" Kita kat mana? " Soal Heeso, keliru. Jihoon tersenyum manis, memandang Heeso disisinya yang seperti tertanya akan situasi mereka kini.
Jihoon membawa jip askarnya dan membawa Heeso kesuatu tempat. Yang sudah lama dia kunjungi, dan kini dia ingin Heeso juga turut sama ada.
Sekurangnya, dia mahu Heeso juga tahu perkara yang dia sukai.
" Kita kat tempat yang selalu saya datang kalau bertugas kat Uruk. "
" Huh? Mana? "
Pantas Jihoon memimpin tangan si gadis, membawanya keluar ke kawasan yang Jihoon sering kunjungi.
Rumah yang sering Jihoon datangi, kerana jelas sekali lelaki ini menyukai kanak-kanak. Cuma itulah...
" Ni rumah apa? " Soal Heeso. Jihoon tersenyum.
Memandang situasi didepannya, dimana beberapa kanak-kanak sedang berlari, diikuti beberapa wanita dewasa yang mengejar.
Ini seperti rumah...
" Rumah anak yatim. " Pintas Jihoon. Heeso melopong lantas mengangguk.
" Kita buat apa kat sini? "
" Menjenguk. Saya dah lama tak datang. " Sengih Jihoon. Heeso angguk memahami, mengikut langkah Jihoon menapak kedalam rumah itu.
Beberapa gelak tawa kanak-kanak mengusik hawa telinga. Jelas disenangi Heeso kerana dia juga menyukai sosok kecil.
" Oh Captain Jihoon! Lama tak datang. " Sapa salah seorang wanita yang Heeso yakini sebagai penjaga rumah ini.
" Maaf lah. Baru ada tugasan. Anak-anak okay? "
" Anak-anak semua okay. " Sengih si wanita. Seketika, Heeso berkerut.
Kejap macam lain je ni.
Wanita ni...
Isteri Jihoon ke?!
" Awak sihat? "
" Sihat je. Saya dengan anak-anak-- "
" Cik ni dengan Jihoon suami isteri ke? " Tersentak, Jihoon memandang wajah Heeso yang seakan dikhianati lantas tawanya meletus.
" Kenapa? Awak cemburu? "
Jihoon tersenyum sinis. Memandang Heeso yang sungguh lucu baginya kini.
Bibir mengerucut disertai pipi yang mengembung. Sungguh Heeso kelihatan comel begini.
Ingin sekali Jihoon cubit!
" Cemburu? Eww tak! Saya tanya je, yelah saya-- "
" Saya Gina, penjaga rumah ni. Captain Jihoon selalu datang sini, jenguk anak-anak. " Senyum gadis yang memperkenalkan namanya sebagai Gina.
Heeso tergamam seketika, sebelum dia mengangguk.
" Oh, Gina! Ingatkan isteri-- "
" Taklah. Takkan saya nak suka Captain Jihoon yang terang-terang dah ada kekasih hati. "
Benarlah ya?
Semua orang disini juga tahu betapa cintanya Jihoon pada Hyunjoo.
Haha masih berharapkah, Heeso?
" Kenapa tak ada budak datang kat awak? " Soal Heeso, menyedari semua membuat tidak endah sahaja dengan kehadiran Jihoon.
Dan Gina pula tertawa.
" Kat sini tak ada budak yang rapat dengan Jihoon. Dorang kata Jihoon garang, sebab tu semua lari. " Gina menambah. Heeso membulatkan matanya, lantas tersenyum.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...