksi, penyalur cinta yang ingin mereka sampaikan.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now