BAB 36

1.4K 142 8
                                    

Heeso menapak perlahan ke wad yang dihuni oleh Jihoon. Genap seminggu gadis ini tidak melihat sosok tubuh lelaki yang disukainya itu.

Kuarantin.

Ya itu yang ditegaskan kepadanya. Kerana itulah Heeso mengalah. Tidak melawat, apalagi menjenguk. Semuanya kerana Heeso hanya mahu Jihoon sembuh sepenuhnya.

Derap kaki yang diatur, terhenti didepan pintu. Belum sempat tombol dipulas, tindakan Heeso terhenti kerana dua suara yang begitu dia kenali.

" Hyunjoo, boleh saya peluk awak? "

Ini suara Jihoon. Heeso tahu, Doktor Hyunjoo ditugaskan menjaga Jihoon sepanjang kuarantin. Dan harini tempoh si lelaki tamat, kerana itulah Hyunjoo dapat menyentuh lelaki itu.

" Ji, awak okay tak? "

" Sakit sangat. Saya takut, Hyunjoo. Saya takut. "

" Ji, kuat ya? Kalau saya beritahu Heeso-- "

" Jangan beritahu Heeso apa-apa. "

" Huh? Ji? "

Detak jantung Heeso bertukar laju usai mendengar namanya disebut. Mengapa namanya muncul dalam perbicaraan Hyunjoo dan Jihoon?

" Rahsiakan hal ni daripada Heeso. Saya takut Peter apa-apakan dia. Bahaya. Sebab Peter ada kat sini. "

Tersentak, Heeso kaku sebentar. Bahaya? Apa lagi? Apa lagi perkara buruk yang bakal berlaku padanya yang hanya Jihoon ketahui?

Mengapa tidak mahu memberitahu dirinya?

Dan tiada lagi suara bergema. Tidak mahu bertembung dengan Hyunjoo yang bakal keluar daripada wad Jihoon, Heeso menapak pergi.

Meninggalkan wad Jihoon.

Kerana sungguh dia tidak mahu melukakan hati lagi. Hanya sangka baik akan dia terapkan pada Jihoon kini.

Kerana Heeso percaya, cinta Park Jihoon hanya padanya.

---------------------

Gadis ini menuju ke wad sahabatnya.

Eunjeong.

Heeso jelas risau, kerana Eunjeong juga turut terkena radiasi terlebih dahulu meskipun tidak seteruk Jihoon. Sahabatnya muntah darah dengan teruk, dan tidak sedarkan diri hampir 3 hari.

Syukurlah Eunjeong kini sudah sedar.

Heeso membuka perlahan pintu, namun sosok tubuh yang sedang melabuhkan punggung disisi Eunjeong yang ketiduran menarik perhatian Heeso.

Dia kenal siapa itu.

Leftenan Jeno.

Sedang duduk disebelah katil Eunjeong, mengucup perlahan tangan si gadis, dan mengusap lembut pipi gadis itu.

Nampak dimata Jeno, betapa tersiksanya keadaan dirinya selepas melihat Eunjeong jatuh sakit.

" Eunjeong... Sakit ya? Eunjeong kena kuat okay, sayang? Saya tahu awak boleh hadapi sakit ni. Lawan tau, jangan bagi radiasi ni menang. " Senyum Jeno, mengucup tangan Eunjeong.

Dan perlahan, Heeso menyaksikan air mata Jeno jatuh, menitis membasahi pipi Eunjeong.

Betapa tersiksanya cinta agung ini.

" Eunjeong, bangunlah. Bebel kat saya, marah saya, pukul saya, buat semua yang awak nak buat kat saya sekarang. Sungguh saya rindu, sayang.. "

" Maaf sebab jadi pengecut, saya tak berani melawan papa awak. Saya tak nak awak jadi anak derhaka, jadi saya sanggup lepaskan awak. Walaupun seharusnya, saya kena berjuang untuk dapatkan awak. Maafkan saya Eunjeong... "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now