" Dia buat kau macam tu? "
Anggukan lesu diberi. Lantas si gadis bertindak mengusap bahunya dan memberi kata penenang.
" Kenapa dia berubah macam tu weh? Sebab Hyunjoo? " Dengus Eunjeong. Mengepal tangan kuat, tidak menerima yang Jihoon sanggup mengabaikan temannya kini.
" Mungkin. Mereka bukannya putus, cuma terpisah sebab pengeboman tu. Hyunjoo ada hak keatas Jihoon lagi. "
" Pastu Jihoon? Diam? Tak beri penjelasan? Babe, dia dah ngorat kau habis-habisan kat hutan, boleh macam tu je dia tinggalkan kau? "
Bebel Eunjeong. Heeso tertawa halus.
" Aku rasa kelakar tau sebab kau lagi emo daripada aku. " Sengih Heeso. Eunjeong menggeleng.
" Taklah weh. Jahat tau dia buat kat macam tu! Kalau Jeno buat aku macam tu, aku dah angkat kaki! Mampuslah, aku cari jantan Thailand! "
Heeso tertawa. Sungguh reaksi kelakar Eunjeong mengusik hatinya.
" Eunjeong... "
" Ya? Kau nak apa? Beritahu je aku, biar aku tarik hidung Jihoon sampai mancung! "
" Aku nak mencarut, tapi berdosa.. "
" Depan aku, jadi halal! Carut je! " Dengus Eunjeong. Heeso menarik nafas dalam.
" Lahanat punya Park Jihoon, aku dah janji tak nak menangis sebab lelaki, pastu dia boleh buat air mata aku tumpah lagi! Beria janji bagai dalam hutan, tapi hasil cam sial! Aku doa masa dia bawa Air Force tu, dia lupa isi minyak! "
Fuh.
Aish, serius.
Puas hati Heeso.
" BAGUS! INI BARU HATI KENTAL! " tepuk Eunjeong. Heeso mengangguk puas.
" Aku menyesal betul pernah rancang dengan Jeno nak satukan dia dengan kau. "
" Aku tahu. Plan kau dengan Jeno biarkan aku dan Jihoon ke Afrika. "
" Haah. Mana kau tahu? "
" Tahulah. Sebab plan bodoh kau ni lah, KAWAN KAU HAMPIR MATI! "
Pantas Eunjeong mengemam bibir. Memandang wajah Heeso yang membengis.
" Errr.. sorrylah weh. Aku--akuu.. Ha! Kenapa kau datang sini? Kan bukan department kau. "
Ulahan topik yang ditukar Eunjeong berjaya membuatkan Heeso berfikir seketika.
" Haahlah. Kenapa aku datang sini? "
" Hah, kena-- "
" Aku nak jumpa Doktor Lee Haechan! Lupa pulak aku. "
Dah ingat. Dia kesini sebab nak pulangkan laptop Haechan." Oh, laptop doktor baru tu ke? Kau tertukar? " Anggukan diberi. Eunjeong memerhati.
" Heeso.. "
" Hurm? "
" Jangan mudah beri hati. Aku tak nak kau menangis lagi."
Heeso tertawa. Menepuk lembut bahu Eunjeong.
" Macam mana nak beri hati, kalau ia masih milik Captain Jihoon? "
-------------------------
" Masuk! "
Pantas tersembul wajah si gadis. Haechan yang melihat, mengangkat sebelah kening.
" Eh! Doktor Heeso kan? Kenapa? " Sengih Haechan. Terhenti tugasnya seketika apabila kedatangan Heeso dipintu.
" Boleh saya masuk? "
" Boleh! Masuklah. Saya tak ada patient. Kenapa? "
Pantas Heeso melabuhkan punggungnya diatas kerusi hadapan Haechan. Beg yang menyandang laptop disua.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...