Pemandangan bawah yang menyajikan daratan dipandang Heeso dengan sayu. Hembusan nafas kedengaran dibibirnya. Sebelum sebuah lagi helikopter yang memimpin perjalanan, dilihat.
Helikopter Eunjeong dan Jihoon.
Usai sahaja penyelamatan selesai dilaksanakan, Jihoon segera dibawa keluar, dalam keadaan tubuhnya yang lencun, bahkan hampir pitam.
Sungguh Heeso menjerit histeris, lelaki yang dia sayangi menadah radiasi didepan matanya sendiri, bagaimana Heeso boleh tersenyum senang?
Segera situasi mendiang papanya pergi, berputar dikepala. Bahkan suara nazak mendiang mamanya juga terngiang ditelinga.
Heeso cuma tak mahu merasa kehilangan lagi. Cukuplah. Heeso hanya mahu Park Jihoon sihat dan kembali.
Dan kini, helikopter yang membawa seluruh pasukan perubatan Korea, dan ditemani beberapa pesawat askar disisi, akan segera berangkat ke Korea.
Arahan oleh kerajaan sudah diberi, tiada lagi misi akan diteruskan. Semuanya perlu kembali, melihatkan keadaan dua ahli pasukan hampir tewas.
Korea hanya tidak mahu mengambil risiko.
Kerana itulah, mereka perlu berangkat pergi. Dan menyaksikan Eunjeong serta Jihoon bakal dirawat di Seoul.
Syukurlah, Heeso bakal merawat Captain itu. Beserta sahabatnya, yang jelas merisaukan Heeso.
Dalam diam, hati Heeso menghangat. Mengingati perbuatan Jihoon yang sanggup kembali kesini, bahkan sanggup menadah diri membiarkan tubuhnya basah dengan radiasi.
Jihoon mengingatkannya pada mendiang papanya.
Ramai mengatakan papa tidak berguna, walaupun hakikatnya hanya Heeso dan Heena sahaja tahu.
Betapa murninya hati lelaki itu. Cuma kecewa, kerana kehilangan mama selamanya.
Dan Park Jihoon.
Mengingatkan Heeso pada sosok itu.
Yang membuatkan gadis ini perlahan, membuka hatinya yang luka, kembali pada Park Jihoon.
---------------------
" Sabar Doktor Heeso, awak baru sahaja samp-- "
" Bagi saya rawat Park Jihoon! " Desak Heeso. Tubuhnya yang masih dibaluti wayar IV tidak dihiraukan. Heeso resah, fokusnya hanya mencari Jihoon.
" Captain Jihoon dengan Doktor Eunjeong sedang dirawat. Doktor Heeso pun perlu berehat, keduanya baru bal-- "
" Tolonglah, bagi saya-- "
" Tolong akur, Doktor Heeso. Awak perlu dirawat, biarlah pihak hospital yang uruskan. " Suara lain menyentak, mengundang kebisuan Heeso. Matanya tajam memandang wajah Pengarah yang kini berdiri dihadapannya.
Arahan daripada Pengarah jelas tidak boleh disangkal.
Eunjeong dan Jihoon sedang dirawat oleh tangan lain, eloklah Heeso dan para ahli perubatan lain berehat terlebih dahulu.
Tetapi gadis ini masih berdegil. Bahkan berkeras ingin menjenguk Captain Jihoon. Kerana itulah Pengarah masuk campur.
Lelaki itu bahkan mangsa radiasi.
Tubuh Heeso juga lemah.
Tidak perlu untuk waktu ini. Itu wajar.
Usai Pengarah pergi, Heeso dibenarkan berehat. Asalkan gadis ini tidak menjejakkan kaki ke bilik Eunjeong serta Jihoon.
Dihalang, dan dilarang keras.
Gadis itu menapak lemah, sehinggalah satu pintu yang tertera nama yang begitu dikenalinya menyapa penglihatan.
YOU ARE READING
1437 / pjh
FanfictionAda sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon daripada hatinya. Meskipun dia sudah pun jatuh. " 1437 " - Captain Park Jihoon " Hah? Maksudnya apa...